Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT AMAL 'DESTINY OF MUSIC', BANTU TABUNG PELAJAR UITM, TAMPILKAN ARTIS TERNAMA 29 JUN!


KONSERT Destiny of Music
atau jika diterjemahkan bermaksud ‘Konsert Destini Muzik’ sudah terang lagi bersuluh tentang apa pengertian yang mahu disampaikan oleh penganjurnya, Be De Paris Beauty Project.


Bakal diadakan pada 29 Jun 2024 ini di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam, sudah pasti ia akan memaparkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era dahulu hingga sekarang.


Memilih zaman era pop yeh yeh hingga ke tahun 70an, 80an hingga ke masa kini, ‘Konsert Destiny of Music’ bertujuan mengembalikan memori penonton ke zaman kanak-kanak di mana khalayak dihiburkan dengan lagu-lagu rakyat serta lagu tradisional yang barangkali tidak menjadi kegemaran 'halwa telinga' atau dikenali generasi sekarang.


Sehubungan itu pemilihan barisan artis daripada generasi sekarang dilihat tepat dalam membantu mempopularkan kembali lagu-lagu bergenre kerakyatan dan tradisional apabila penyanyi berkumpulan seperti Kugiran MASDO mahu pun penyanyi muda yang gemarkan lagu-lagu klasik seperti Haziq Rosedi  menjadi keutamaan.



Ditambah pula dengan penampilan khas dua artis hebat seperti Ernie Zakri dan Aina Abdul, tidak syak lagi 'Konsert Destiny of Music' akan disambut meriah apatah lagi tujuannya bagi mencari dana mengisi Tabung Pelajar UiTM.


“Sambil berhibur kita beramal membantu pelajar-pelajar UiTM yang memerlukan,” ujar Penganjur konsert, Burhan Ahmad.


Menurut beliau, dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UiTM dan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia konsert amal tersebut juga bertujuan menyemarakkan aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan di kalangan pelajar UiTM.


“Selain Kugiran Masdo, Haziq Rosedi, Ernie Zakri dan Aina Abdul turut ditampilkan penyanyi yang viral, Rayme Zainal bersama barisan penyanyi dari UiTM sendiri,” tambah Burhan.


Bagi mereka yang berhajat berhibur sambil menderma boleh menempah tiket yang dibahagikan kepada lima kategori meliputi RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM288 (Platinum),  RM388  (Diamond) dan. RM488 (VIP).



“Pembelian tiket  secara berkumpulan/pukal oleh syarikat korporat melayakkan  mereka mendapat pengurangan cukai,” jelas Burhan sambil memaklumkan semua tempahan tiket boleh diperoleh secara dalam talian melalui Ticket2U.com.


Apa pun, untuk sebarang pertanyaan lanjutt berkenaan konsert serta pembelian tiket boleh hubungi Hidayah di 0172097482. 


Jadi sekiranya anda peminat barisan-barisan artis yang terbabit apa kata cepat membuat tempahan jika tidak mahu 'berputih mata' memandangkan tiket khabarnya tengah laku dan jualannya panas bagaikan goreng pisang.


Tentu ada yang tertanya-tanya agak-agak Aina Abdul akan tampil dengan fesyen unik tak pada malam tersebut?


Kita tunggu malam 29 Jun 2024 nanti ya.. boleh lah 'ago go' bersama Kugiran Masdo atau ikut rentak gemalai lagu-lagu tradisional dari Haziq Rosedi yang mempunyai suara merdu ala Allahyarham Ahmad Jais.


Khabarnya, Aina dan Ernie bakal berduet dalam lagu ‘Kurik Kundi’ nyanyian asal Dato Seri Siti Nurhaliza tau… mesti gempak apabila dua vokalis terbaik bergabung di atas satu pentas!


ERNIE Zakri dan Rayme Zainal.


Malah bagi mereka yang belum pernah mendengar atau menyaksikan persembahan Rayme Zainal yang dikatakan mirip pengacara popular Roslan Shah bolehlah menyaksikan apakah benar wajahnya persis Roslan kan? 


Apa pun yang pasti lagu ciptaan Rayme sendiri, berjudul ’Andai’ dan ‘Close To You’ mendapat sambutan hangat di aplikasi Spotify malah beliau pernah menyertai program nyanyian realiti ‘All Together Now’ musim pertama.


Moh! Tandakan kalendar anda dan kita berhibur sambil beramal melalui 'Konsert Destiny of Music' sekali gus berpeluang mendoakan agar destini hidup pelajar yang kurang berkemampuan dapat dibantu terus cemerlang.



#KonsertDestinyOfMusic #UiTM #TabungPelajarUiTM #KonsertAmal #Muzik #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan