Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LOTUS MALAYSA RAI ULANG TAHUN KE-2, TAWAR GANJARAN HEBAT



Siaran Media:

Kuala Lumpur – Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) secara rasminya menyambut ulang tahun yang ke-2 pada bulan ini. 


Di bawah tema Kongsi Ceria, peruncit tersebut memberi ganjaran kepada pelanggan setianya dengan memilih dan memberi ganjaran secara rawak kepada lima ahli My Lotus’s yang aktif setiap minggu dengan baucar hadiah bernilai RM280,000 bermula 9 Mei 2024 hingga 6 Jun 2024.


Dengan perbelanjaan minimum RM20 di 32 cawangan yang terlibat, pelanggan peruncit tersebut akan Meet and Greet dengan alpaka-alpaka - Romeo, Mocha & Friends dan membawa pulang foto berbingkai comel. 


Alpaka tersebut juga akan melawat pusat beli-belah Lotus’s dari 18 Mei hingga 7 Julai 2024.


“Matlamat kami di Lotus’s adalah untuk memberikan pelanggan kami pengalaman beli-belah yang menyeronokkan dan tahun ini, kami mahu ia menjadi detik yang tidak dapat dilupakan. Kami telah menyediakan pelbagai promosi, ganjaran dan aktiviti yang merangkumi intipati jenama kami dan yang paling penting membawa kegembiraan kepada pelanggan kami”, kata Nuathip Pituckponstorn, Pengarah Eksekutif Pelanggan & Pemasaran untuk Lotus’s Malaysia.


Kempen Kongsi Ceria juga merangkumi tawaran ulang tahun istimewa RM2, promosi berkembar beli 1 Percuma 1 untuk lebih 125 baris, diskaun 80% untuk pembelian item kedua dalam kategori rangkaian kecantikan dan penjagaan diri dan pada setiap hari Rabu Happy Hour delights dari 2 petang hingga 4 petang bagi makanan laut, makanan segar, minuman, barangan alat tulis dan barangan rumah.


Penjimatan lebih diberi untuk pelanggan, ahli My Lotus’s sedia ada di mana mereka akan menerima enam kupon diskaun peribadi sehingga Disember 2024. 


Sementara itu, ahli yang baru mendaftar akan menikmati empat kupon diskaun dan baucar tambahan RM5 pada bulan pertama keahlian mereka. 


Sepanjang kempen, Lotus’s juga menggandakan mata ahli My Lotus’s pada transaksi yang dibuat pada hari Selasa.



DJ Falyq Hikyle dari Sinar FM juga akan membuat kemunculan dari 11 pagi-1 tengah hari di Lotus's Kajang (18 Mei), Lotus's Shah Alam (25 Mei) dan Lotus's Ampang (1 Jun) untuk bertemu & sapa bagi memberikan barangan eksklusif Sinar FM dan Baucar hadiah Lotus berjumlah lebih RM3,000 kepada pelanggan.


Jenama seperti Nestle dan Lays juga akan membuat paparan yang menarik di stor Lotus’s terpilih yang menawarkan pelanggan diskaun lanjut dan peluang untuk memenangi baucar tunai dan barangan UEFA.


Lotus’s juga akan menganjurkan Picnic #KitakanJiran dan sesi terapi Alpaka bersama Romeo, Mocha & Friends untuk kanak-kanak istimewa dari Tender Touch Pediatric Rehab dan Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS) di Lotus’s Setia Alam pada 25 Mei 2024.


Secara keseluruhan, Lotus’s kini mempunyai 69 stor dengan 63 pusat beli-belah di Semenanjung Malaysia. 


Peruncit tersebut membuka tiga pusat beli-belah Lotus’s pertamanya pada 2021 di Kepong, Penang e-Gate dan Desa Tebrau, menyediakan pelanggan dengan pelbagai pilihan produk berjenama Lotus’s dan meluaskan sokongan kepada komuniti yang memerlukan dengan program #KitakanJiran.


Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai kempen Lotus’s Kongsi Ceria, layari laman korporat peruncit tersebut di:


https://corp.lotuss.com.my/campaigns/lotuss-kongsi-ceria-2024?utm_source=Website&utm_medium=homepage&utm_campaign=KongsiCeria24&utm_id=Anniversary



Lampiran 1: Penampilan Alpaka di 32 Pusat Beli-Belah Lotus's:


Tarikh

Masa

Stor

Sentral



18 Mei 2024 (Sabtu)

12pm - 2pm

Lotus’s Cheras

4pm - 6pm

Lotus’s Kajang

25 Mei 2024 (Sabtu)

12pm - 2pm

Lotus’s Klang

4pm - 6pm

Lotus’s Setia Alam

26 Mei 2024 (Ahad)

12pm - 2pm

Lotus’s Mutiara Damansara

4pm - 6pm

Lotus’s Bukit Puchong

1 Jun 2024 (Sabtu)

12pm - 2pm

Lotus’s Rawang

4pm - 6pm

Lotus’s Ampang

2 Jun 2024

(Ahad)

12pm - 2pm

Lotus’s Selayang

4pm - 6pm

Lotus’s Kepong

Selatan



19 Mei 2024

(Ahad)

12pm - 2pm

Lotus’s Nilai

4pm - 6pm

Lotus’s Semenyih

7 Jun 2024

(Jumaat)

12pm - 2pm

Lotus’s Muar

5pm - 7pm

Lotus’s Kluang

8 Jun 2024

(Sabtu)

12pm - 2pm

Lotus’s Seri Alam

4pm - 6pm

Lotus’s Bukit Indah

14 Jun 2024 

(Jumaat)

12pm - 2pm

Lotus’s Desa Tebrau

4pm - 6pm

Lotus’s Mutiara Rini

15 Jun 2024 

(Sabtu)

12pm - 2pm

Lotus’s Setia Tropika

4pm - 6pm

Lotus’s Kulai

Utara



22 Jun 2024 

(Sabtu)

12pm - 2pm

Lotus’s Bercham

4pm - 6pm

Lotus’s Station 18

23 Jun 2024 

(Ahad)

12pm - 2pm

Lotus’s Kampar

4pm - 6pm

Lotus’s Teluk Intan

28 Jun 2024 

(Jumaat)

1pm - 3pm

Lotus’s Mergong

5pm - 7pm

Lotus’s Stargate

29 Jun 2024 

(Sabtu)

12pm - 2pm

Lotus’s Bandar Puteri Jaya

4pm - 6pm

Lotus’s Sungai Petani Selatan

6 Julai 2024 

(Sabtu)

12pm - 2pm

Lotus’s Tanjung Pinang

4pm - 6pm

Lotus’s Sungai Dua

7 Julai 2024 

(Ahad)

12pm - 2pm

Lotus’s Seberang Jaya

4pm - 6pm

Lotus’s Bukit Mertajam


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai usaha kelestarian kami, lawati https://corp.lotuss.com.my/ 




#LotussMalaysiaStores #KongsiCeria #Alpaka #SinarFM #RomeoMocha&Friends

Tiada ulasan:

Catat Ulasan