Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MENANGI HADIAH KE KOREA, SERTAI WATSONS K BEAUTY FEST!



INGIN berkunjung ke Korea tetapi kewangan belum mengizinkan atau pun masih belum ada rezeki?


Jika itulah impian yang masih terpendam apa kata berkunjung ke ‘Watsons K-Beauty Festa: Be Seoul Beautiful 2024 yang kini sedang berlangsung sehingga 12 Mei.


Di festa itu, ahli Kelaab. Watsons berpeluang memenangi percutian 5 hari 4 malam ke Seoul, Korea anjuran bersama dengan Organisasi Pelancongan Korea di mana mereka hanya perlu berbelanja RM120 dan keatas di kedai atau atas talian untuk layak.


Tetapi kena cepat sebab tarikh akhir adalah pada 13 Mei dan sudah tentu mereka yang berkunjung ke festa ini sejak ia bermula selama 4 hari pada  9 Mei lalu mempunyai peluang lebih cerah kan?


Apa pun jika rezeki itu milik anda ia tidak akan ke mana.



Festival yang berlangsung di Jiospace, Petaling Jaya ini menawarkan lebih daripada 30 jenama terkemuka dari Korea dalam kategori kecantikan, kesihatan dan penjagaan diri.


“Tahun 2024 meyakinkan kami bahawa K-Beauty adalah lebih daripada sekadar trend; kategori ini terus memacu industri kecantikan dengan inovasi, kelestarian, dan penawaran pelbagai produk yang menjadi penanda aras industri,” ujar  Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International pada majlis pelancaran festa tersebut.


Memasuki tahun ke-2, festival ini menampilkan lebih banyak pilihan ekslusif produk kecantikan dan kesihatan Korea buat pelanggan.


“Kami akan terus mencipta pengalaman membeli-belah yang unik buat ahli dan pelanggan, untuk mengekalkan status kami sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan O+O No.1 Malaysia,” tambah Caryn.


Caryn percaya melalui Watsons K-Beauty Festa 2024, para pengunjung boleh memahami dengan lebih mendalam jenama Korea kegemaran mereka sambil menyertai aktiviti di kawasan pameran dengan tawaran sampel percuma dan saguhati. 



Pengunjung akan menerima baucar e-duit RM20 ketika mendaftar dengan mempamerkan kod QR


Pelbagai tawaran menarik turut menanti seperti ramah mesra bersama pempengaruh kecantikan, aktiviti gerai yang menyeronokkan, serta sudut Korea dengan zon K-Pop, mencuba pakaian tradisi hanbok, penggayaan rambut oleh JennyHouse, dan bengkel sepanjang festival berlangsung. 


“Kami galakkan agar pengunjung festival untuk berinteraksi dan menyertai aktiviti menarik disediakan di pameran K-Festa, dan mengenali dengan lebih lanjut jenama-jenama ekslusif hanya di Watsons Malaysia,” jelas Caryn.


Bersempena dengan Watsons K-Beauty Festa 2024, jualan OMO akan berlangsung sehingga 13 Mei dengan pelbagai potongan harga daripada lebih 50 jenama.


Untuk maklumat lanjut berkenaan Watsons K-Beauty Festa 2024, sila layari LINK INI.



#WatsonsMalaysia #KBeauty2024 #WatsonsKBeautyFesta2024 #OMO #Kpop #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan