PEMINAT MOTOSIKAL KINI BERPELUANG MILIKI MOTOSIKAL ELEKTRIK ELAK PENCEMARAN UDARA!
SYARIKAT milik penuh Kumpulan Ni Hsin Berhad iaitu Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV Tech) memperkenalkan dua motosikal elektrik berkuasa tinggi, TC Max dan CPx PRO di pasaran Malaysia baru-baru ini.
Hasil keluaran Nanjing Vmoto Manufacturing Co, Ltd (“VMOTO”) namun dipasang oleh NH EV TECH di Malaysia, ia disempurnakan pelancarannya oleh Pengarah Urusan NH EV TECH, Khoo Chee Kong bersama Pengarah Urusan VMOTO, Charles Chen dan Presiden/Strategi dan Pembanguunan Perniagaan VMoto Soco International, Graziano Milone serta diserikan dengan kehadiran juara lima kali MotoGP Dunia dan Duta Rasmi VMOTO, Jorge Lorenzo, bertempat di Foyer dan Piazza The Starhill, Bukit Bintang Kuala Lumpur.
Jorge Lorenzo terkenal dengan kerjayanya yang cemerlang dalam perlumbaan motosikal dan sudah pasti kehadirannya menggembirakan peminat serta penyokongnya.
“Saya memang teruja dan mengesyorkan penggunaan motosikal berkuasa elektrik (EV) ini sebab ia bersih dan tidak menggotori udara, kita harus ‘go green’ malah ia kenderaan selamat untuk kegunaan harian,” ulas Lorenzo ketika ditemui.
Menambahkan keterujaan dan prestij, acara turut menyaksikan Lorenzo menyerahkan motosikal EV kepada pembeli awal sebelum mengetuai perjalanan konvoi ke Blackbixon Cafe di Jalan Inai untuk acara santai dan makan tengah hari.
Selepas makan tengah hari, beliau kembali ke The Starhill untuk sesi bertemu dan sapa dengan tetamu dan media yang diakhiri dengan tandatangan autograf.
Pelancaran akan disusuli dengan Road Show dalam tempoh 2 hari akan datang yang mempamerkan keindahan dan keanggunan jentera yang akan "MEMELEKTRIKKAN TUNGGANGAN ANDA".
Pengunjung akan dapat memutar roda gergasi untuk memenangi kopi BLACKBIXON atau croissant atau T-Shirt.
Pengunjung juga boleh membeli atau menyewa basikal VMOTO dengan promosi jerayawara eksklusif.
Pada 9 Mei 2024 semalam, Lorenzo mengetuai pembeli awal motosikal VMOTO EV dalam lawatan ke tiga destinasi, Taman KLCC, Dataran Merdeka dan Menara KL sambil bertemu peminat di lokasi tersebut.
Untuk rekod, TC Max merupakan motosikal elektrik sesuai untuk laluan di bandar dengan pengendalian dan pecutannya yang cemerlang manakala CPx PRO dilengkapi motor 8kW yang mampu mencapai kelajuan 105 Km/j.
Kedua-dua model menawarkan pilihan. penyesuaian seperti siren dan sistem radio, menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan unit penguatkuasaan polis tentera mahu pun pasukan keselamatan.
Sementara itu, Khoo Chee Kong dalam ucapannya melahirkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan VMOTO bagi memperkenalkan produk elektrik tercanggih mereka itu ke pasaran Malaysia.
“Komitmen VMOTO terhadap kualiti, prestasi dan teknologi sejajar dengan nilai dan aspirasi kami. Bersama-sama, kami berharap untuk merevolusikan mobiliti bandar dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan lebih bijak,” katanya sambil berhasrat untuk mengubah mobiliti bandar agar sekali gus menggalakkan pengunaan besar-besaran pengangkutan sifar pelepasan di seluruh Malaysia.
Menyambung hasratnya itu dengan keterujaan sama, Charles Chen berkata,” Misi kami adalah untuk menyediakan penyelesaian mobiliti berprestasi tinggi mesra alam yang meningkatkan kehidupan orang ramai dalam persekitaran bandar. Dengan sokongan NH EV TECH, kami yakin VMOTO akan bergema dengan pengguna Malaysia.”
Untuk rekod, pasaran dua roda elektrik Malaysia berada pada trajektori menaik, didorong oleh kesedaran alam sekitar, kemajuan teknologi dan dasar kerajaan yang menyokong malah diramalkan berkembang pada CAGR 15.4% dalam tempoh ramalan 2025 hingga 2030 dari segi saiz hasil.
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh inisiatif kerajaan yang dijangkakan dan keperluan untuk membendung pelepasan kenderaan.
Pengenalan rebat RM2,400 kepada pembeli yang berpendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan melalui MARiiCas oleh kerajaan Malaysia dilihat sebagai pemacu utama.
Dasar kerajaan lain yang menyokong peralihan kenderaan dua roda ICE kepada dua roda EV termasuk insentif cukai dan pemasangan infrastruktur pengecasan.
Pendek kata, RM10,000 sebulan melalui MARiiCas oleh kerajaan Malaysia dilihat menjadi pemacu utama selain dasar kerajaan lain yang menyokong peralihan kenderaan dua roda ICE kepada dua roda EV termasuk insentif cukai dan pemasangan infrastruktur pengecasan membantu penjualan bakal melonjak.
TC Max dijual di Malaysia pada harga RM19,900 manakala CPx Pro dijual pada harga RM25,900...
TCMax boleh dipandu sejauh 130km dan dicas menerusi sumber AC yang dibekalkan bersama motosikal dan memerlukan masa 4.5 jam untuk cas penuh (dari kosong) manakala CPx Pro ini mampu berjalan sejauh 220km dan hanya memerlukan 3.5 jam untuk cas penuh dengan pengecas AC.
#MotosikalElektrik #TCMax #CPxPro #GoGreen #NiHsinBerhad #MariiCas #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan