Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSIKAN FILEM 'NGESOT', KISAH BENAR DI HUTAN MULAI HARI INI!


NGESOT.
... begitu judul filem terbitan 
KASH PICTURES SDN BHD yang baharu sahaja dipratontonkan kepada media pada Malam Gala Tayangan Perdana yang berlangsung di MMCineplexes Plus, Berjaya Times Square baru-baru ini.


Sudah jarang dan lama sebenarnya tak dengar perkataan yang selalu diucapkan oleh orang-orang Perak, negeri asal Kak Fas ini.


Tengok pada posternya yang terpampamg seekor ular mengeliling pelakon utamanya, Zul Huzaimy yang merupakan aktor 'favourite' Kak Fas dah tentu mahu menontonnya apatah lagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM21 (2008) ini sudah lama tidak muncul di layar perak.


Cuma adegan ular sekali sahaja dipaparkan.. Kak Fas sangka dia akan berdepan beberapa lagi ular seperti anaconda tu... 



Filem membawa tema 'Survival Thriller' ini akan mula ditayangkan hari ini, 9 Mei 2024 di 47 buah pawagam seluruh Malaysia.


"Filem ini diilhamkan dari kisah benar, Nicholas Andrew, seorang penjawat awam Askar Wataniah yang mengharungi pelbagai kesusahan menyelamatkan dirinya dan juga rakannya selepas terlibat dalam satu kemalangan yang parah dan terperangkap dihutan selama beberapa hari," ujar penerbitnya Prakash Murugiah dalam ucapan aluannya sebelum tayangan bermula pada majlis tersebut.


Turut hadir penerbit Metrowealth (MIG), David Teo selaku pengedarnya serta Pengarah filem terbabit, Ayez Shaukat serta barisan pelakon terbabit antaranya Zul Huzaimy, Sharifah Sakinah, Luqman Hafiz dan Erynn Abdullah manakala Khir Rahman yang turut berlakon tidak dapat hadir.


Menurutnya, filem yang diterbitkan bersama pernerbit Temasik Studios, Teo Jason dibantu penerbitannya hasil  DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) sebanyak RM1 juta.


"Pihak produksi mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam," tambah Prakash.


Berkongsi lanjut, Prakash memaklumkan kisah benar cerita ini berlaku pada tahun 2014 di Tapah, Perak apabila kereta yang dipandu mangsa sebenar, Nicholas Andrew terjunam ke dalam sebuah gaung bersama rakan baiknya lakonan Luqman Hafiz


Ia menyaksikan  Nicholas yang dilakonkan oleh Zul Huzaimi melalui watak 'Syazwan' terpaksa keseorangan melalui cabaran hidup di hutan tanpa makan dan minum selama 4 hari.


Bertambah seksa luka yang dialami seluruh badan menyukarkannya untuk bergerak kecuali mengesot perlahan-lahan.


Tambah menyeksakan apabila berdepan dengan bintang buas seperti ular, anjing dan sebagainya malah untuk terus hidup Syazwan terpaksa menelan cacing hidup-hidup.


Nasib baiklah, watak sebenarnya, Nicholas ini merupakan  seorang penjawat awam Askar Wataniah yang memiliki semanga juang tinggi dan berjiwa besar.


Paling menyeksakan apabila tangannya pula ditelan lumpur jerlus. Ada adegan yang memaksa Kak Fas pejam mata kerana tidak sanggup melihat luka luka parah yang dialami.


Selain itu, ketika di hutan juga, Syazwan mengalami pelbagai ilusinasi sehingga memakan hidangan sedap yang disangka makanan tetapi  sebenarnya dedaun. Beliau juga berdepan bayangan makhluk halus di hutan yang menyerupai isterinya tetapi sebenarnya bukan. 


Kehilangan mereka sudah tentu merisaukan isteri Syazwan, Nisa (lakonan Sharifah Sakinah) dan adiknya Suria sehinggalah mereka terpaksa membuat laporan polis.


Menurut Ayet Shaukat selaku Pengarah, melalui filem ini beliau banyak membawa mesej tersirat disebalik yang tersirat.


"Setiap adegan ada makna yang terselit," katanya.


Jadi anda sebagai penonton perlu mentafsirkan apa yang dilayarkan oleh pengarahnya ya...


Yang pasti Kak Fas nampak tentulah mesej jika ada kekuatan dan kemahuan pasti akan berjaya malah di dalam hutan pun ada 'penghuni' nya yang tersendiri iaitu yang tidak nampak dek mata kasar manusia... wallahualam!


Jika anda ingin tahu bagaimana cabaran Syazwan samada bolehkah dia selamat atau tidak pastikan anda ke pawagam hari ni ya...


Cuma komen Kak Fas semasa dipaparkan adegan di hutan sebaiknya ditulis 'Hari Pertama', 'Hari Kedua' dan sebagainya untuk memberitahu penonton berapa lama kejadian di hutan berlaku. 


Mungkin pengarah tidak mahu mendedahkannya sebab segalanya terjawab pada dokumentasi yang dipaparkan pada akhir cerita termasuk gambar mangsa terlibat.


Apa pun satu kisah benar yang tidak mengecewakan dan boleh ditonton untuk berkongsi bersama pengalaman mangsa.


Sungguh pun kejadian sebenar berlangsung di Perak, penggambaran dilakukan di hutan Gombak, Selangor.


#Ngesot #ZulHuzaimy #KashPictures #MIG #FilemSurvivalThriller #KisahBenar






Tiada ulasan:

Catat Ulasan