Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BOOST BANK, MYDIN JALIN KERJASAMA MANFAAT PELANGGAN!



SATU perubahan inovatif dalam sistem perbankan! 


Begitulah yang dapat disimpulkan pada akaun simpanan yang diperkenalkan oleh Boost Bank dimana penyimpannya dapat menerima ganjaran dari 2.5% sehingga 3.6% faedah harian jika memilih penjimatan balang.


Aplikasi terbarunya yang inovatif itu menetapkan standard baru dalam perbankan digital dengan mengintegrasikan perkhidmatan kewangan secara lancar ke dalam kehidupan harian rakyat Malaysia. 


Ia salah satu daripada beberapa di Malaysia yang membolehkan pelanggan, termasuk mereka yang tidak mempunyai akaun bank sedia ada, untuk mendaftar secara digital dengan mudah. 


Menarik lagi, apabila rangkaian pemborong dan peruncitan terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holding Berhad atau ringkasnya MYDIN melancarkan kerjasama eksklusif dengan Boost Bank, ia menawarkan pelanggan setia MYDIN yang mendaftar Boost Bank lebih penjimatan.


“Menerusi kerjasama ini, pelanggan yang menggunakan Boost Bank berpeluang menikmati penjimatan eksklusif ketika mereka berbelanja di pasar raya kami. Antara promosi melibatkan barangan keperluan seperti gula pasir (harga asal RM2.85), Tepung Gandum (harga asal RM2.80), Sardin MyRasa (harga asal RM5.50) serta Roti Gardenia (harga asal RM4.00) yang dijual pada harga rata RM2.00 bagi setiap barangan tersebut bermu la 13 Junsehingga 23 Jun 2024,” ujar Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin pada majlis pelancaran kerjasama tersebt di MYDIN USJ baru-baru ini.


Turut hadir antaranya, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla.



Dengan slogan Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong! MYDIN terus menjadi penggerak utama industri peruncitan halal bagi membekalkan pelbagai pilihan produk berkualiti yang berorientasikan polisi harga borong setiap hari.


Pihak kami juga menggalakkan pembayaran secara digital bagi mempercepatkan dan memudahkan proses bayaran di kaunter. Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati penjimatan dan keistimewaan yang ditawarkan Boost Bank.” sambunh Ameer Ali Mydin mengulas kelebihan kolaborasi ini. 


Dalam pada itu,  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Boost, Sheyantha Abeykoon melahirkan rasa bangga dapat memulakan perbankan digital Boost Bank bersama MYDIN,


Kami berkongsi visi yang sama untuk membantu kehidupan mereka yang kurang berkemampuan melalui penggunaan teknologi. Kami ingin memastikan bahawa pelanggan bank digital kami bukan sahaja mendapatkan akaun bank yang menawarkan kadar dan ganjaran yang menarik, tetapi juga memberikan manfaat sebenar untuk kegunaan harian, seperti ketika membeli-belah barangan runcit. 


“Harga istimewa untuk barangan keperluan kepada pelanggan yang mempunyai akaun bank dengan Boost Bank akan memberikan faedah yang sangat ketara kepada rakyat Malaysia ketika kami membawa mereka ke dunia perbankan digital,” ujar Sheyantha.


Sambung Fozia Amanulla, “Kerjasama kami dengan MYDIN menekankan misi Boost Bank untuk memupuk inklusi kewangan dan mempermudahkan perbankan untuk semua rakyat Malaysia. Melalui aplikasi Boost Bank, pelanggan MYDIN akan menikmati penjimatan yang lebih tinggi dan keistimewaan eksklusif seperti kadar faedah yang lebih tinggi melalui Boost Bank Savings Jars kami. Pengalaman perbankan digital tanpa batasan ini bertujuan untuk mengubah cara pelanggan berbelanja dan menguruskan kewangan mereka, menyediakan kemudahan dan faedah kewangan yang dipertingkatkan. 


“Kami teruja untuk menawarkan penyelesaian kewangan yang inovatif kepada pelanggan setia MYDIN, memastikan mereka dapat membeli-belah dan melakukan urusan perbankan dengan mudah dan pantas. Kerjasama ini turut direalisasikan melalui DuitNow Online Banking oleh PayNet, yang membolehkan pengalaman ‘online transfer’ yang lancar ke dalam akaun Boost Bank,” tambah beliau.


Selain itu, dengan Kad Debit yang akan datang dan sangat dinantikan daripada Boost Bank, yang dikuasakan oleh skim MyDebit oleh PayNet, pelanggan boleh menikmati akses yang lebih mudah dan selamat kepada dana bank digital mereka tidak lama lagi.



Kerjasama strategik antara MYDIN dan Boost Bank ini turut menawarkan kadar faedah harian eksklusif sehingga 4% setahun (dibayar secara mingguan) kepada pelanggan MYDIN yang membuka akaun Boost Bank, deposit sekurang-kurangnya RM2,000 ke dalam Savings Jars, dan membelanjakan minimum RM50 sebulan melalui aplikasi Boost eDompet di mana-mana cawangan MYDIN dari 13 Jun hingga 30 September 2024*. 


Pelanggan juga secara automatik akan menjadi Platinum President di aplikasi Boost Bank dan Boost eDompet*. 


Pastikan akaun Boost Bank dihubungkan dengan aplikasi Boost sebelum membuat transaksi. 


Selain itu, pelanggan MYDIN yang membuka akaun Boost Bank juga layak 

menerima pulangan tunai RM10 melalui Partner Wallet di aplikasi Boost yang boleh diaktifkan melalui kod promo “BOOSTMYDIN”. 


Pulangan tunai ini tertakluk kepada pelanggan terawal yang menebus kod promo tersebut, jadi tebus sekarang*. 


Pendek kata, kerjasama antara MYDIN dan Boost Bank adalah komitmen untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan melalui penyelesaian digital yang inovatif. 


Sebarang maklumat lanjut mengenai tawaran ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my




#BoostBank #SavingJars #BoostMydin #eDompet #MYDIN #SavingsAkaun #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan