DMG FOOD INDUSTRY SASAR JUALAN RM5.9 JUTA MYKU-KISS BANTU GOLONGAN OKU!
DMG Food Industry Sdn Bhd dengan usahasama Dewan Perniagaan OKU Malaysia mensasarkan RM5.9 juta mampu diperoleh melalui jualan 1 juta Pek Biskut ‘MyKu-Kiss’ dalam tempoh enam bulan.
“Ini sekali gus memberi peluang kepada 500 orang kelainan upaya (OKU) seluruh negara sebagai rakan strategik pemasaran di lebih 1,000 premis perniagaan,” ujar Pengurus DMG Food Industry Sdn Bhd, Dato Dr. Hassan Saad ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Sejuta Kasih MyKu-Kiss bertempat di di kilang DMG Food Industry di kawasan Taman Perindustrian Halal MARA, Batu Caves baru-baru ini.
Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Yang DiPertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed Rahmat dan Ahli Dewan Negara, Senator isaiah D. Jacob; sambil disaksikan bersama oleh Timbalan Presiden Dewan Perniagaan, Perindustrian dan Pelaburan Malayia-Wuxi, Cjhina (DPPPM-WC), Datuk Yazid Othman dan Dr. Hassan Saad serta ahli-ahli Dewan Perniagaan OKU.
Turut memeriahkan majlis antaranya Pengerusi DPPPM-WC, Dr. Mazlan Goh serta Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia, Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor.
Majlis kemudiannya disusuli dengan acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama rakan-rakan strategik di antara Dewan Perniagaan OKU Malaysia, DMG Food Industry, Bizsmart Solution dan Altnoor Sdn Bhd. diikuti seterusnya dengan penyerahan lukisan kepada Senator Isaiah dari pelukis asal (bisu dan pekak), Shahwal Nizam Abu Samah di mana lukisannya melatari kotak biskut MyKu-Kiss.
DARI kiri: Dr. Mazlan, Yazid Othman, Dr. Hassan, Isaiah Jacob dan Nur Jazlan.
Berkongsi lanjut mengenai Kempen Sejuta MyKu-Kiss, Dr. Hassan menambahkata, program tersebut direka dan dicipta khusus bagi memberi peluang kepada usahawan OKU memperoleh pendapatan sekali gus merealisasikan harapan golongan itu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 peratus jawatan penjawat diisi oleh OKU sebagaimana yang sering disuarakan oleh Senator Isaiah di Dewan Negara di mana kini ia masih dalam pertimbangan Kerajaan.
“Sehubungan itu juga saya menyeru pihak peruncit, stesyen minyak, pasar mini dan lain-lain premis memberi ruang untuk membantu golongan OKU ini memasarkan produk mereka,” tambah Dr. Hassan.
Sebagai projek perintis seramai 50 orang dari golongan OKU akan bekerja sepenuh masa bagi menghasilkan 1 juta pek biskut yang akan dipasarkan di seluruh negara sepanjang tempoh kempen Sejuta MuKu-Kiss ini berlangsung selama enam bulan.
“Kami harap dapat mencapai sasaran itu dalam tempoh berkenaan bahkan selepas itu kami merancang untuk mengeskspot produk tersebut ke pasaran China melalui DPPPM-WC sebagaimana jaminan yang telah diberikan oleh Dr. Mazlan Goh,” ujar Dr. Hassan sambil memaklumkan segala hal ehwal berhubung pasaran luar diserahkan ke bahu rakan kongsinya, Mohd Shahril Ramli selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan DMG Food Industry.
Sebagaimana ucapan Isaiah Jacob yang menyebut, “Kami bukan meminta simpati tetapi kami meminta sokongan agar golongan OKU dapat dibeli peluang bersama membuktikan mereka juga mampu tampil sebagai orang berkemampuan dalam pelbagai bidang.”
Itulah harapan Isaiah dan semua golongan OKU yang diwakilinya.
DR. Hassan bersama Mohd Shahril (kiri) pada sidang media MyKu-Kiss.
Sementara itu, Mohd Shahril turut memaklumkan selain pengeluaran biskut MyKu-Kiss yang dijual pada harga RM5.90 sekotak, pihak DMG Food Industry juga sedang mengenal pasti beberapa produk lain untuk diketengakan seperti kerepek pisang dan banyak lagi.
“Dengan usaha ini kami harap dapat memdbantu golongan OKU berdiri sama tegak dengan orang biasa dalam apa jua bidang perniagaan yang tersedia seperti Kesihatan mahu pun Seni Muzik memandangkan ada OKU yang berjiwa seni,” sambung Isaiah dalam ucapan ringkasnya.
Senator Isaiah memberitahu, sedang dalam perancangan untuk menyediakan sebuah bengkel bagi golongan OKU yang berkemahiran dalam berurut agar dapat mempelajari ilmu ubatan cara tradisional CIna memadangkan OKU cacat penglihatan selalunya pandai mengurut.
“Ilmu perubatan tradisional Cina dapat meningkatkan cara teknik mengurut agar lebih bermanfaat sekali gus dapat membantu memelihara gaya hidup sihat,” tambah Isaiah sambil berharap usaha DMG Food Industtry dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU akan berterusan.
Dalam pada itu, orang ramai yang berminat juga untuk memasarkan MyKu-Kiss boleh menghubungi DMG Industry agar penjualan dapat berjalan lancar demi mencapai sasaran jualan yang diharapkan.
“Ini adalah biskut mentega pertama dihasilkan oleh golongan OKU dan diharap mendapat sambutan daripada pembeli waima rasanya tidak kurang sedap sebagaimana biskut impot yang tinggi harganya,” yakini Dr. Hassan sambil melafazkan penghargaannya kepada Nur Jazlan yang sudi menyokong usahanya dalam membantu golongan OKU terus berjaya dan duduk sama tinggi dan rendah seperti manusia biasa.
#OKU #DewanPerniagaanOKU #DMGFoodIndustry #MyKuKiss #BiskutMentega
Tiada ulasan:
Catat Ulasan