KEDAI DJI-HASSELBLAD YANG PERTAMA KINI DIBUKA DI SURIA KLCC!
BAGI jurugambar professional jenama DJI dan Hasselblad sudah tentu tidak asing lagi.
Terkini, berita baik untuk mereka DJI, pemimpin global dalam teknologi dron dan kamera, serta Hasselblad, pengeluar kamera Sweden yang terkenal dengan kamera format sederhana berkualiti tinggi dan reka bentuk ikoniknya, sudah pun membuka kedai DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Malaysia.
Terletak di destinasi beli-belah ikonik Malaysia di bawah Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, kedai DJI | Hasselblad Experience kini dibuka untuk pengunjung dan peminat di Lot 117, Tingkat 1.
Majlis pembukaannya telah dirasmikan dengan pertunjukan Tarian Singa dan gesekan muzik biola bersama tetamu jemputan khas terdiri antaranya Mohd Libra Lee, Timbalan Pengarah Senior Malaysia Tourism; Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif DJI Malaysia; Eason Guo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DJI Malaysia; Priscilla Hiew, Pengurus Senior bahagian Peruncitan SURIA KLCC dan Charles, Pengurus Tadbir DJI bagi negara Malaysia.
Kehadiran mereka membuktikan kepentingan bagi menuju ke arah masa depan yang lebih unggul buat negara Malaysia.
Menampilkan paparan produk premium yang diatur dengan teliti, kedai ini merupakan kolaborasi modeniti dan perpaduan Kuala Lumpur dalam teknologi dan seni. Setiap pengunjung boleh merasai pengalaman ke alam fotografi teknologi tinggi dan meneroka produk fotografi yang berkualiti tinggi secara langsung.
Kedai berkenaan turut menampilkan kamera terkini Hasselblad, termasuk 907X 100C, kamera digital tanpa cermin format sederhana (Mirrorless Medium Format) yang menggabungkan reka bentuk vintage dengan prestasi moden; X2D 100C, yang terkenal dengan kualiti imej yang luar biasa dan julat dinamiknya; serta edisi terhad 907X 50C 80th Anniversary Edition, yang meraikan warisan unik untuk Hasselblad.
Selain itu, kedai ini mempamerkan inovasi terkini DJI, termasuk DJI Osmo Pocket 3, kamera gimbal genggam kompak berkuasa tinggi; dan DJI Avata 2, dron canggih yang direka untuk pengalaman udara yang langsung.
Majlis pembukaan yang menjadi sambutan ini didatangkan dengan diskaun sebanyak 5% untuk sesetengah produk, dan demonstrasi dron secara langsung serta dilengkapi dengan workshop yang diterajui oleh pakar dalam industri dron dan kamera dengan memberikan tunjuk ajar berharga dan pengalaman langsung kepada para peserta.
Barisan yang panjang dapat dilihat sejurus kedai dibuka seawal 10 pagi telah menjadi bukti bahawa DJI dan Hasselblad mempunyai tempat yang istimewa bagi rakyat di Malaysia.
Selain itu, bagi meraikan majlis pembukaan DJI | Hasselblad KLCC Experience Store, kempen "Snap and Win" dilancarkan bermular dari 25 Jun sehingga 1 Julai.
Semua dijempt mengambil bahagian mengunjungi kedai, mengambil gambar, mengikuti dan menanda @DJI.Malaysia dan @Hasselblad.MY di halaman Facebook & Instagram, serta membuat posting di media sosial mereka dengan menggunakan tanda pagar (hashtag) #DJIXHASSELBLADKLCC.
Satu pemenang bertuah akan dipilih untuk menerim sebuah DJI Osmo Mobile 6 bernilai RM639.
Untuk info lebih lanjut:
DJI Official Website: www.dji.com
DJI Official YouTube Channel: www.youtube.com/DJI
DJI Malaysia’s Official Facebook Page: www.facebook.com/DJIMYOfficial
DJI Malaysia’s Official Instagram Page: www.instagram.com/DJI_Malaysia_Official
#DJI #Hasselblad #SuriKLCC #Dron #Kamera #Snao&Win #DJIXHASSELBLADKLCC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan