MYDIN PERKENAL APLIKASI E-DOMPET, 'MYDINPAY', TINGKAT PENGALAMAN BELI-BELAH LEBIH MUDAH!
DALAM usaha menyesuaikan perniagaan mengikut perubahan keperluan dan trrend perbelanjaan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan aplikasi e-dompet ‘MYDINPay’ bagi menawarkan pengalaman beli-belah lebih mudah dengan inovasi terbaharu.
Pelancaran ‘MYDINPay’ telah disempurnakan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo di MYDIN Subang Jaya berrsama Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin pada petang semalam, 25 Jun 2024.
“Aplikasi e-dompet ini merpakan yang pertama dilancarkan oleh rangkaian peruncit dan pemborong di Malaysia mempamerkan kesediaan MYDIN berubah ke era digital dan mendepani perubahan pasaran,” ujar Haji Ameer Ali Mydin dalam ucapan aluannya pada majlis berkenaan.
Menurutnya, bukan mudah menjadi yang pertama, banyak fasa trial and error yang harus didepani bagi membangunkan aplikasi ini.
“Namun terima kasih kepada WavPay sentiasa membantu kami dalam melalui proses ini,” tambah Ameer Ali Mydin.
Pembangunan aplikasi ‘MYDINPay’ direalisasikan melalui kerjasama MYDIN dengan Wavpay pada Oktober 2023.
Kerjasama ini memperkenalkan MYDIN sebagai Rakan Dompet Omnichannel pertama, merupakan program yang memanfaatkan infrastruktur e-dompet yang mantap daripada Wavpay.
Inisiatif ini membolehkan rakan kongsi mencipta aplikasi mereka sendiri dengan ciri e-dompet bagi memudahkan transaksi digital dan meningkatkan penglibatan dengan pengguna sasaran mereka.
“Kami sudah berada di persada perniagaan lebih dari enam dekad, justeru itu kami perlu terus menyesuaikan perniagaan mengikut perubahan semasa. Integrasi penyelesaian fintech canggih ini bertujuan untuk menjadi penanda aras baru untuk kemudahan runcit dan penglibatan digital," jelas beliau.
Sambungnya, pandemik Covid-19 yang melanda telah memberi pengajaran kepada kita semua tentang keperluan beradaptasi dengan teknologi digital bagi memastikan perniagaan boleh diteruskan tanpa ada sempadan.
“Alhamdulillah, kami melihat keperluan adaptasi pendigitalan ini secara positif dapat memperluas akses perniagaan serta meningkatkan lebih banyak peluang yang kami pernah anggap mustahil sebelum ini,” akui Ameer.
Bersempena dengan pelancaran’MYDINPay’, MYDIN menawarkan baucar RM5 bagi 1,000 pengguna aplikasi yang terawal, sementara 3,000 pelanggan pertama yang membelanjakan RM150 ke atas dengan aplikasi ‘MYDINPay’ di mana-mana cawangan MYDIN layak menikmati pulangan tunai sebanyak 5%.
Malah pada hari pertama pelancarannya, MYDIN menawarkan empat produk pada harga seringgit seperti mee, ubi kentang, bawang dan roti.
Lebih menarik pada majlis pelancaran, turut diadakan cabutan bertuah berrnilai RM2,000 kepada pengguna aplikasi MYDINPay yang terawal memuat turun MYDINPay di telefon bimbit masing-masing.
Sesungguhnya, dengan slogan Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong! MYDIN terus menjadi penggerak utama industri peruncitan halal bagi membekalkan pelbagai pilihan produk berkualiti yang berorientasikan polisi harga borong setiap hari.
MYDIN juga akan terus menjadikan aplikasi ‘MYDINPay’ ini sebagai integrated platform kepada semua pelanggan.
‘Jadi stay tuned, kami telah menyusun pelbagai activation plan bagi menjadikan aplikasi ini mesra pengguna dan a “must have” bagi semua pelanggan. Dan saya berrharap agar usaha kami menyahut seruan dan aspirasi kerajaan mempercepat adaptasi pendigitalan ini dapat memberi manfaat dan seterusnya juga kepada pembangunan teknologi dan pendigitalan negara,” akhiri Hj Ameer Ali Mydin.
Sementara itu, Gobind Singh Deo dalam ucapan perasmiannya menyatakan rasa berbesar hatinya dapat merasmikan pelancaran MYDINPay yang bakal merancakkan lagi arena ekonomi digital negara.
“Hasil kolaborasi MYDIN bersama WavPay, aplikasi MYDINPay ini bakal mencipta pengalaman beli-belah tanpa pembayaran tunai yang lebih lancar buat para pengguna, sekaligus menyokong hasrat kerajaan untuk mendigitalkan ekonomi negara,” ujar Gobind Singh Deo.
#MydinPay #MYDIN #EDompet #WavPay #Fintech #MengapaBayarLebih #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan