Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PENGALAMAN 'PICNIC IN THE PARK' DI TAMAN SURIA KLCC MEMUKAU!



AKHIRNYA
dapat juga Kak Fas merasai pengalaman berkelah di taman termasyur KLCC setelah tahun lalu acara itu terpaksa dibatalkan dek kerana hujan di mana kami hanya dapat menikmati jamuan di restoran Burger & Lobster sebagai alternatif.


Alhamdullilah tahun ini acara ‘Picnic in the Park’ anjuran kali kedua Suria KLCC membolehkan Kak Fas merasai pengalaman berkelah di Taman KLCC berhadapan bangunan ikonik Kuala Lumpur, tidak lain dan tidak bukan tentulah Petronas Twin Tower atau Menara Berrkembar Petronas.


Sesiapa yang sering menjadi pembeli setia di Suria KLCC tentu maklum mengenai aktiviti riadah ‘Picnic in the Park’ yang diperkenalkan tahun lalu di mana pada tahun ini para pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas melalui dua resit yang bertarikh antara 7 sehingga 21 Jun layak menebus 4 keping tiket “Picnic in the Park”.


Aktiviti eksklusif dan menarik ini terhad kepada 55 kumpulan untuk setiap 4 orang pengunjung setiap hari di mana mereka boleh memilih slot di antara 15 sehingga 23 Jun untuk berkelah.


Untuk rekod, selepas kejayaan luar biasa debutnya pada tahun 2023, “Picnic in the Park 2024" menjanjikan pengalaman yang lebih mempesonakan untuk seisi keluarga serta para pengunjung.



“Kami amat teruja untuk membawa kembali pengalaman 'Picnic in the Park' Suria KLCC untuk tahun kedua," kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. 


Menurutnya, aktiviti ini membolehkan Suria KLCC mempersembahkan keindahan Taman KLCC dan menawarkan para pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 


Dengan suasana yang mempesonakan diatur khas selain dari aktiviti eksklusif yang menarik, aktiviti 'Picnic in the Park' ini pastinya  menjadi pengalaman luar biasa yang akan dihargai oleh para pengunjung.


Memang betul bagai di kata… sebaik sahaja memasuki ruang tertulis ‘closed for private event’ Kak Fas sudah dapat merasai aura ‘berkelah’ selepas mendaftar di kaunter khas yang berhadapan pintu gerbang ‘Picnic in the Park’ dihiasi indah.



Pengunjung disambut dalam suasana bertemakan 'Garden Fairies' yang penuh dengan hiasan magikal. 


Tidak kurang dari itu, aktiviti persekitaran dilengkapi dengan hiasan landskap piknik yang menarik untuk sesi fotografi. 


Dekorasi khemah ‘teepee’ dan meja piknik yang dihiasi dengan susunan bunga dan lampu yang memukau menjadi tumpuan para peserta khususnya kami dari team media yang menjadi kumpulan pertama menikmati program ‘Picnic in the Park’ sebelum dibuka kepada umum.



Lebih menarik, setiap kumpulan menerima bakul piknik mengandungi pelbagai aksesori dan barangan keperluan khas, termasuk pelindung matahari Guardian, tisu basah, dan pelekat Buzzaway Patch; kipas mini tangan Remax; permainan gelembung bebas toksik dan buku aktiviti dari Toys “R” Us; bersama dengan air mineral dan banyak lagi. 

Memang jika bawa anak-anak mereka pasti seronok.



Pengalaman bermakna ini juga tidak lengkap tanpa juadah yang beraneka dan melazatkan. 


Hidangan dari Burger & Lobster, dilengkapi dengan sajian manisan dari stesen ‘flaaah and ONO’ yang menawarkan pelbagai pilihan ‘hojicha’, ‘matcha’, dan pastri yang enak. 


Suasana indah dan magis tidak lengkap tanpa kehadiran si Pari-Pari yang berpakaian kostum pari-pari berkelipan, menjadi tumpuan pengunjung mengambil peluang bergambar dengannya.


Yang mahu lawa seperti pari-pari boleh membuat mahkota bunga sendiri di gerai yang disediakan sambil menikmati gula-gula kapas dan ais-krim dari gerai yang disediakan. Jika nak bergambar dengan cetakan instax pun boleh secara percuma.



Tetapi sebelum itu jangan lupa bersolek mengguanakan produk Gucci oleh pakar kecantikan di stesen Gucci Beauty. Inilah peluang nak mencuba produk dari jenama ternama itu… Kak Fas pun apa lagi cuba juga laa hihi...



Yang suka bersantai boleh sertai bengkel ‘succulent planting’, bengkel “layering” minyak wangi dan sesi urutan tangan yang dikendalikan oleh The Body Shop.



Debaran aktiviti cabutan bertuah  meningkatkan keterujaan setibanya waktu malam apabila pelbagai hadiah menarik turut menanti para pengunjung yang dibawakan khas oleh Burger & Lobster dan juga Hoka



Suasana persekitaran lebih memukau apabila buat sekian kalinya, Orkestra Filharmonik Malaysia menutup malam penuh indah dengan persembahan ‘string quintet’. 



Tepat jam 8 malam. aktiviti piknik diakhiri dengan persembahan kemuncak menakjubkan dari Pertunjukan Pancuran Taman Tasik KLCC. 


Memang cantik saujana mata memandang sambil halwa telinga dihiburkan dengan muzik daripada lagu-lagu popular mengiringi tarian air pancut berwarna-warni.


Apa pun, bagi yang tak sabar dan sedang menunggu slot masing-masing tetapi mahu  baca info lanjut boleh layari www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall.



#PicnicInThePark #Berkelah #SuriaKLCC #Gucci #TamanTasikKLCC #Magis #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan