RENO12, RENO12PRO BAHARU TAMPILKAN KEUPAYAAN GEN AI!
OPPO baru-baru ini mengumumkan pelancaran dua telefon AI baharu – Reno12 dan Reno12 Pro – yang memperkenalkan set ciri GenAI peneraju industri yang bakal melonjakkan produktiviti dan kreativiti ke tahap dimensi baru.
Kedua-dua model ini mewakili bab baru dalam sejarah siri OPPO Reno yang popular dan merupakan pelancaran utama yang pertama di bawah komitmen OPPO untuk mempercepatkan penggunaan telefon AI.
Majlis menyaksikan acara penuh gemilang dengan pertunjukan fesyen serta penerangan daripada pengurusan OPPO termasuk pelakon Amelia Henderson yang tampil bergaya dalam gaun rona perak melambangkan nilai futuristik sebagaimana rekabentuk kedua-dua Reno12 dan Reno12 Pro.
Reka bentuk Futuristik Fluid dan Rangka Aloi Berkekuatan Tinggi mencipta penampilan baharu yang menakjubkan sambil memastikan reka bentuk paling kukuh untuk telefon bimbit siri Reno pada setakat ini dengan perlindungan yang dipertingkatkan terhadap ketahanan jatuh, tekanan, dan air.
Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan platform mudah alih serba baharu 4nm MediaTek Dimensity 7300-Energy For Reno yang dibangunkan secara eksklusifnya oleh MediaTek dan OPPO untuk memberikan kecekapan kuasa yang luar biasa.
Digabungkan dengan teknologi pengecasan kilat 80W SUPERVOOCTM OPPO dan bateri berkapasiti kuasa tertinggi 5,000mAh dalam sejarah siri Reno, Reno12 dan Reno12 Pro baharu memastikan hayat bateri yang ultra panjang, pengecasan sepantas kilat, dan jangka hayat bateri yang optimum sehingga empat tahun, mempamerkan siri Reno dalam melangkaui batasan kepraktisan, ketahanan, dan gaya terkini.
Pada awal tahun ini, OPPO telah menyatakan komitmennya untuk membawa keupayaan AI kepada lebih ramai orang melangkaui batasan telefon pintar flagship tahap mewah. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, OPPO telah bekerjasama dengan Google, Microsoft, MediaTek, Qualcomm, dan rakan kongsi lain untuk mempercepatkan ketibaan generasi baru Telefon AI.
Reno12 dan Reno12 Pro memperkenalkan set ciri GenAI yang inovatif meliputi pelbagai penggunaan harian. Dengan AI Eraser baharu yang dikemaskini, pengguna boleh menghilangkan orang asing dalam foto secara mudahnya dengan hanya satu ketukan atas keupayaan cirinya untuk mengenal pasti orang dan objek yang tidak diingini secara automatik.
Kedua-dua telefon ini juga dilengkapi dengan dua ciri AI yang direka khusus untuk meningkatkan kualiti gambar berkumpulan. AI Clear Face memberikan semua orang dalam gambar berkumpulan sentuhan yang sama seperti bintang utama dengan pemulihan definisi tinggi pada butiran seperti kontur wajah, rambut, dan kening, memastikan wajah mereka ditangkap dengan jelasnya walaupun berdiri jauh dari kamera.
Sementara itu, AI Best Face boleh mengenal pasti orang dalam foto yang matanya tertutup secara automatik dan menggunakan teknologi GenAI yang canggih untuk membuka mata mereka. Dengan ini, tiada tangkapan gambar berkumpulan yang disia-siakan.
Untuk lebih banyak kemungkinan imaginatif, AI Studio boleh mencipta avatar digital atau gaya potret artistik daripada hanya satu foto pengguna. Pengguna boleh membayangkan semula diri mereka sebagai koboi, bintang dalam manga cyberpunk, atau banyak gaya yang lain dengan menggunakan keupayaan GenAI yang baru.
Selain daripada peningkatan kualiti foto, Reno12 dan Reno12 Pro juga memanfaatkan kuasa AI untuk meningkatkan kecekapan dan kreativiti.
Dibina di atas Model Bahasa Besar Google Gemini (Large Language Model - LLM), AI Toolbox merupakan tambahan baru pada bar sisi pintar yang memanfaatkan keupayaan pengenalan yang kuat untuk memahami kandungan yang dipaparkan di skrin dan mencadangkan ciri AI yang bersesuaian, seperti penjanaan kandungan media sosial yang cepat atau ringkasan kandungan untuk artikel panjang.
Dalam aplikasi Rakaman, pengguna kini juga boleh menggunakan alat AI Recording Summary yang baru untuk merumuskan ringkasan teks secara pintar daripada rakaman suara dan menyusunnya menjadi nota, dengan maklumat seperti senarai tugasan, masa, lokasi, dan butiran lain diserlahkan dan diformatkan untuk meningkatkan kebolehbacaan.
Harga dan Ketersediaan di Pasaran
OPPO Reno12 dan Reno12 Pro kini tersedia untuk dibeli oleh rakyat Malaysia pada harga runcit yang disyorkan RM2,599 bagi OPPO Reno12 Pro (12GB + 512GB) manakala Reno12 (12GB + 512GB) berharga RM2,199.
Dari sekarang hingga 12 Julai, rakyat Malaysia boleh menyertai cabaran "OPPO AI Eraser Master" di Laman Facebook Rasmi OPPO dan berpeluang memenangi OPPO Enco Air4 Pro.
Pemenang akan diumumkan pada 19 Julai 2024.
Berikut adalah cara untuk menyertai:
Langkah 1: Lawati Laman Facebook Rasmi OPPO dan like posting "OPPO AI Eraser Master".
Langkah 2: Kongsi dan pos gambar yang anda perlukan "OPPO AI Eraser Master" untuk membantu anda menghapuskan latar belakang atau objek di bahagian komen.
Langkah 3: Gunakan hashtag #OPPOReno12Series5G dan #OPPOAIPhone dengan gambar anda di bahagian komen.
Cabaran OPPO AI Smart Image Matting:
Dari sekarang hingga 26 Julai, pengguna Xiaohongshu boleh mempamerkan kreativiti mereka dengan mencipta wallpaper menggunakan ciri OPPO AI Smart Image Matting 2.0. Penyerahan paling kreatif akan memenangi OPPO Reno12 dan OPPO Enco Air4 Pro.
Pemenang akan diumumkan pada 1 Ogos 2024.
Berikut adalah cara untuk menyertai:
Langkah 1: Ikuti Akaun Rasmi Xiaohongshu OPPO dan like posting kempen.
Langkah 2: Bebaskan kreativiti anda dengan mengedit foto menggunakan ciri OPPO AI Smart Image Matting 2.0.
Langkah 3: Komen dengan foto anda di bawah posting kempen menggunakan hashtag #OPPOReno12系列 dan #OPPOAI手机.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan ciri lain yang menarik boleh layari LINK INI.
#OPPO #Reno12 #Reno12Pro #KeupayaanAI #ImageMatting #OppoAI #fyp #tech
Tiada ulasan:
Catat Ulasan