SAKSIKAN GANDINGAN KALI PERTAMA KAMAL ADLI, AZIRA SHAFINAZ & AQASHA DALAM 'NAFSU' DI VIU!
Drama bersiri 8 episod terbitan Infinitus Productions ini merupakan siri Viu Original yang ke-26 ditayangkan di Malaysia.
“Setelah kejayaan menghasilkan naskah berbentuk thriller seperti Hilang dan Nenek Bongkok Tiga, kami sangat teruja untuk membawakan sebuah lagi naskah buat peminat yang gemarkan siri bergenre ini. Dengan jalan cerita yang memukau, elemen mendebarkan serta watak-watak yang ditonjolkan menjadikan Nafsu pilihan tepat untuk ditambahkan dalam senarai siri Viu Original kami,” ujar Pengurus Negara Viu Malaysia, Kingsley Warner pada majlis tayangan perdana episod pertama ‘Nafsu’ yang berlangsung di Aurum Theatre, The Exchange TRX pada petang semalam, 26 Jun 2024.
Majlis turut diserikan dengan penampilan penyanyi Marsha Milan menyampaikan lagu tema Viu Original ‘Nafsu’ berjudul ‘Kala Tiba’.
Menurut Kingsley para pelakon seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz dan Aqasha merupakan nama yang sinonim dengan siri Viu Original.
“Sebelum ini mereka pernah membintangi Viu Original Black S1 & S2, Ijab Kabut dan Hilang. Nafsu merupakan gandingan pertama mereka bertiga di dalam siri yang berbentuk supernatural dan thriller. Pengalaman dan variasi kemahiran lakonan tersendiri mereka pastinya akan memberikan penonton pengalaman menonton yang lebih tulen dan menarik,” tambah Kingsley.
Nafsu menyingkap kisah di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur dan lelaki bernama Sam yang menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup.
Bersama-sama rakannya, Suria, mereka mengaut duit golongan atasan yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam. Namun hakikatnya, Sam memang mempunyai deria keenam dan pernah diajar ilmu Ruqyah semasa kecil, tetapi Sam menolak keupayaan itu kerana suatu tragedi.
Apabila Dina, bekas kekasih Sam datang meminta pertolongan mencari Alia, adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam cuba menerima anugerahnya bagi membantu Dina.
Kehilangan Alia cumalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti.
Disertai Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan perkara-perkara di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.
Turut dilakon oleh Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha, ‘Nafsu’ menjanjikan sebuah pengalaman menonton yang tidak akan dilupakan, berlatarbelakangkan lokasi menarik dan bersejarah di Malaysia, hiruk-pikuk jalan di kota metropolitan Kuala Lumpur, Janda Baik dan Batu Cave.
Garapan sinematografi yang banyak bermain dengan cahaya di dalam siri ini akan membangkitkan mood seram dan mendebarkan serta memberi pengalaman menonton yang berbeza.
Bukan itu sahaja, tenaga produksi berusaha keras bagi mengekalkan keaslian lokasi dan menggambarkan hakikat kawasan kejiranan dalam siri ini.
Diarahkan oleh Sein Qudsi, ini merupakan naskah ketiga arahannya bagi Viu Original. Bersama Ghaz Abu Bakar, Sein telah mengarah musim kedua Viu Original Black (2021), sebuah adaptasi drama Korea dengan tajuk yang sama.
Karya mereka telah menobatkan mereka anugerah kebangsaan untuk Pengarah Terbaik (Fiksyen) di Asian Academy Creative Awards 2021.
Penonton boleh menonton Viu Original Nafsu di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta di laman web www.viu.com.
Ikuti Viu di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.
#ViuOriginal #Nafsu #InfinitusProductions #KalaTiiba #KamalAdli #AziraShafinaz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan