Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSIKAN KONSERT 'MERAH HITAM DEF GAB C BERSAMA KRISTAL X' DI ZEPP KL 31 OGOS!


SIAPA
ingat dan suka lagu ‘Cinta Sakti’ ciptaan Dato M. Nasir yang dinyanyikan oleh Kumpulan Def Gab C sehingga lagu itu menjadi pilihan kumpulan Senario  untuk dirakam semula menjadi “Cinta Sate’.

Sejak itu lagu tersebut terus menjadi siulan anak-anak muda yang menyampaikan nya sebagai ‘Cinta Sate’ malah Kak Fas sendiri pun bila dengar lagu ‘Cinta Sakti’ mesti nak juga sebut ‘Cinta Sate’ haha.



Dua lagu sama tetapi berbeza liriknya.. Cinta Sate dan Cinta Sakti.


Apa pun jika anda merindui lagu berkenaan dan mahu milihat kumpulan asal lagu ini yang ditubuhkan pada era 90-an beraksi di pentas, nantikan mereka pada 31 Ogos 2024 depan.


Def Gab C akan bersama kumpulan yang tidak kurang popular pada lewat 90an iaitu Kumpulan Kristal X bersama bekas vokalis Kristal, Razlan Mohamed atau lebih popular kini dengan nama Lan Solo.


Kedua-dua kumpulan ternama yang telah terpahat di dalam sirkit muzik tanah sirr lebih 20 tahun itu akan beraksi pada konsert yang dinamakan ‘Merah Hitam’ bertempat di Zepp KL pada 31 Ogos 2024 (Sabtu) bermula jam 8 malam.



Kenapa di namakan Merah Hitam?


Merah Hitam adalah perkataan yang diambil dari adaptasi kedua -dua lagu hits kumpulan tersebut iaitu “Merah” dari Def Gab C dan Hitam yang merujuk kepada lagu “Seragam Hitam” dari Kristal X . 


“Konsert Def Gab C & Kristal X:Merah Hitam ini merupakan permulaan syarikat Shoreline Space berkecimpung secara professional di dalam sirkit persembahan langsung. Ia juga satu sinergi dengan perniagaan asas kami iaitu ruang acara dengan peralatan muzik terkini yang terletak di Sri Rampai,” ujar Pengarah Urusan Shoreline Space, Shahrunnizam Jamel pada majlis sidang media mengumumkan konsert ‘Merah Hitam Def Gab C & Kristal X bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada petang semalam, 12 Jun 2024.



Bersama dua kumpulan berkenaan, turut hadir Presiden KARYAWAN,  Datuk Freddie Fernandez dan Amad Abdullah selaku Pengarah Persembahan konsert.


Menurut Shahrunnizam (gambar bawah, kiri)  secara peribadi beliau amat teliti dan cerewet di dalam menyelenggarakan persembahan dengan memastikan segala peralatan berada dalam keadaan baik.


“Dari sistem bunyi dan visual serta tenaga teknikal profesional kami amat teliti agar Def Gab C dan Kristal dapat memberikan persembahan terbaik,” tambahnya.


Berhubung dengan tarikh bersamaan Hari Merdeka, Amad  (kanan) menyambung kata, “kita juga akan meraikan Merdeka pada konsert tersebut”.


“Pastinya ada sedikit elemen patriotism yang disampaikan dengan cara kami sendiri nanti dan saya akan pastikan ianya bakal menjadi kenangan halwa telinga, kepuasan jiwa dan visual,” sambung Amad.


Jelas beliau, konsert berkenaan akan  diadun dengan pelbagai suntikan artistik tersendiri, baik dari segi tema, manifesto dan paling utama di malam persembahan akan adanya beberapa elemen yang agak menarik.


Apa pun yang pasti gabungan dua nama kumpulan yang terkenal ini di atas satu pentas pada bulan Kemerdekaan mencipta sejarah tersendiri.


 “Ini adalah penampilan sulung kami selapas hampir 4 tahun, dimana sebelum ini saya lebih aktif menyanyi secara solo. Ianya saat yang sangat saya tunggukan kerana ”vibe” membuat persembahan bersama ahli band adalah puncak kepuasan saya diatas pentas dan juga memberi energi yang berbeza kepada peminat,” ujar vokalis Def Gab C, Asheed.


Selain Asheed , Def Gab C dianggotai oleh Jemboo (Gitar), Ahtonk (Drum) dan Epyn (Bass). 



Dan bagi Kristal X pula yang dianggotai oleh vokalisnya, Lan,  Ainol (Drum), Napie (Gitar ) Amai (Bass) dan Ayop (Keyboard) tidak ketinggalan rasa teruja untuk ‘all out Rockin’ bersama para peminat mereka.


“Kristal X sangat teruja untuk beraksi didalam konsert ini, dan ini juga merupakan peluang kepada peminat setia kami untuk merasai kepuasan tersendiri memandangkan ia diadakan secara sistemetik di satu lokasi yang saya rasakan sangat sempurna dari segi penataan bunyi dan visual iaitu di Zepp KL,” komen Lan Kristal.



Pendek kata, jika anda rindukan lagu-lagu  popular selain  ‘Merah’ dan ‘Cinta Sakti’ seperti ‘Seragam Hitam’’, Resam Pak Belalang’ atau ‘Slow Tunes’,  ‘Ampunkan Aku’ dan ‘Memburu Impian’,  jom  kita menyanyi bersama dengan Def Gab C & Kristal X di konsert ‘Merah Hitam@Zepp KL pada 31 Ogos ini sambil menghayati semangat kemerdekaan. 


Untuk maklumat tempahan tiket yang berharga dari RM178 hingga RM3,500 (kotak VIP)  boleh layari laman web myticket.asia atau klik SINI.



#DefGabC #KristalX #KonsertMerahHitam #ZeppKL #Karyawan #MuzikRock #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan