Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SOOKA TV STICK BAWA AKTIVITI PENSTRIMAN KE TAHAP LEBIH TINGGI!


ANDA dah ada
sooka? Mesti suka kan apabila dapat menonton rancangan-rancangan baharu kesukaan melalui sooka apatah lagi kini dah ada sooka TV Stick yang baharu sahaja dilancarkan pada Selasa semalam, 11 Jun 2024.


Disempurnakan pelancarannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith bertempat di ibu pejabat ASTRO di Bukit Jalil, peranti penstriman inovatif ini mengubah pelbagai TV menjadi hab hiburan yang hebat, membolehkan para pelanggan menikmati kandungan sooka kegemaran mereka pada skrin besar.  


“Tahun lepas kami memperkenalkan pelan baharu untuk sooka dan pelan ini telah diterima baik oleh pengguna aktif bulanan (MAU) sooka dengan peningkatan sebanyak 23% kepada lebih 1 juta, serta pangkalan VIP kami lebih daripada dua kali ganda tahun ke tahun (YoY). 


"Hari ini, kami meneruskan momentum itu dengan memperkenalkan sooka TV Stick untuk membawa aktiviti penstriman menerusi sooka ke tahap yang lebih tinggi di skrin besar," ujar Euan Smith dalam ucapan ringkasnya pada majlis pelancaran yang turut dihadiri Pengarah sooka & NJOI, Chu Young Lee.


Menurut Euan Smith selanjutnya,  sooka TV Stick ini boleh didapati tanpa kos tambahan dengan Pelan Premium 12 bulan dan para pelanggan akan menikmati penjimatan sehingga RM440, memberikan mereka pengalaman skrin besar dengan nilai terbaik.


"Dengan gabungan TV Stick ini bersama Pelan Premium sooka, semua rancangan kegemaran anda dan banyak lagi boleh ditonton pada satu plaform, menjadikan penstriman lebih mudah untuk para pelanggan kami. Di sooka, kami percaya bahawa hiburan haruslah mudah, menarik dan meluas, dan dengan sooka TV Stick, semuanya lengkap,” tambah Euan Smith.



Bagi yang belum tahu tentu tertanya-tanya apakah sooka?


sooka ialah satu-satunya aplikasi penstriman di Malaysia yang menawarkan acara sukan terbesar secara LANGSUNG seperti Liga Perdana, UEFA EURO 2024™, Kejohanan BWF, Liga Malaysia, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tenis dan banyak lagi. 


Selain itu, sooka menawarkan hiburan tempatan dan serantau yang hebat seperti drama romantik 'Cinta Untuk Sekali Lagi', 'Framed' yang penuh saspens, 'The Hardest Singing Show' yang mencabar, 'Romance of a Twin Flower' yang menyentuh perasaan, dan 'Saba Nayagan' yang mendebarkan. 


Dengan hampir 70 saluran TV, kandungan On Demand serta pelbagai kandungan Asia yang lebih luas termasuk TVB, TvN, TvN Movies dan KBS World, semuanya ada di sooka.  


Apa pula sooka TV Stick?


sooka TV Stick dikuasakan oleh Android TV OS oleh Google yang merangkumi arahan suara yang dikuasakan oleh Google Assistant, Google Play Store dan keupayaan untuk menghantar kandungan ke skrin besar. 




Dengan sooka TV Stick, anda boleh:

  • Nikmati kualiti gambar yang menakjubkan dengan penstriman definisi tinggi (HD) dan juga 4K UHD pada TV dan aplikasi yang serasi.
  • Pasang, Aktifkan dan Strim dalam Sesaat. sooka TV Stick adalah sangat mudah dan senang untuk  digunakan. Hanya pasangkannya ke TV anda, sambungkan ke Internet dan mulakan penstriman dalam beberapa saat.
  • Cari dengan mudah menggunakan alat kawalan jauh intuitif dengan keupayaan carian suara (tersedia untuk aplikasi terpilih).
  • Beribu Aplikasi, Pelbagai Kemungkinan. Tidak terhad kepada sooka sahaja, sooka TV Stick juga menawarkan hiburan tanpa henti dengan akses kepada aplikasi kegemaran anda seperti Disney+ Hotstar, Viu, YouTube dan banyak lagi, semuanya pada skrin besar.

Harga dan Ketersediaan:


sooka TV Stick dijual pada harga RM349 dan dilengkapi dengan akses Premium sebulan, 24 saluran TV percuma, kandungan On Demand terpilih dan akses 3 bulan ke Disney+ Hotstar. 


Para pelanggan yang membeli pakej Pelan Premium 12 bulan pada harga RM579 akan menerima sooka TV Stick tanpa kos tambahan dan akses selama 3 bulan ke Disney+ Hotstar untuk nilai terbaik. 



Untuk menambah baik pengalaman skrin besar, sooka memperkenalkan Pelan Entertainment+ baharu. 


Dengan harga hanya RM28/sebulan, pelan ini dicipta khas untuk para pelanggan yang ingin menikmati hiburan tempatan dan Asia yang terbaik melalui 53 saluran TV dan beribu rancangan On Demand. 


Sama ada pada peranti mudah alih atau skrin besar, Pelan Entertainment+ memastikan hiburan berkualiti sentiasa di hujung jari anda.


Semuanya memang ada di sooka! 


Muat turun aplikasi ini daripada Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi peranti mudah alih) dan Samsung, LG, Xiaomi serta Google/TV Android (versi 8 dan ke atas) untuk TV Pintar. 


Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan sooka TV Stick, layari sooka.my/m/tv-stick atau klik di SINI.


*Semua harga yang tertera dalam siaran akhbar ini tidak termasuk cukai. 



#sooka #sookaTVStick #ASTRO #PelanPremium #OnDemand #MAU #Penstrimin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan