DZA LABUR ASET USD 38,350 TRILION KE PERBANKAN DI LUAR NEGARA!
Kuala Lumpur - Pendepositan aset di luar jangkaan dan imaginasi manusia ke sebuah syarikat perbankan luar negara (Central Bank Nation State of Hawai'i), melibatkan jumlah bernilai USD 38,350 Quintillion atau 38,350 Trillion United State Dollar (USD) dalam istilah akademik menyaksikan satu peristiwa bersejarah dijentik oleh anak tempatan.
Majlis penyerahan aset sandaran emas dengan nilai USD 38,350 trilion itu menyaksikan upacara menandandatangani dokumen serahan di antara pemilik aset, Dato Dr. Mohd Zahari Awang (DZA) dan Gabenor Bank Pusat Nation State of Hawai’i, Profesor Dr. Hugen Wong Kok Wai, berlangsung di The Urban, Jalan Ampang pada 16 Julai 2024.
Turut hadir barisan ahli-ahli korporat tempatan antaranya Dato Profesor Dr. Halim Hamat; Datuk Pahlawan Zakaria Yusof; Datuk Mustapha Yaakob; Pengarah Asia,Central Bank Nation State of Hawai'i, Dr. Wang Xiaomin; Pengerusi Pematuhan Rantaian Blok Bank Pusat Nation State of Hawai’i, Dr. George Yeong serta Dr. Ir. Mohd Tabie Yusof @ Tabiyun dan ramai lagi.
Deposit yang diserah terdiri daripada aset-aset seperti ‘Bank Note’ dan’Gold Plate’, termasuk denominasi Hong Kong Dollar (HKD) bernilai HKD 100 Trillion setiap nota untuk 100 Bank Note, Chinese Yuan berukuran 10^2703 Zero, denominasi Non-Gentillion berjumlah 100 CNY Bank Note, Zimbabwe Dollar (ZWD) berukuran 30 Ribu digit Zero dengan denominasi Myrillion, 100 Note, dan ZWD Gold Notes berukuran 10^30 Billion Zero dengan denominasi 1 Million Yottalillion untuk 100 Gold Note dan juga Gold Plate denominasi ZWD Ingot berukuran 100 Trillion per Gold Plate.
“Nilai pendepositan keseluruhannya mencatatkan jumlah USD 38,350 Quintillion atau 38,350 Trillion United State Dollar (USD) dalam istilah akademik,” ujar Zahari Awang sambil memaklumkan apa yang dibawakan pada majlis penyerahan yang berlangsung hanya 0.02% sahaja daripada keseluruhan aset.
Sebagai pendepositor kepada Bank Pusat Nation State of Hawai’i, Zahari Awang memberitahu, telah mengumpulkan aset-aset berkenaan sejak 2015 dari 25 negara, dengan niat untuk memonitisasi Bank Note lama yang berlandaskan emas.
DZA juga menyimpan di empat buah gudang di Zurich, Switzerland sejak tahun 2019, termasuk 19 SKR (Safe Keeping Receipt) sebagai dokumen penting untuk aset yang disimpan.
DARI kanan ke kiri: Zakaria Yusof, Zahari Awang, De. Hugen Wong, De Wang Xiaomin dan Dr. George Yeong. |
Tambahnya, Central Bank Nation State of Hawai’i sebagai penerima deposit akan menggunakan aset-aset tersebut sebagai ‘reserve’ yang kemudiannya akan menebuskan bon-bon kepada permintaan khususnya dari negara-negara yang kurang membangun, GLC (Governent Link Companies) dan bank-bank perdagangan tempatan di mana-mana negara sekali pun.
“Yang cantiknya bon-bon ini bebas daripada Riba’, bertujuan untuk memperkenalkan pembayaran yang adil dalam ekonomi global,” jelas DZA.
Menurutnya, bon berkenaan menawarkan pelanggan sebuah permulaan yang menarik dengan diskaun 10% pada masa langganan awal, serta menawarkan pulangan tambahan 5% setiap tahun untuk tempoh 10 tahun, memberikan keseluruhan keuntungan melebihi 50% pada tahun ke-10.
Langkah ini diatur dengan kerjasama Central Bank Nation State of Hawaii, menunjukkan komitmen DZA dalam menjana inovasi dalam sektor kewangan global.
“Central Bank Nation State of Hawaii tidak akan memberi tempoh yang lama kepada pelanggannya kerana ia mengekang bebanan bagi monitasi sepatutnya,” tambah Zahari.
Sehubungan itu, DZA yang mempunyai lebihan Aset bersedia menawarkan kepada Agensi-Agensi Kewangan yang memerlukan dengan mekanisma sama seperti yang dilaksanakan Central Bank Nation State of Hawaii.
DZA menambah kata, dengan Aset Deposit yang ini akan dijadikan reserve atau sebelumnya menentukan ekonomi sesebuah Negara melalui dua kategori penting iaitu Program Pembanguanan Banking Defesit Reserve untuk tujuan memulihkan hutang Non Performing Loan (NPL) yang kebanyakan Bank Perdagangan lalui sejak 1980 hingga ke sekarang.
Dalam pada itu, Program Pembangunan Foreign Exchange Reserve Deficit Development dengan keupayaan Deposit Aset yang ada sekarang
juga merupakan sebahagian daripada strategi untuk menyokong Pelaburan Deposit Asing – ‘Foreign Deposit Investment’ (FDI), dengan harapan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan disamping kestabilan politik, ekonomi, dan sosial di negara-negara yang memerlukan sokongan untuk pembangunan infrastruktur mereka.
Terbaharu, DZA mewujudkan platform ekonomi bersandarkan nama Reserveben yang telah ditanda dagang menjadi harta intelek atas nama Harta Intelek Reserben Malaysia Sdn. Bhd.
Melalui platform tersebut, DZA mengorak langkah ke Thailand dengan harapan dapat mengembangkan lebih banyak syarikat menjelang tahun 2026 dengan sasaran mewujudkan sebanyak 3,433 syarikat sebagai ‘Iron Corridor Economy’ merangkumi seluruh dunia di mana sebagai permulaan beliau telah berjaya melahirkan 6 anak syarikat Co, Ltd di Thailand.
“Pemilihan Tailand disebabkan negara itu lebih liberal dan tidak pernah dijajah berbanding dengan negara-negara yang konservatif yang terpaksa mengikut telunjuk penjajah yang tidak membrikan Kemerdekaan dalam bidang kewangan sesebuah negara,” jelas DZA.
Pendek kata, 16 Julai 2024 telah menyaksikan sejarah baru dalam pembangunan ekonomi global dicipta Zahari Awang dan Central Bank Nation State of Hawai’i dalam usaha mengubah paradigma ekonomi global dengan pendepositan aset yang cukup monumental.
Pemilik Aset merangkap Group Assets Chancellor @ SaDaPa’A ini menutup bicaranya dengan serangkap kata-kata hikmah, ‘jangan fikir yang saya fikir, buat apa yang saya fikir…..dan ingat.. lebih baik menyalahkan lilin daripada mengutuk kegelapan malam”.
Satu kata-kata perangsang yang mempunyai makna tersirat lagi tersurat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan