Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM KE MAEPS RAI HARI PENEROKA FELDA, PELUANG MENANGI MOTOSIKAL!


DUA hari
telah berlalu, hari ini (14 Julai 2024) hari terakhir kawasan persekitaran Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dihangatkan dengan pelbagai aktiviti menarik sempena Hari Peneroka Felda terulung yang bermula sejak 12 Julai lalu.


Dengan kehadiran lebih kurang 500,000 peneroka dan pengunjung yang membanjiri dan meraikan Hari Peneroka Felda kali ke 68, ini merupakan penganjuran berskala besar di bawah pemimpin baharunya, Datuk Seri Ahmad Sabery Cheek sebagai Pengerusi Felda.



“Sambutan kali ini adalah terbesar dalam sejarah Felda berbanding sambutan sebelum ini yang hanya dihadiri peneroka yang dibawa dari rancangan masing-masing. Dengan sasaran pengunjung dan peneroka berjumlah lebih kurang 50,000 dari pelusuk tanah air yang menyertai Hari Peneroka Felda tahun ini ia juga menyantuni semua warga peneroka generasi muda berbanding sebelum in yang hanya tertumpu pada peneroka dari rancangan masing-masing,” ungkap Sabery Cheek.



“Kali ini kita jangkakan 500,000 peneroka dari pelusuk tanah air akan membanjiri MAEPS,” tambah Shabery Cheek.


Tidak hairanlah sepanjang dua hari lepas menyaksikan beberapa aktiviti telah memecah rekod pencapaian untuk dicatatkan dalam ‘Malaysia Book of Record’ (MBOR) meliputi senarai seperti berikut:


1. Funwalk 5KM #Road to Hari Peneroka ("Most Locations In A Simultaneous Fun Walk Program")

2. Ping Pong ( teramai - 1,297 org peserta)

3. Jambori FELDA Nation ( rekod teramai 1,678 peserta)

4. Himpunan 2 Roda membabitkan 58,697 peserta

5. Penghasilan Benih FGV 600juta sejak 1976.


Selain itu, antara program dan aktiviti yang dijalankan adalah Felda berselawat, Semarak Subuh, pameran 317 makanan seluruh rancangan, karnival pendidikan dan kerjaya.


Bagi menambahkan kehangatan, pengunjung turut disajikan dengan persembahan nyanyian oleh artis anak kelahiran Felda.



“Konsert yang diadakan pada malam terakhir menampilkan antaranya Mawi, Siti Nordiana, Exist dan jemputan dari negara seberang, Ungu,” ujarnya sambil memaklumkan beberapa artis lain terdiri daripada Ryan Bakery, Dr Sheikh Muszafar, Kak Lina Pom Pom, Boss Susu, Datuk Ramli Sarip, Nash, Aizat Amdan, Black Hanifah, Marsha Milan Londoh dan Inteam serta ramai lagi!


Menurut beliau, berkonsepkan 'Segalanya Felda’, Felda kini bukan dilihat dari segi perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan peneroka yang sudah berkembang dengan jumlahnya mencecah sehingga 3 juta orang secara keseluruhannya,


Beliau yakin satu lagi tarikan yang dinanti-nantikan adalah perlawanan akhir Euro 2024 yang akan menyaksikan Sepanyol menentang sama ada England atau Belanda pada pagi Isnin, waktu Malaysia.


Pendek kata, pelbagai program telah disusun merentasi 12 kluster atau kelompok daripada pendidikan hinggalah peluang pekerjaan, festival FGV, pertandingan bakat Feel Da Starz dan gerai makanan.



Sambutan Hari Peneroka Felda yang julung kali diadakan selama tiga hari pada tahun ini serta terbesar pernah diadakan turut mendapat sokongan daripada 12 kementerian, agensi dan rakan strategik yang mengambil bahagian.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan acara itu pada hari ini, 14 Julai walau pun Hari Peneroka Felda sebenarnya jatuh pada 7 Julai setiap tahun yang ditetapkan oleh Tun Abdul Razak yang juga pengasas Felda.


Tarikh keramat itu adalah hari penghormatan buat peneroka Felda yang menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya.


Selain itu, diadakan juga program masterclass percuma yang dibuka untuk semua pengunjung.



Kesimpulannya ada lebih kurang 68 program yang menarik antaranya seperti berikut:


- 1000 Gerai Jualan Keusahawanan & Pameran Kraf & Tekstil

- Karnival Pendidikan & Kerjaya

- Karnival Hospitali dan Hartanah

- Persembahan Tarian Tradisional/Busker

- 317 gerai makanan dari 317 rancangan FELDA 

- Ping Pong Terbuka Hari Peneroka, e-sport & robotic challenge

- Khatam 5 Minit Al-Quran

- Felda Berselawat Bersama Selebriti

- 28 Masterclass Percuma

- Food Festival

- Sajian Warisan 100 tahun Felda

- Pelancaran Umrah Rahmah

- Pelancaran Jualan Agro Madani Hari Peneroka Felda

- Jualan DURIAN (Kendurian) 

- Motorshow EV dan Autoshow Kawasaki

- Pameran Jentera Feltech 2.0

- Pertandingan Memancing

- Cabutan Bertuah Grand Prize

- Kemuncaknya akan diserikan dengan konsert 'Feel Da Star' 10 anak felda bakal merentap dalam pertandingan bakat nyanyian. 

- Persembahan Exist dan Kumpulan Ungu

- Menonton final euro di screen besar serta jualan makanan food truck akan beroperasi sehingga pagi!



Jadi, jom ke Hari Peneroka Felda di MAEPS Serdang sebelum ia berakhir malam ini,  mana tahu yang bertuah berpeluang pula membawa pulang sebuah motosikal pada acara cabutan bertuah yang diadakan. 




#HariPeneerokaFelda #MAEPS #ShaberyCheek #MenangMotosikal #MBOR #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan