KARYAWAN KOMITED BANTU 'BUSKERS' JAYA PROGRAM 'SANTAI SENI @ TAR!
SELARAS dengan objektif penubuhannyya pada tahun 2000, Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) yang memperjuangkan pelbagai nasib ahli-ahlinya terus mengorak langkah membantu golongan artis-artis yang hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19 tanpa mengira status keanggotaan mereka.
“Sudah tentu kami utamakan ahli-ahli tetapi KARYAWAN tetap akan membanti golongan yang bukan ahli seperti kumpulan pengkarya jalanan atau Buskers andai kata mereka memerlukan bantuan,” ujar Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez ketika di temui di majlis pelancaran album kompilasi bertajuk "Bintang Jalanan Kolaborasi Album Pemuzik Jalanan “ yang berlangsung di Jalan Tuanku Abdul Rahman baru-baru ini.
Turut hadir vokalis kumpulan rock otai, Blues Geng, Ito Mohd yang bersama-sama merasmikan album tersebut disertai tetamu khas dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta penerbit album, Amad Abdullah dan Rozita Rohaizad serta Haji Kamal mewakili AJK Karyawan.
Berkongsi lanjut, Freddie memberitahu, pihak KARYAWAN dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menganjurkan program ‘Santai Seni @ TAR' di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula dari Jalan Esfahan hingga Jalan Melayu, pada setiap Ahad.
“Setiap minggu kedua dan minggu ke empat setiap bulan akan diadakan pelbagai aktiviti melibatkan persembahan kumpulan buskers di mana pelancaran album ‘Bintang Jalanan Kolaborasi Album Pemuzik Jalanan’ ini adalah langkah awal sebagai acara merasmikam program ‘Santai Seni @TAR’.” tambah Freddie.
Album kompilasi tersebut menampilkan 5 pemuzik jalanan berbakat yang perah menempa nama dalam sirkit muzik tempatan iaitu AMMAL (Naib Juara AF 2016) , AMIR (Mentor) , ISLAH (All Together Now) ,YONE (diantara Buskers terbaik Penang) dan NAN BLUES (salah seorang OTAI Buskers Malaysia).
DARI kiri: Ammal, Nan, Amir, Islah dan Yone. |
Album yang mendapat dana di bawah Program Pembiayaan Muzik Independen CENDANA, menampilkan 10 karya baru didalam pelbagai jalur genre seperti folk, blues, reggae dan lain-lain.
Sementara itu, penerbit album berkenaan, Amad memberitahu, cetusan idea melahirkan album tersebut sebenarnya lahir pada saat negara dilanda COVID-19 sehingga semua terpaksa berkurung seketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Ia diusulkan kepada rakan-rakan "buskers" yang ketika itu hilang pendapatan,” kenang Amad (kiri).
Dan kini ia menjadi realiti dengan proses penerbitan muzik mendapat sentuhan penyanyi dan pemuzik hebat, OJA dari susunan muzik dan dirakamkan secara profesional dari semua aspek rakaman sehinggalah ke adunan akhir.
“Meskipun album ini agak komersial, saya memastikan vibe dan “ethic" buskers tetap terjaga baik dari segi muzik, karektor dan konsep keseluruhan namun tetap mempunyai unsur pop semasa agar la mudah diterima ramai. Buskers bukan sekadar muzik, tapi juga ‘attitude’, “ tambah Amad.
Untuk makluman, ‘Program Santai Seni@ TAR’ yang dianjurkan khas untuk seniman jalanan diisi dengan pelabgai hiburan santai secara percuma seperti persembahan muzik, pelukis, maskot, tarian, pertandingan permainan tradisional dan lain-lain.
Freddie turut memaklmkan tempat ini juga bakal dijadikan hub bagi pelbagai program seperti pelancaran album dan produk yang bersesuaian.
“Terima kasih kepada DBKL yang membenarkan Jalan TAR dijadikan hub bagi pelbagai program seni. Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dari mana mana kumpulan buskers untuk mereka melaksanakan program masing-masing di bawah pengawasan dan kerjasama KARYAWAN,’ akhiri Freddie Fernandez.
Sebarang cadangan boleh email ke santaiseni00@gmail.com atau FB santai seni @ TAR.
#SantaiSeni@TAR #KARYAWAN #BintangJalanan #Buskers #SeniHiburan #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan