Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LAGU 'SEGALANYA FELDA' SAMBUT ULANG TAHUN HARI PENEROKA FELDA 2024!



BANYAK
perubahan yang dibawa kepimpinan baharu di bawah teraju Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam meraikan sambutan ulang tahun  penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, 68 tahun lalu pada 1 Julai 1956.


Shabery Cheek bukan sahaja meraikannya dengan mengetengahkan Hari Peneroka Felda secara besar-besaran yang berlangsung selama tiga hari tiga malam  (12-14 Julai) di MAEPS Serdang bahkan buat pertama kalinya Felda kini mempunyai sebuah lagu tema yang boleh dibanggakan sebagai warisan milik penerokanya berjudul “Segalanya Felda’.


Judul lagu yang diselaraskan mengikut tema Hari Peneroka Felda nyanyian Yabang Khalifah dan Ayie Lantana itu julung kali diperdengarkan selepas pelancarannya disempurnakan Shabery Cheek sempena Hari Peneroka Felda 2024  baru-baru ini.


“Lirik lagu ini menceritakan perjuangan peneroka Felda dan kepimpinan Allahyarham Tun Razak dalam menyuntik perubahan bagi masyarakat luar Bandar kepada sesuatu yang lebih baik yang dapat kita saksikan hari ini,” ujar Shabery Cheek pada majlis pelancaran tersebut.


Beliau percaya dengan adanya lagu khas ‘Segalanya Felda’ itu akan memberikan suntikan dan semangat baharu kepada para peneroka Felda yang kini berjumlah 3 juta untuk terus berjuang, bukan sahaja dari perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan peneroka dan warga Felda itu sendiri.





Sambutan Hari Peneroka Felda secara besar-besaran bermula 12 hingga 14 Julai 2024 menyaksikan pelbagai acara menarik diatur sepanjang tiga hari, memperlihatkan kemajuan dan perkembangan para peneroka dari aspek keusahawanan, pendidikan dan kesihatan mahu pun hiburan.


Acara ‘Feel Da Starz’ contohnya, bersifat mencungkil bakat para peneroka agar mampu bersinar seperti penyanyi-penyanyi popular di kalangan anak-anak peneroka Felda sendiri iaitu Mawi dan Siti Nordiana.


Tidak syak lagi, ramai di kalangan anak-anak Felda berpotensi dan mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian waima acara ‘Feel Da Starz’ mendapat sambutan hangat daripada lebih kurang 180 peserta yang beradu nasib bagi merebut 10 finalis sahaja.


Selain Mawi, Siti Nordiana dan Exist kemuncak malam hiburan diserikan dengan penampilan kumpulan terkenal dari Indonesia, Ungu pada malam akhir Hari Peneroka Felda 2024.



Bagi peminat sukan, sambil menikmati aktiviti yang digemari hingga lewat malam, mereka berpeluang untuk tidak terlepas menyaksikan perlawanan akhir bola sepak  Euro yang turut ditayangkan.


“Dengan acara secara besar-besaran kali ini, para peneroka daripada pelbagai tanah rancangan boleh berinteraksi sesama mereka dalam membina rangkaian persahabtan dan perniagaan daripada pelbagai sektor,” akhiri Sabery Chik sambil memaklumkan melalui Hari Peneroka Felda 2024 ini juga syarikat swasta yang ingin menembusi pasaran Felda mahu pun mendekati peneroka akan lebih mudah.


Dengan adanya rakan strategik dari kalangan korporat, harapan Felda untuk menjalin persahabatan antara mereka dapat dilaksanakan demi memajukan pembangunan golongan peneroka ke tahap lebih tinggi dan sterusnya membina rangkaian persahabatan dan perniagaan daripada pelbagai sektor.




#SegalanyaFelda  #HariPenerokaFelda #MaepsSerdang #Exist #Ungu #FELDA #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan