LIFEBOUY SASAR TARIK SEJUTA MURID IKUTI PROGRAM CUCI TANGAN MENJELANG 2025!
BAK kata peribahasa, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, jadi memang tepatlah sabun perlindungan kuman no.1 dunia, Lifebuoy membuat keputusan memperhebatkan kempen "C untuk Cuci Tangan: Tangan Kecil, Masa Depan Gemilang” dengan memilih pelajar sekolah sebagai sasaran pelancarannya.
Dalam misinya untuk menyemai tabiat mencuci tangan sepanjang hayat dan meningkatkan penjagaan kebersihan diri bagi memupuk masa depan yang lebih sihat, Lifebuoy telah memilih Sekolah Kebangsaan AU Keramat sebagai langkah awalnya mengajar murid-murid tentang amalan mencuci tangan.
Walaupun amalan mencuci tangan amat mudah untuk dilakukan, namun la sering diabalkan sehingga menyumbang kepada penyebaran penyakit berjangkit sepertI Penyaki Tangan, Kaki, dan Mulut (HMD), yang meningkat dengan ketara di katangan kanak-kanak Malaysia pada tahun 2023.
Disokong olen Kementerian Pendidian Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Guardian Malaysia, kerjasama tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif lebin tuas bertujuan untuk memantapkan amalan penjagaan kebersihan tangan di sekolah-sekolah Malaysia, menerusi program pendidikan kebersihan bersasar.
Program "C untuk Cuci Tangan: Tangan Kecil Masa Depan Gemilang" yang berjaya diadakan di SK AU Keramat menampilkan demonstrasi Glo-Germ oleh Dr Aen Saari, menunjukkan bagaimana kuman tidak depat dillhat dengan mata kasar dan mengajar rutin 7 langkah mencuci tangan yang betul kepada murid sekolah.
Acara itu turut menekankan kepentingan mencuci tangan dengan menggunakan sabun, membawa Lifebuoy selangkah lebih dekat dengan misinya untuk menyemai tabiat mencuci tangan sepanjang hayat daripada usia muda.
“Sejak 2015, Lifebuoy berjaya menarik penyertaan 850,000 murid menerusi program khidmad masyarakat yang dianjurkannya, dengan sasaran sejuta murid menjelang 2025. Usaha inI bukan sahaja flaksanakan bagi memastikan kanak-kanak berjaya dalam bidang akademik, tetapi ia turut ditaksanakan bagi memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat secara keseluruhannya," ujar Ketua Unitever Malaysia dan Ketua Penjagaan Peribadi Malaysia,Singapura, dan Thailand, Lenny Chuah (gambar bawah, kiri) pada majlis pelancaran Program C untuk Cuci Tangan Lifebuoy yang turut disempurnakan bersama Guru Besar Sekolah AU Keramat, Encik Zulkaimi Muhammad (kanan).
Menurut Lenny, program C untuk Cuci Tangan Lifebuoy mensasarkan pihak sekolah kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyemai tabiat sihat sepanjang hayat,
Katanya lagi, kebersihan tangan adalah penting untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang sihat.
“Salah satu kebimbangan utama ialah ketidakhadiran pelajar akibat penyakit, yang memberi kesan ketara pada masa depan mereka. Oleh itu, modul program telah dihasilkan bersama dengan Kementerian Keshatan untuk memastikan perkongsian pengetahuan yang tepat demi mengajar kanak-kanak kepentingan mencuci tangan yang betul, di samping mengurangkan kejadian ketidakhadiran akibat sakit dan meningkatkan prestasi akademik yang lebih baik,” tambah Lenny.
Berdasarkan kajian terkini yang menunjukkan banawa tabiat boleh dibentuk dalam tempoh 18 hari jika diamalkan secara berterusan', misi berterusan Lifebuoy telah membawa kepada pelaksanaan program pendidikan kebersthan bersasar bagi menyemai tabiat mencuci tangan sepanjang hayat daripada usia muda, sekaligus memupuk masa depan yang lebin sihat menerusi sikap perubahan sikap yang mampan.
Jelas Lenny, "Kebersihan tangan adalah alat yang mudah namun paling berkesan untuk mencegah penyakit. Kami berbangga kerana mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidian dan Kementerian Kesihatan Malaysia ke arah mencapai mattamat bersama iaitu mendidik kanak-kanak tentang kepentingan tablat mencuci tangan yang baik dan melindung mereka daripada kuman berbahaya supaya mereka tidak terlepas walau sehari pun hari persekolahan dan detik penting dalam kehidupan”.
Sambungnya, program direka untuk mewujudkan sebuah komuniti yang prihatin, menyediakan pendidikan kebersihan yang penting bukan saha untuk memantapkan lagi tabiat mencuci tangan yang baik di kalangan kanak-kanak tetapi turut memperkasakan para guru untuk terlibat secara aktif dalam pembangunan murid, termasuk tingkah laku yang berkaitan dengan kebersihan.
“Kami berharap kerjasama ini akan terus mencatatkan kejayaan cemeriang ke arah mencapai matlamat kami untuk menarik penyertaan 1,000,000 murid menjelang 2025 dan meningkatka kesedaran mengenai kepentingan kebersihan tangan yang baik,” akhiri Lenny.
Kerjasama Runcit dengan Guardian:
Guardian turut menyokong inisiatif Lifebuoy dengan menyumbang Guardian Vitamin C Gummies sebagai sebahagian daripada pek penjagaan mereka.
Sementara itu, Ketua Jabatan Penjagaan Peribadi Guardian Malaysia, Jessica Barnabas berkata:
”Di Guardian, kami percaya dengan kuasa yang dimiliki oleh komuniti dan kepentingan memupuk tabiat kesihatan yang baik daripada usia muda. Sebab itulah kami turut sama menjayakan kempen "Membeli dengan Matlamat" dengan Lifebuoy di kedai-kedai kami bagi menyokong pendidikan untuk murid-murid di Malaysia.
“Inisiatif ini selari dengan komitmen kami dalam mempromosikan kesihatan awam menerusi pendidikan dan akses kepada produk kebersihan. Kami berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini dan berharap untuk melihat impak positif dalam kehidupan murid-murid berkenaan.”
Hampir sedekad lamanya, Unilever, menerusi: Lifebuoy telah mempromosikan amalan mencuci tangan menggunakan sabun di kalangan rakyat Malaysia, memastikan keluarga terhinder daripada kuman berbahaya.
Ini termasuk mengadakan program pendidian kebersihan di peringkat komuniti den sekolah, serta menderma produk penjagaan kebersihan bagi merapatkan jurang akses kepada kebersian tangan untuk golongan kurang bernasib baik.
Untuk rekod, Lifebuoy, telah dilancarkan pada tahun 1894 bertujuan menyokon masyarakat awam dalam usaha menjaga kebersihan diri yang lebih baik.
Lifebuoy telah secara konsisten memperjuangkan amalan kebersihan sepanjang sejarah 130 tahun pelancarannya. Sabun anti-bakteria tulen Lifebuoy dengan ciri-ciri pembersihan kulit terbaik yang sesuai dan disyorkan untuk perlindungan seisi keluarga, membolehkan mereka menghadap hari mereka dengan keyakinan.
Hari ini 1.6 bilion orang mempercayai Lifebuoy untuk memberikan perlindungan tambahan terhadap kuman.
Jadi, letakkan kepercayaan anda pada Lifebuoy hari ini bagi memastikan anda dan keluarga anda selamat daripada kuman.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lifebuoy, inisiatif tanggung/awab korporat mereka dan kekayaan warisannya, boleh layari www.unilever.com atau www.facebook.com/LifebuoyMalaysia.
Lebih mudah klik DI SINI.
#Lifebuoy #CuciTangan #Sabun #SekolahKebangsaanAUKeramat #Kuman #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan