MXI TAMPILKAN ADI PRIYO MELALUI 'AKU SEDANG SEDIH' DILANCAR 5 JULAI!
Siaran Media:
KUMPULAN genre muzik pop rock berasal Kuala Lumpur, yang ditubuhkan dua tahun lalu pada 2022, 'Mission Not Impossible' atau ringkasnya MXI melamar Adi Priyo daripada Kumpulan 6ixth Sense di dalam single terbaharu mereka, "Aku Sedang Sedih".
Dianggotai muka lama dan baharu, MXI dibarisi penyanyinya, Nico Coloay atau Ocin; Shaiful Abu Yazid aka Epul Kuat (gitar utama); Faiz Haled (gitar kedua); Victor Jason (gitar bass); Wong Jia Juin (keyboard) dan Ezanear Ahmad aka Ejam sebagai pemain drum.
Untuk rekod kumpulan ini memilih nama mereka daripada slogan yang bermaksud, 'setiap kejayaan tidak mustahil untuk dicapai sekiranya disertakan dengan usaha yang gigih." Itulah MXI atau 'Mission Not Impossible'.
Perancangan Kumpulan MXI yang seterusnya selepas melancarkan album sulung tempoh lalu yang berjudul “Peluang” adalah untuk menghasilkan album kolaborasi “featuring”.
Konsep album berikut akan menampilkan artis-artis lain bagi setiap lagu di dalamnya.
Idea ini tercetus setelah MXI melihat tiada lagi mana-mana pihak yang telah membuat konsep sebegini sekali gus melihat perancangan itu satu kelainan sekiranya berjaya dilaksanakan.
Sehubungan itu, sebagai langkah pertama, MXI memilih Adi Priyo daripada 6ixth Sense sebagai artis undangan pertama mereka pada lagu 'Aku Sedang Sedih'.
Lagu ciptaan daripada Natasyah dan MXI manakala lirik pula sepenuhnya daripada Natasyah, ia menceritakan tentang perasaan sedih dan kehilangan seseorang dicintai yang telah pergi.
Pada verse lagu ini, liriknya menyampaikan kesedihan yang dialami kerana telah ditinggalkan kekasihnya, sementara di Bridge dan Chorus lagu ini pula, ia memohon kekuatan dan berdoa kepada Tuhan untuk merelakan kepergian itu dan berharap untuk mendapatkan pengganti yang lebih baik di masa akan datang.
Secara keseluruhannya lagu ini berkisar pada sebuah kekecewaan yang mahu digantikan dengan sebuah kebahagiaan.
Harapan Kumpulan MXI dan juga teman kolaborasinya “Adi Priyo” untuk lagu “Aku Sedang Sedih” adalah semoga lagu ini mendapat sambutan dan penerimaan yang baik oleh semua lapisan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia, Singapura dan juga Brunei.
Pihak MXI juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan dan menjayakan lagu ini.
Single ini akan dilancarkan pada 5 Julai ini pada jam 5 petang dan ia akan mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC.
Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music.
MXI Social Media:
Facebook: MXI BAND
Instagram: @mxi_band
TikTok: @mxi_band
Threads: @mxi_band
#KumpulanMXI #MissionNotImpossible #Muzik #6ixthSense #MAPMUSIC #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan