TIGA SAHABAT 'FROM KAMPUNG STREET TO JALAN AMPANG' PASARKAN PAKEJ PERKAHWINAN!
'FROM Kampung Street to Jalan Ampang -Ini Kami, Inilah Kita’ - pilihan judul gimik yang tepat mempunyai kiasannya yang tersendiri menepati kisah disebalik terciptanya satu kolaborasi tiga sahabat dalam memperkenalkan sebuah pakej perkahwinan yang menjadi idaman setiap bakal pengantin.
Dua figura daripada perkampungan sebelah Utara, Zaza Sabran dari Sitiawan Perak dan Bisron Akhmal dari Baling. Kedah tidak menjangka bertemu sahabat mereka, Pengarah Operasi Cornerstone IPC, Athira Izzati dari Kuala Lumpur sehingga terciptanya gabungan yang dinamakan ‘From Kampung Street to Jalan Ampang - Ini Kami, Inilah Kita’.
Kepakaran yang dimiliki tiga sahabat ini menghasilkan sebuah pakej perkahwinan di Cornerstone IPC, Jalan Ampang berhampiran kawasan berprestij KLCC yang berdiri megahnya bangunan ikonik negara, Menara Berkembar Petronas.
Dan sebagaimana menara berkembar itu menarik pelancong begitu jugalah hasrat tiga sekawan ini mahu mencipta keunikan mereka tersendiri dalam menggamit pengunjung khususnya pasangan pengantin memilih Corperstone IPC sebagai lokasi perkahwinan mereka yang bersejarah dan pasti tidak akan dilupakan sepanjang hayat.
“Pelancaran hari ini menyaksikan kesemua vendor yang terlibat dalam pakej perkahwinan yang. kami tawarkan bermula dari serendah RM24.500 bagi majlis nikah untuk minima 50 pax sehingga majlis perkahwinan lengkap yang boleh memuatkan 1,000 pax bernilai RM59,200,” ujar Athirah memulakan bicara ketika ditemui pada majlis pelancaran pakej perkahwinan di Cornerstone IPC, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Turut hadir kedua-dua rakannya, Zaza Sabran dan Bisron Akhmal berserta vendor-vendor yang terlibat seperti dari Cleography Studio, Suri Catering Events, Jerry Amir, Kotak Photobooth, Reka Baka, THALIA, Laiyan KL, Nickeeta, Ole-Ole Manis, Cherita dan Pesanan.
Menurut Athirah, ke semua mereka ini masing-masing membawa sentuhan unik ke dalam pakej perkahwinan yang bakal memberi impak besar dan wajah baru kepada landskap majlis di Cornerstone IPC.
Berkongsi lanjut, Athirah memberitahu idea bertemakan ‘From Kampung Street to Jalan Ampang -ini Kami, Inilah Kita’ dicetuskan beliau sendiri selepas mereka bertiga bergabung.
“Dengan kepakaran masing-masing seperti Zaza yang mempunyai lebih 10 tahun dalam bidang pengurusan acara di bawah syarikatnya Merindu Saviour serta kemahiran Akhmal dalam hiasan dekoratif melalui jenama ‘Lilit Pipit’, pakej perkahwinan yang ditawarkan Cornerstone IPC mampu merealisasikan kehendak pelanggan waima apa konsep sekali pun,” tambah Athirah sambil memberitahu turut menawarkan tempahan untuk perkahwinan pelbagai bangsa lain demi perpaduan.
Sementara itu, mengenangkan kembali pertemuan mereka, Zaza memberitahu, beliau mengambil keputusan menubuhkan Merindu Saviour selepas berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri secara kecil-kecilan di mana dalam salah satu majlis yang diuruskannya itulah beliau kebetulan bertemu dengan Akhmal.
“Saya pula menceburi bisnes dekorasi bermodalkan duit MARA ketika saya masih belajar di MSU dan dalam tempoh menjalankan kerja-kerja dekorasi perkahwinan selepas tiga tahun saya bertemu dengan Zaza yang ketika itu merupakan koordinasi majis sama dan dari situlah kolaborasi kami mula terjalin memandangkan ada keserasian dalam tugasan kerja yang kami lakukan,” ujar Akhmal menyambung bicara Zaza.
DARI kiri: Akhmal, Zaza dan Athira.
Menggambarkan dengan lebih terperinci hijrah mereka dari kampung halaman ke Kuala Lumpur untuk mengejar impian besar dalam industri perkahwinan, kisah benar mereka yang penuh inspirasi diangkat daam bentuk filem pendek sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran dan gimik pelancaran "From Kampung Street to Jalan Ampang – Ini Kami, Inilah Kita”.
Rata-rata yang menyaksikannya memberikan sorakan dan tepukan semangat kepada Athirah, Zaza dan Akhmal yang tampil di pentas utama yang direka bagaikan meraikan majlis perkahwinan gayanya.
Lebih menarik, majlis pelancaran dimeriahkan dengan persembahan peragaan fesyen pengantin oleh pereka fesyen THALIA.
Pertunjukan berjudul "A Walk-Through Time, Bridal Collection 2024-2025" menyaksikan mempersembahkan sebanyak 12 rekaan eksklusif yang mencerminkan keanggunan dan gaya pengantin mengikut peredaran masa dan budaya.
Kesemua rekaan yang digayakan oleh peragawati kelihatan cantik dan klasik sehingga terpancar seri pengantin gayanya bahkan gerak geri mereka yang lembut dan gemalai menyerupai langkah tertib seorang Raja Sehari.
Jadi, jika anda sedang mencari lokasi mahu pun perunding perkahwinan bolehlah berkunjung ke Cornerstone IPC atau menghubungi Koordinator Projek Merindu Savior Events & Management, Abdul Mutalib Abdul Shukor di talian +6018-2255 465 atau hantarkan pertanyaan ke emel beralamat hellomerindu@gmail.com.
#CornerstoneIPC #FromKampungStreetToJalanAmpangIniKamiInilahKita #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan