'TIKTOK LIVE X ASTRO GIMME THE MIC' TAWAR HADIAH LUMAYAN!
SEBUAH lagi program pertandingan nyanyian terbaharu ditampilkan Astro Malaysia Holdings Berhad apabila buat pertama kalinya syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia itu berkolaborasi dengan platform media sosial terkenal, TikTok melalui program ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’.
Bakal bermula siarannya secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada 21 Julai 2024, jam 9 malam, ia bertujuan menerokai bakat muzik baharu di Malaysia yang selama ini seing dilakukan secara maya menerusi TikTok LIVE.
Terkini, edisi terbaharu TikTok dengan ASTRO memberi peluang kepada penyanyi baharu serta pencipta kandungan muzik di media sosial untuk lebih berkembang dalam bidang nyanyian, mempamerkan bakat serta berkongsi karya muzik mereka dengan khalayak ramai, sekaligus memberi mereka platform untuk memulakan kerjaya nyanyian mereka di Malaysia,
Ia juga bakal membuka ruang buat anak-anak tempatan untuk melangkah ke peringkat antarabangsa.
“Sebagai sebuah syarikat media terkemuka, Astro sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak, dan kami amat teruja untuk berkolaborasi bersama TikTok kerana kami yakin inisiatif ini akan menjadi platform terbesar dalam usaha pencarian bakat dalam kalangan anak-anak tempatan dan sekaligus menjadi penyumbang utama dalam usaha memeriahkan industri hiburan tanah air,” ujar Pengarah Kandungan, Astro, Agnes Rozario.
Seiring dengan misi Astro untuk mengangkat bakat-bakat tempatan melangkah ke peringkat antarabangsa, barisan pemenang ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga bakal mewakili Malaysia ke peringkat Global.
Majlis pelancaran ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ yang diadakan di The Bee, Publika baru-baru ini menyaksikan penampilan 30 peserta serta memperkenalkan hos dan barisan juri profesional yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air antarabangsa seperti penyanyi dan penulis lagu terkenal di dunia, Yuna dan Bunga Citra Lestari yang sudah lama tidak muncul di layar tv.
Kedua mereka turut ditemani oleh komposer terkenal, Ajai serta penyanyi dan komposer berbakat, Hael Husaini manakala gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee bertindak sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang pula sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Format progam:
’TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan menyaksikan 30 peserta berentap di satu pentas selama 8 minggu dan persembahan mereka akan diadili oleh barisan panel juri profesional dan undian daripada penonton.
‘The Six’ merupakan salah satu elemen yang bakal diperkenalkan dalam program ini, di mana enam kerusi khas akan menempatkan enam peserta dengan kedudukan paling teratas.
Kedudukan ini pula akan sentiasa berubah mengikut markah yang diberi oleh juri profesional berdasarkan persembahan mereka.
Di akhir konsert, enam peserta teratas (gabungan markah juri profesional dan jumlah undian tertinggi di TikTok LIVE) akan menghuni kerusi mutlak ‘The Six’ dan terselamat dari penyingkiran, manakala peserta-peserta lain akan berdepan dengan pusingan penyingkiran.
Peserta dengan gabungan markah dan jumlah undian terendah akan disingkirkan.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Selain di kaca TV menerusi saluran Astro Ria, ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga boleh ditonton di platform digital TikTok menerusi laman TikTok Gempak dan TikTok LIVE Malaysia.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ turut disokong oleh TWOMEE bersama telco rasmi, CelcomDigi.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Jika tidak mahu melepaskan peluang menonton dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
#TikTokLiveXAstroGimmeTheMicMalaysia #GimmeTheMicMY #Nyanyian #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan