TOSHIBA TAWAR HADIAH KERETA MELALUI KEMPEN 'BELI & MENANG'
ADAKAH anda pelanggan setia produk berjenama TOSHIBA?
Jika anda masih mencari produk baharu yang lebih canggih bernilai lebih RM2,000 ke atas, anda sekali gus layak menjadi pemenang bertuah merebut hadiah bernilai keseluruhan RM350,000 melalui kempen terbaharu, Beyond Details Beli & Menang dari 1 Ogos 2024 hingga 15 Januari 2025.
“Pemenang bertuah akan membawa pulang sebuah kereta Lexus ES250 Premium bernilai RM350,000 hanya dengan membeli produk Toshiba,” ujar Pengurus Besar Toshiba Sales & Services Sdn Bhd (TSS), Desmond Chong pada majlis pelancaran kempen Beyond Details Beli & Menang, serentak dengan pelancaran besar bilik pamerannya yang baru diubah suai dengan pelaburan RM500,000 bertempat di ibu pejabat Toshiba di Shah Alam baru-baru ini.
DARI Kiri: Edmund Chu, Desmond Chong, Kok Thai dan Wouter Wu.
Turut hadir, Edmund Chu Ketua Jualan Toshiba Sales and Services Sdn. Bhd; Wouter Wu, Kedai Berantai dan Ketua Peniaga Massa Toshiba Sales and Services Sdn. Bhd dan Hee Kok Thai, Pengurus Pemasaran Kanan Toshiba Sales and Services Sdn. Bhd.
Menurut Chong, pelaburan RM500,000 dalam menaik taraf bilik pameran TSS adalah bukti dedikasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di Malaysia.
“Kami mahu pelanggan kami merasai produk berkualiti tinggi Toshiba dari saat mereka memasuki bilik pameran kami,” tambah Chong sambil memaklumkan kempen Beyond Details Beli & Menang adalah peluang yang mendebarkan untuk TSS memberi kembali kepada pelanggan yang telah menyokong mereka selama ini.
TSS sangat teruja untuk menawarkan mereka peluang memenangi hadiah-hadiah hebat sebagai tanda penghargaan yang tulus di atas kesetiaan dan kempen ini adalah cara untuk menunjukkan rasa terima kasih, jelasnya.
Bilik pameran yang baru diubah suai kini menawarkan inovasi terkini Toshiba, yang kini mempamerkan peti sejuk slot-masuk inovatif Gaya JAPANDi; mesin basuh; mesin basuh pinggan mangkuk; pemanas air dan peralatan rumah kecil termasuk ketuhar gelombang mikro, ketuhar pembakar roti, periuk nasi dan cerek.
“TSS kekal teguh dalam komitmennya untuk menyediakan pengalaman terbaik untuk penggunanya. Kami akan terus bekerja tanpa jemu ke arah inovasi dan kecemerlangan, memastikan produk dan perkhidmatan kami melebihi jangkaan pelanggan dan menetapkan piawaian industri baharu,” kata Chong.
Dalam pada itu, pada majlis yang sama TSS turut melancarkan Kempen Sama-Sama Gemilang yang berlangsung dari 1 Ogos 2024 hingga 30 September 2024.
Semasa kempen ini, pengguna yang membeli barangan terpilih yang terdiri daripada peti sejuk, mesin basuh, pengering atau mesin basuh pinggan mangkuk, layak membeli pembakar roti elektrik atau pengisar pada harga RM1 menerusi tawaran Pembelian Menerusi Pembelian (PWP).
Selain itu, TSS yang baru-baru ini telah menamatkan Kempen Sama-Sama Raya, Sama-Sama Gembira turut meraikan barisan pemenang di mana seorang pelanggan menerima hadiah utama berupa jongkong emas halus 999.9 bernilai RM10,000 manakala 9 lagi turut menerima hadiah sagu hati iaitu emas halus 999.9 bernilai RM10,000 setiap seorang.
Untuk maklumat lanjut layari www.toshiba-lifestyle.com atau klik DI SINI.
#Toshiba #BeyondDetailsBeli&Menang #KempenSamaSamaGemilang #Pemenang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan