TRISHYA & CO PERKENAL KOLEKSI 9KJ, BARANG KEMAS ELEGAN MAMPU MILIK!
PENGASAS jenama barang kemas Trishya&Co, Datin Dr. Raskidah Ali mensasarkan mampu meraih jualan mencapai RM10 juta menjelang akhir tahun 2024 melalui pemasaran produk terbaharunya, koleksi 9KJ (9 karat jewellery).
“Sejak diperkenalkan beberapa koleksi barang kemas 9KJ, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga sebelum dilancarkan malam ia sudah meraih jualan RM1.3 juta,” ujar Dr. Raskibah atau lebih mesra disapa Datin Ras ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘9KJ’ yang berlangsung eksklusif dan santai di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Majlis pelancaran yang disertai bersama Pengarah Trisyha&Co, Sarah Ezzate Norbik serta Pengasas bersama, Nayli Batrishya Norbik dan Ketua Pegawai Operasinya, Dato Dr. Norbik Bashah Idris turut meraikan ejen serta pelanggan setianya dengan pemberian beberapa anugerah antaranya ‘Best Customer of the Year’, “Best Dress Lady’, ‘Best Dress Couple’ dan ‘Pelanggan Paling Kecil’ serta beberapa lagi.
Dr. Raskibah bersebelahan penerima Anugerah 'Customer of the Year', Puan Roza dari Shah Alam serta penerima hadiah pelbagai kategori lain. |
Turut kelihatan hadir antaranya pelakon Datin Maria Arshad (dua dari kanan) dan mantan penyanyi realiti AF5 Syafiq Adri Fitri yang tidak ketinggalan menyampaikan lagu 'Keabadian Cinta'.
Menurut beliau, idea tercetusnya barang kemas ‘9KJ’ dihasilkan selepas melancong ke Turki serta London dimana didapati ramai wanita di sana menghias diri masing-masing dengan barangan kemas 9 karat yang mempunyai nilai emas sebanyak 0.9% sahaja.
“Emas tulen seperti 999 atau 916 adalah emas yang baik untuk pelaburan tetapi emas 9 karat lebih baik dibeli untuk pakai lasah waima rekaannya lebih unik dan cantik malah boleh di tempah khas megikut rekaan sendiri',” tambah Datin Ras sambil menunjukkan salah satu desain gelang tangan bersambung ke cincin yang digayakannya mendapat 33 tempahan dalam masa 3 hari diperkenalkan.
Sehubungan itu, beliau berpendapat jika untuk pelaburan sebaiknya membeli emas 999 atau 916 waima emas 9k lebih sesuai menjadi 'jewellery' harian dan dipakai pada majlis-majlis tertentu yang glam dan elegan.
“Jika mahu melabur memang elok memilih emas 999 atau 916 ibarat kata pepatah, ‘Alah membeli menang memakai, tetapi emas 9K ini menang membeli tetapi boleh juga digadai kerana ArRahnu menerima emas 9k dan saya juga boleh menerimanya sebagai pertukaran kepada barang lain mengikut nilainya,” tambah Raskibah.
Selari dengan majlis 'Malam Penghargaan dan Pelancaran 9KJ' bertemakan ‘Emas/Hitam atau Hitam/Perak’ tetamu yang hadir dimeriahkan dengan pertunjukan koleksi emas 9KJ sebelum berakhir dengan penghargaaan kepada ejen jualan dan pelanggan serta cabutan bertuah.
Malam indah tersebut turut dihiburkan oleh penyanyi Haqiem Rusli yang telah dilantik sebagai Duta JOM (Jewels of Malaysia) dan penyanyi lagu tema JOM.
Untuk perancangan seterusnya, Dr. Raskibah memaklumkan mahu mengembangkan francais Trisya&Co ke seluruh Semenanjung apatah lagi selepas menemui pereka-pereka muda yang mahir dalam mereka bentuk barang kemas bercirikan warisan dan budaya Malaysia yang akan diadakan akhir tahun ini.
Terdahulu, pada sebelah petang diadakan sidang media berhubung pencarian bakat JOM di mana pemenang utamanya bakal membawa pulang jongkong emas 999 seberat 1kg sekali gus berpeluang menjalani kursus pendek dalam bidang senireka di University of Arts London.
Boleh layari dan klik LINK INI untuk maklumat lanjut.
Kak Fas: Terima kasih daun keladi atas penghargaan yang turut diberikan berupa seutas gelang rantai 9KJ dengan huruf 'F". Jasamu dikenang! Semoga bertambah rezeki!
#JewelsOfMalaysia #Trisya&Co #BarangKemas #9KJ #JOM #HaqiemRusli #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan