Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MBI SELANGOR KOMITED BANTU PENIAGA PLATS MENUJU DIGITILISASI!


KERAJAAN  Negeri Selangor
  melalui Menteri Besar Selangor  (Pemerbadan) atau MBI Selangor mensasarkan sejumlah 50,000 usahawan dapat dibantu apabila mereka mendaftar dalam program Platform Selangor (PLATS) menjelang 2025.


Setekat 31 Jun lalu, lebih 37,000 peniaga telah berdaftar dengan PLATS sejak ia diperkenalkan pada tahun 2020, yang bernula hanya dengan 133 usahawan sahaja.


Mengumumkan demikian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menambahkata, Kerajaan Negeri memperuntukan RM5 juta pada tahun ini bagi membantu usahawan yang memerlukan.


“Kita juga sediakan geran digitalisasi kepada beberapa peniaga terpilih yang kita rasakan sudah bersedia untuk berubah kepada platform dalam talian,” katanya pada majlis perasmian Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024 bagi meraikan usahawan PLATS anjuran MBI Selangor, di sebuah hotel terkemuka di Bandar Sunway baru-baru ini.


AMIRUDDIN (tengah) memasuki placard ke dalam slot pelancaran diringi (dari kiri)  Ts Saipolyazan, Hj Haris, Mohd Najwan (dua dari kanan) dan Dr. Mohammad Fahmi.


Majlis yang julung kali diadakan bagi meraikan 12 peserta-peserta Usahawan Platform Selangor (U-PLATS) Terbaik Digital siri pertama itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, Saipolyazan M Yusop; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato Setia Hj Haris Kasim; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi dan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah.



12 individu yang dipilih sebagai peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani program latihan usahawan PLATS mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Selain itu, turut diadakan sesi penyampaian anugerah kepada 12 Pegawai Perhubungan Usahawan (PPU) bagi setiap PBT merangkumi Majlis Bandaraya Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kelang; Majlis Perbandaran Selayang, Kajang,  Ampang Jaya, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor termasuk Majlis Daerah Sabak Bernam.



Selain itu majlis kemuncak menyaksikan Menteri Besar Selangor menyampaikan  anugerah kepada 5 usahawan terbaik U-PLATS digital meliputi kategori seperti Anugerah Usahawan Mikro Komuniti, Anugerah Usahawan Mikro Inovasi, Anugerah Usahawab Mikro Digital, Anugerah Usahawan Mikro Muda serta Anugerah Usahawan Mikro - Pemerkasaan Wanita sebelum diumumkan penyampaian anugerah utama iaitu Anugerah Usahawan Negeri Selangor kepada Aminuddin Syubli Mahmud dari Sabak Bernam.



Aminuddin mempunyai gerai makanan western lazat yang menawarkan harga berpatutan dan kini memperoleh pendapatan lebih kurang RM60,000 daripada RM20,000 pada permulaan perniagaannya.


Berkongsi lanjut, Menteri Besar Selangor memaklumkan, kerajaan negeri menerusi agensi negeri dan MBI bersedia menawarkan khidmat dan nasihat serta akses kepada pengetahuan dan teknologi digital bagi manfaat para usahawan.


Katanya, usaha itu sebahagian daripada kerangka besar dan hasrat utama ke arah mencapai misi Selangor sebagai Negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur menjelang 2025 sekali gus sebagai Negeri Unggul di Asia Tenggara.



Untuk rekod, MBI Selangor yang ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakmen No: 3 1994] pada 21 September 1994, berperanan sebagai sebuah badan korporat untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri Selangor serta mewakili kerajaan negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa pihak kerajaan negeri.


MBI Selangor juga berperanan mempromosi dan mendokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri Selangor di samping melunaskan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat. 




Menurut Ts Saipolyazan (kanan) majlis penganugerah yang diadakan amat bermakna untuk peserta PLATS kerana ia menunjukkan komitmen MBI Selangor dalam membangunkan serta memupuk bakat keusahawanan dalam kalangan rakyat Selangor. 


“MAPS 2024 bukan sahaja menjadi platform untuk mengiktiraf pencapaian peserta PLATS tetapi juga sebagai sumber inspirasi kepada mereka untuk terus maju dan berjaya dalam bidang keusahawanan terutamanya usahawan mikro Selangor pada masa hadapan,” katanya. 


Sementara itu, Ketua Yayasan MBI, Ahmad Zainal Abidin ketika ditemui memberitahu, setekat 31 Jun 2024, seramai 37,018 orang peniaga telah berdaftar dengan PLATS.


“Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan hasil daripada program dan kempen yang dianjurkan oleh PLATS dengan kerjasama 12 PBT di Selangor dan Selangor Youth Community (SAY) seperti PLATS Masuk Pasar (PMP), PLATS Masuk Bazar pada bulan Ramadan dan Program U-PLATS Digital,” jelas Ahmad Zainal (gambar bawah, dua dari kanan).



Tambahnya, MBI Selangor yakin bahawa PLATS adalah usaha progresif dan pemangkin ekonomi digital di Selangor, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.


Platform Selangor (PLATS) merupakan platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan untuk membantu peniaga mikro, penjaja dan peruncit kecil di Selangor mendigitalkan perniagaan mereka dan mengatasi cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19.


“PLATS menawarkan pelbagai faedah kepada para pesertanya, termasuk pemasaran dan promosi perniagaan secara online, akses kepada latihan dan bimbingan keusahawanan, sokongan kewangan dan geran, serta peluang untuk menyertai pasaran dan bazar digital,” tambah Ahmad.


Jelasnya, sempena Malam Anugerah PLATS, MBI turut menyampaikan geran RM3,000 kepada 13 usahawan sebagai bantuan permulaan perniagaan mereka.


Malam Anugerah PLATS  diserikan dengan nyanyian dari pasangan artis Syamel dan Ernie Zakri manakala persembahan pembuka tirai dihiburkan oleh Kumpulan Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah manakala personaliti tv, Maria Tunku Sabri dan Nazrudin Rahman bertindak sebagai pengacara bersama majlis.



Dalam pada itu, bagi usahawan yang berminat untuk menyertai PLATS boleh mendaftar secara percuma di https://platselangor.com/ atau klik DI SINI.



#PLATS #MBISelangor #KerajaanNegeriSelangor #Usahawan #UPlatsDigital #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan