ZUL ARIFFIN IKON KHADIM UMMAH HOLIDAYS, TITIK PESANAN TUNAIKAN UMRAH/HAJI KETIKA MASIH MUDA!
“SELAMA ini pengetahuan saya tentang umrah atau pun mengambil tahu tentang persekitaran Mekah dan Madinah adalah kosong sehinggalah tanpa dirancang saya terpanggil pergi umrah buat kali pertama dua tahun lalu selepas berada di Doha dan Dubai atas urusan kerja, ” dedah pelakon popular, Zul Ariffin.
Bahkan katanya, beliau tidak tahu bagaimana nak memakai ihram sekali pun tetapi selama seminggu di bumi Mekah dan melakukan umrah baharulah tahu serba sedikit mengenai ibadah tersebut.
"Selepas itu selepas balik saya fikir tak boleh jadi ni, itu yang saya pergi seorang diri and beribadah lagi di sana selama tiga bulan," jelas Zul.
Pelakon filem ‘Syerif’ ini mendedahkan sedemikian ketika ditemui pada majlis pelancaran pakej umrah istimewa. iaitu Pakej Umrah Kasih Ramadan dan Pakej Umrah Kasih Bersama Zul Ariffin bertempat di Hotel Barakah. Ampang sempena Muslim Travel Fair anjuran PAPUH (Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji) baru-baru ini.
Majlis dilancarkan oleh Hajah Faridah Hamid, Setiausaha Agung Kehormat PAPUH bersama Ketua Pegawai Eksekutif Khadim Ummah Holidays, PU Azhar Hilmi dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada Saudia Airlines dan Turkmenistan Airlines.
Dilantik sebagai ‘Ikon’ kepada kedua-dua pakej anjuran Khadim Ummah Holidays Sdn Bhd, pemilik bernama penuh Zulkifli Ariffin, 37, ini melahirkan keterujaannya untuk bersama jemaah berada di kota suci Mekah pada bulan mulia, Ramadan tahun hadapan.
Menyambung ceritanya, kata Haji Zul, keberadaannya buat pertama kali menunaikan umrah menyedarkan dirinya betapa baiknya ibadah umrah dan Haji ditunaikan ketika muda dan badan masih kuat.
“Nasihat saya kepada rakan-rakan, sebaik-baiknya tempat yang perlu dituju dahulu adalah ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Jangan tunggu konon belum ada seru atau sebagainys tetapi yang penting berusaha ke arah itu,” jelas Zul.
Malah beliau sendiri tidak sangka selepas kali pertama, Allah SWT menjemputnya melaksanakan pula ibadah Haji selepas setahun kepergiannya.
“JIka diizinkan saya merancang untuk ke Mekah setiap tahun kerana rindukan kota suci itu,” tambah Zul yang khabarnya mahu berhijrah ke Mekah dan membuka perniagaan di sana.
Sehubungan itu juga beliau tidak keberatan untuk menerima tawaran rakannya, PU Azhar Hilmi sebagai Ikon Khadim Umrah Holidays selagi dikehendaki.
“Tujuan kita ke sana adalah untuk beribadah dan bersama saya jemaah akan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan sekali gus menjalinkan sillaturrahim sebagai tetamu Allah SWT, bukan untuk bermesra bersama artis ya..” pesan Zul.
Sementara itu, PU Hilmi memaklumkan pilihan Zul sebagai ikon Khadim Ummah Holidays termeterai bukan kerana mereka berkawan tetapi kerana melihat kesungguhan Zul berhijrah kepada gaya hidup muslimin yang dituntut agama.
“Apatah lagi dalam masa yang singkat, selepas sekali umrah sahaja, beliau dijemput pula melaksanakan rukun Islam Kelima dan kini sudah pun bergelar Tuan Haji, itu satu rezeki yang saya rasa Zul sendiri pun tidak menjangka begitu pantas peraturan Allah SWT terhadapnya," jelas Hilmi.
Menurutnya, melalui pakej Umrah Kasih yang bermula daripada harga RM5,490 bagi perjalanan 11 hari 9 malam, jemaah akan dibimbing mutawwif berpengalaman dan menginap di hotel Snood Ajyad terletak 300 meter dari Masjidil Haram dan di Hotel Sky View sejauh 120 meter daripada Masjid Nabawi di Madinah.
Pakej Umrah Kasih Ramadan pula bertujuan untuk memberi peluang kepada umat Islam menjalankan ibadah umrah pada bulan suci Ramadan dalam suasana yang penuh ketenangan dan kemuliaan.
Pakej ini direka khusus untuk memastikan para jemaah dapat merasai keberkatan bulan Ramadan di tanah suci dengan bimbingan yang teliti dan menyeluruh.
Jemaah akan berpeluang untuk melaksanakan ibadah umrah bersama Zul Ariffin dan mengikuti aktiviti-aktiviti motivasi serta pengisian rohani yang disediakan sepanjang perjalanan.
“Saya percaya dengan kemampuan dan pengaruh Zul, untuk menarik orang ramai berminat untuk beribadah,” akhiri PU Hilmi.
Dalam pada itu sambung beliau, Khadim Ummah Holidays turut menganjurkan Pakej Umrah Eksklusif bersama Zul Ariffin selama 12 hari 10 malam bermula dari 20 November hingga 30 November depan pada harga bermula dari RM9,980 bersama syarikat penerbangan Amal by Malaysia Airlines.
Jadi tepuk dada tanya selera….bukan selera makan ya tetapi memilih mana satu pakej yang mampu menjadi pilihan anda.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh menghubungi Eksekutif Kanan Jualan: Ustaz Ihsan melalui - http://www.wasap.my/60134599260/UmrahKasih atau layari laman sosial Khadimummahholidays supaya bersama kita ‘Menjejak Hikmah di Bumi Barakah’.
#KhadimUmmahHolidays #UmrahKasihBersamaZulAriffin #UmrahKasihRamadan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan