Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON, EON SAMBUT ULANG TAHUN KE-40, ANJUR PERADUAN MENANG KERETA!

Foto: Menggunakan peranti OppoReno12Pro.


KEDUA-DUA syarikat ternama yang mempunyai sebutan bunyi seakan tapi berbeza ejaan iaitu AEON dan EON sama-sama menyambut  ulang tahun ke-40 di Malaysia tahun ini.


Jadi memang tepatlah apabila digunakan hashtag #samasama40 bagi meraikan pelancaran Peraduan Hadiah Kereta Impian Bulanan sempena sambutan ulang tahun ke-40 mereka yang berlangsung di AEON Mall, Shah Alam baru-baru ini.


Majlis pelancaran media disempurnakan oleh Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD.,  (gambar atas ki dan Akkbar Danial, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, yang berkongsi keterujaan mereka terhadap kerjasama istimewa ini.



Acara penting yang menandakan empat dekad inovasi dan khidmat masyarakat oleh AEON dan EON tu menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi empat kereta mewah: Mitsubishi Xpander, Audi Q8 e-tron, Proton X90 Flagship dan smart #1 mellui  peraduan yang berlangsung dari 19 Ogos hingga 1 Disember 2024.


Wow! Siapalah pemenang bertuah empat buah kereta tu nanti ya? Good luck semua terutamana yang meliki kad keahlian AEON dan yang sering setia berbelanja di AEON.



"Sempena meraikan 40 tahun kehadiran AEON di Malaysia, kami teruja untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia yang telah menyokong kami selama ini. Bekerjasama dengan EON Berhad, yang juga menyambut ulang tahun ke-40 tahun ini, untuk Peraduan Hadiah Kereta Impian Bulanan yang luar biasa ini adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih. 


“Inisiatif ini melambangkan lebih daripada sekadar siri hadiah; ia mewakili komitmen berterusan kami untuk meningkatkan kehidupan pelanggan kami dengan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan. Kami bukan sekadar destinasi runcit; kami adalah sebahagian daripada fabrik komuniti kami, dan sambutan ini adalah bukti dedikasi kami untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik," ujar Naoya Okada.


Sementara itu, dalam ucapan balasnya, Akkbar Danial melahirkan rasa berbesar hatinya dapat bekerjasama dengan AEON buat pertama kali dalam kesempatan yang penting ini.


"Sebagai pengedar terbesar di Malaysia untuk pelbagai jenama kenderaan, kerjasama ini menyediakan peluang yang baik untuk kami berhubung dengan pelanggan AEON yang luas. Kami sangat berbangga dapat meraikan ulang tahun ke-40 kami dengan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan AEON untuk memenangi beberapa jenama kereta yang paling dicari di Malaysia,” kata Akkbar yang tidak sabar untuk melihat kegembiraan dan keterujaan apabila para pemenang memandu pulang hadiah mereka kelak.


Peraduan yang berlangsung dari 19 Ogos hingga 1 Disember 2024, akan menyaksian sebuah kereta dimenangi setiap bulan selama empat bulan meliputi Mitsubishi Xpander dari 19 Ogos hingga 8 September 2024; Audi Q8 e-tron dari 9 September hingga 6 Oktober 2024; Proton X90 Flagship dari 7 Oktober hingga 3 November 2024, dan smart #1 dari 4 November hingga 1 Disember 2024.


Kesemua hadiah kereta bernilai RM1.2 juta keseluruhannya.



Untuk mengambil bahagian, Ahli AEON secara automatik akan mendapat penyertaan, manakala bukan ahli perlu mengemukakan resit pembelian mereka. 


Pelanggan AEON akan menerima 1 penyertaan untuk setiap perbelanjaan RM40 pada hari bekerja atau 2 penyertaan untuk setiap perbelanjaan RM100 pada hujung minggu di Kedai AEON yang mengambil bahagian. 


Selain itu, menggunakan AEON Wallet, Kad AEON, atau AEON Bank Debit Card-i akan mendapat tambahan 2 penyertaan untuk setiap perbelanjaan RM100.


Penyertaan tambahan juga boleh diperoleh dengan membeli produk daripada jenama yang mengambil bahagian, termasuk Abbott, Julie's, Kewpie, F&N, Triumph, Nestle, dan Wacoal, dengan tambahan 1 penyertaan diberikan. 


Untuk perbelanjaan RM200 di kedai penyewa AEON MALL, terhad kepada dua (2) resit gabungan pada tarikh yang sama, 1 penyertaan akan diberikan. 


Pelanggan juga boleh meningkatkan peluang mereka untuk memenangi hadiah utama dengan mendapatkan penyertaan bonus melalui aktiviti tambahan di produk dan perkhidmatan EON Berhad, yang butirannya boleh diakses melalui kod QR pada poster promosi.


Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Hadiah Kereta Impian Bulanan, layari https://aeonretail.com.my/40thanniversary/dreamcargiveaway/ atau klik SINI.



#AEONRetail #EON #SamaSama40 #PeraduanHadiahKeretaImpianBulanan #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan