Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO LANCAR KEMPEN 'INILAH KITA' RAI KEPELBAGAIAN, PERPADUAN MALAYSIA!


SEMPENA
dengan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Astro turut menyemarakkan sambutannya dengan melancarkan kempen Inilah KITA bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2024. 


Kempen ini bertujuan untuk meraikan kepelbagaian dan kesamarataan yang telah memberikan impak positif dalam masyarakat. 


Antara inisiatif menarik dalam kempen ini termasuklah Saluran KITA (CH100), tontonan 6 saluran percuma, lagu tema kempen "Inilah KITA" oleh artis Malaysia, SYOK FEST KITA, program "Inilah Hero KITA", dan banyak lagi.


“Kami memilih 'Inilah KITA' sebagai tema kempen kali ini kerana ia mencerminkan budaya Malaysia yang pelbagai, bersatu padu, dan berdaya tahan. Fokus kami pada tahun ini adalah untuk meraikan semangat 'KITA' sebagai masyarakat yang berbilang bangsa, berbilang latar budaya, dan bersama. 



"Di Astro, kami sangat teruja untuk membawa kandungan yang pelbagai ke setiap isi rumah bagi mengangkat semangat KITA. Sepanjang kempen berlangsung, kami menjemput anda untuk menonton Saluran KITA, mendengar lagu tema kempen "Inilah KITA" yang dinyanyikan oleh barisan artis tempatan, dan mengambil bahagian dalam pergerakan sosial "Inilah Hero KITA"," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith (kananpada majlis pelancaran kempen 'Inilah KITA' di Pavilion Damansara baru-baru ini.


Sebagai jenama yang diasaskan di Malaysia, Astro membawa cerita dan hiburan terbaik menerusi Saluran KITA (CH100) dengan menampilkan lebih daripada 100 tajuk terpilih, bermula 15 Ogos hingga 16 September di Astro, NJOI, dan sooka. 


Tambahan pula, pelanggan Astro berpeluang menikmati enam saluran percuma dari 30 Ogos hingga 16 September, iaitu SHOWCASE (CH413), HITS MOVIES (CH401), tvN Movies (CH416), HITS NOW (CH702), Zee Cinema (CH251), dan ABO Movies Thangathirai (CH241).



Para pelanggan berpeluang menonton tayangan perdana dan tajuk baru di Saluran KITA (CH100), seperti:


- *Lion Girl*, mengisahkan Sakina, lakonan Erysha Emyra, seorang gadis yang meminati tarian singa dan bercita-cita menjadi penari singa, mengharungi dugaan keluarga dalam mengejar impiannya dengan menonjolkan keteguhan dan budaya Malaysia.

- *Rombongan Makciks Ke Dataran Merdeka*, sebuah drama yang menampilkan Rozita Che Wan, Mandy Chong, dan Satthiya Kandi sebagai makcik-makcik dari Kg Wahab Satu yang dalam perjalanan untuk melihat perarakan Bomba ahli keluarga mereka berubah menjadi huru-hara dan menguji kesetiaan persahabatan mereka dalam menzahirkan semangat sejati Malaysia.

- *The Music Journey*, sebuah program muzik yang menampilkan artis Malaysia seperti Priscilla Abby, Firdhaus, 3p Caven, Uriah See, dan Ryota dalam menginterprestasikan lagu-lagu kegemaran rakyat Malaysia dalam meraikan budaya Malaysia.

- *Pasanga Musim ke-2*, siri Tamil tempatan dengan 100 episod yang menampilkan penerbit dan pelakon Denes Kumar, mengetengahkan hubungan kekeluargaan dalam menghadapi dugaan dan cabaran di Malaysia.

- *Oga & Friends*, satu lagi judul siri animasi tempatan oleh penerbit Didi & Friends, mengisahkan pengembaraan sekumpulan haiwan yang tinggal di dalam hutan di Malaysia. Animasi ini membawa mesej mengenai kepentingan memelihara alam sekitar, bertepatan dengan Astro RimbaKita ESG.


Para pelanggan juga boleh menikmati episod istimewa *Family Feud Malaysia* dan rancangan lain seperti *Hantu Karipap, **Terompak Sana Tertukar Sini, **Call Me Handsome – Malaysia KITA, **Sofa Kentang Selebriti*, dan banyak lagi.


Untuk meraikan perpaduan Malaysia dan bakat tempatan, rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lagu tema kempen "Inilah KITA" yang dinyanyikan oleh artis seperti Hael Husaini, Wani Kayrie, Daniel Fong, Joey Leong, Balan Kash, dan Roshini. Lagu ini boleh distrim bermula 15 Ogos 2024 di semua platform kegemaran anda.



Bermula 6 hingga 8 September, anda dijemput hadir ke SYOK FEST KITA di Setia City Park Oval Lawn untuk meraikan budaya Malaysia. 


Nikmati muzik dari lebih 25 artis tempatan seperti Floor 88, Hattan, Misha Omar, Luqman Podolski, Zayn Nakal, Syamil, Bunga, Claudia Tan, Sya, Music Kitchen, Arvind Raj, Zen, Jie Ying, Elva, Daniel Wong, Mag Lai, Kaka Azraff, Zubir Khan, Ezra Kairo, K Town Clan, Sarah Suhairi, 53 Universe, DEF Jam Artist dan ramai lagi! 


Ikuti saluran Astro Radio OR1 FM pada 6 September, di mana 13 stesen radio dalam 4 bahasa – Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil – akan berganding bahu dalam membawa saluran langsung di luar konti sambil berinteraksi dengan masyarakat.


Rakyat Malaysia juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Astro "Inilah Hero KITA" dari 15 Ogos hingga 16 September, di mana mereka boleh berkongsi cerita-cerita tauladan mengenai rakyat Malaysia yang menunjukkan sifat kebaikan, dedikasi, dan positif. 



Cerita boleh dikongsi dalam bentuk teks, gambar, atau video di laman media sosial dengan tanda pagar #InilahKITA


Tonton Berita Terkini KITA di segmen Astro AWANI (CH501) jam 5pm dan KITA (CH100) pada jam 8.30pm, di mana kami membawa cerita-cerita menarik mengenai individu "Inilah Hero KITA" yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.


Raikan semangat KITA dengan Astro sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini. 

Langgan Astro dengan hanya RM41.99 sebulan, nikmati potongan sebanyak 30% serta pemasangan percuma bagi merasai pengalaman masyarakat Malaysia di Saluran KITA (CH100) sambil menikmati enam saluran percuma. 

Jangan ketinggalan program SYOK FEST KITA dan dengarkan Astro Radio secara langsung di OR1 FM. Mari kita berganding bahu sesama rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian dalam pergerakan "Inilah Hero KITA" dan membina impak positif dalam masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila layari astro.com.my/InilahKITA atau klik DI SINI.



#InilahKita #KitaChannel #BulanKebangsaan #SyokFestKita #InilahHeroKita #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan