Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BELIA DISARAN SERTAI PROGRAM PEBS, MELAHIRKAN PELAPIS PEMIMPIN!


GOLONGAN
belia khususnya anak-anak muda di negeri Selangor Darul Ehsan disaran melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan anjuran Penggerak Belia Selangor (PeBS).


Ini dapat membantu mereka memupuk kemahiran kepimpinan, membina jaringan sosial yang kuat, serta mengembangkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. 


“Melalui penglibatan ini, mereka dapat dipersiapkan sebagai pelapis pemimpin yang berwibawa pada masa depan,” begitu harapan yang diluahkan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negara, En. Mohamad Nizam Marjugi  (gambar bawah, kanan) ketika ditemui pada majlis pelancaran Pertandingan Belia Badminton Pusingan Akhir - Liga PeBS bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Pulau Meranti, Puchong yang berlangsung lewat malam 3 Ogos baru-baru ini.



Turut bersamanya, Pengerusi PeBS Zon Pulau Meranti, Mohd Ezamen Alif (baju biru) ; Ahli Majlis Zon Pulau Meranti, Shaffee Md Yassin (tiga dari kiri) dan Ketua Kampung Pulau Meranti,  Sunil Suin serta bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Jambu  (kiri) yang juga bertindak sebagai ‘duta kecil’ PeBS Pulau Meranti.



Untuk rekod, Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang telah dijenamakan daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT) pada 2020 adalah program pimpinan anak muda yang merupakan wakil Kerajaan Negeri bagi menyampai dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri kepada belia-belia di setiap kawasan bagi keseluruhan Negeri Selangor.


Sehubungan itu Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor merancang program-program berdasarkan Dasar Belia Selangor 2020.


“MSN memperuntukkan lebih kurang RM5,000 untuk diagihkan kepada setiap zon PeBS bagi mereka menggerakkan pelbagai program seperti Pertandingan Badminton Akhir malam ini yang dianjurkan oleh PeBS Zon Pulau Meranti di bawah pimpinan Alif,” jelas Mohamad Nizam.



Beliau memberi penghargaah kepada Alif yang baharu dilantik sebagai pemimpin baharu PeBS Zon Pulau Meranti pada bulan Mei lalu tetapi telah menunjukkan prestasi  cemerlang khususnya usaha beliau mewar-warkan aktiviti yang diatur kepada media supaya ia dapat disebar luas untuk pengetahuan golongan belia yang masih tidak menyadari wujudnya PeBS untuk membantu mereka medekatkan diri dengan komuniti setempat.


Berkongsi lanjut, Alif memaklumkan pihaknya akan terus melaksanakan aktiiviti-aktiviti yang di sukai golongan muda selaln sukan.



“Ksmi mahu menarik seramai mungkin anak-anak muda untuk bersama komuniti sekeliling agar dengan penglibatan mereka dapatlah kami mengenal pasti dan mengasah bakat-bakat baharu sebagai pemimpin,” ujar Alif yakin malah berjaya mengumpul lebih kurang 45 golongan muda menyertai  pertandingan badminton yang julung kalinya dianjurkan di bawah kepimpinan beliau.


Tidak menolak bahawa kadang kala sukar untuk mengajak anak-anak muda bersama aktif dalam PeBS waima ramai kini yang lebih suka melapangkan waktu dengan gajet, Alif yakin dengan adanya aktiviti-aktiviti yang diminati generasi sekarang tidak mungkin sasaran untuk menjayakan program ke arah kejayaan Dasar Belia Selangor 3030 tidak dapat dicapai.



Berkongsi  lanjut, selaku Ahli Majlis, Shaffee menyifatkan kolaborasi intim antara PeBS, Ahli Majlis dan Majlis Sukan Negara termasuk pihak PBT antara kekuatan yang menjayakan segala aktiviti dan perancangan yang bermanfaat untuk golongan belia.


“Kami berganding bahu dalam misi melahirkan pemimpin berkalibar daripada golongan muda. Untuk itu, diharap anak-anak muda rajinlah mendekati masyarakat dengan terlibat bersama program-program yang diaturkan untuk mereka,” sambung Shaffee.



Sementara itu, Tauke Jambu yang ditemui dan bertindak sebagai pengacara majlis pada malam tersebut turut melahirkan rasa tidak keberatannya melibatkan diri dengan PeBS.


“Sebagai penduduk di zon Pulau Meranti ini, saya menyokong penuh hasrat PeBS dalam penganjuran apa apa program yang boleh menyatupadukan golongan muda dengan penduduk setempat. Kami perlu saling belajar antara satu sama lain, kerana dunia teknologi moden sekarang lebih canggih. Yang muda perlu belajar dari yang dewasa mahu pun sebaliknya,” komen Tauke.


Pertandingan akhir badminton yang tamat lewat malam menyaksikan lebih kurang 40 finalis dalam kategori ‘expert’. ‘novice’ dan ‘loserpoo’ bertanding merebut hadiah wang tunai, hamper dan medal bernilai RM2600.00.




#PeBS #MajlisSukanNegeriSelangor #DasarBeliaSelangor2020 #Badminton #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan