Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GUARDIAN SEMARAKKAN HARI KEBANGSAAN MELALUI KEMPEN #LOVEFORLOCAL


PENERAJU
rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit popular di negara ini, Guardian Malaysia tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan kempen #LoveForLocal, yang menampilkan jenama kecantikan terbaik Malaysia.


Sehubungan itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif berkenaan, Guardian mengangkat 30 jenama tempatan terbaik, demi memudahkan rakyat Malaysia untuk meneroka, menemui, justeru menyokong produk kecantikan tempatan. 



“Kami teruja untuk menyokong sepenuhnya jenama kecantikan tempatan ini dengan menarik pelanggan baru melalui peningkatan rangkaian pengedaran dan keterlihatan mereka di lebih 600 stor serta platform dalam talian kami. Ini akan membantu mereka mencapai tahap yang lebih tinggi dan menjadikan produk kecantikan tempatan berkualiti lebih mudah diakses daripada sebelumnya,” kata Pengarah Pemasaran di Guardian Malaysia, Anna Ng.


Menurutnya, dengan tumpuan kepada jenama-jenama ini, Guardian bukan sahaja meraikan kepelbagaian dan kreativiti usahawan Malaysia tetapi turut menggalakkan hubungan yang lebih kukuh dengan kekayaan warisan budaya yang diwakili oleh produk-produk tersebut. 


Sama ada anda ingin mencuba sesuatu yang baharu atau menunjukkan sokongan terhadap bakat tempatan, kempen #LoveforLocal Guardian menyediakan peluang yang sempurna untuk berbuat demikian di samping menghargai semangat perpaduan dan berbangga dengan tawaran unik negara. 


Dalam menyahut kempen #LoveforLocal, empat perintis kecantikan tempatan  memperkenalkan produk mereka di acara Guardian #IYKYK Beauty Atrium, yang diadakan dari 27 Ogos hingga 1 September di Blue Atrium, Sunway Pyramid.



Kerjasama dengan Guardian telah banyak memperluaskan rangkaian kami, membolehkan kami mempamerkan produk penjagaan kulit bertaraf farmaseutikal kepada khalayak yang lebih luas,” kongsi Adibah Mazlan, pengasas The Raw.


Chryseis Tan, pengasas Lumi, menambah, Di Lumi, kami berpegang kepada prinsip kecantikan berseri, tanpa kekejaman untuk semua orang. Sokongan Guardian bermakna penyelesaian penjagaan kulit botani kami kini tersedia di seluruh negara, membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai kejelitaan mereka.”



Bagi Sarah Shah Nor, pengasas Cuura, yang turut teruja dengan kempen #LoveForLocal turut berterima kasih kepada Guardian yang menyediakan platform untuknya.


Kata Sarah, “Penjagaan kulit semulajadi dan diperakui halal Cuura kini boleh dinikmati oleh lebih ramai pelanggan, menyediakan penyelesaian lembut namun berkesan untuk kulit sensitif.”


Sementara itu, pengasas Mango Flamingo, Sue Aini pula menegaskan, “Matlamat kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia mencapai kulit yang muda dan yakin. Sokongan Guardian menjadikan produk berkualiti kami lebih mudah diakses oleh segenap lapisan pengguna.”



#Guardianmy. #GuardianMalaysia #LoveForLocal #TheRaw #Cuura #Lumi #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan