Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GV RIDE BUKA PERMOHONAN JADI PEMANDU E-HAILING IKUT 'YOUR RIDE, YOUR PRICE'!


YOUR ride your price’ atau jika dialihbahasakan bermaksud ‘Perjalanan anda, harga anda’ begitulah moto yang dijanjikan syarikat perkhidmatan seru-pandu atau e-hailing terbaharu yang dinamakan ‘GV Ride’.


Daripada ayat pendek dan ringkas itu sahaja sudah cukup memberi maksud anda sebagai penumpang yang menempah perkhidmatan e-hailing, yang menentukan juga harga yang berpatutan untuk destinasi yang ditujui.


“Ciri rundingan harga unik kami membolehkan penumpang menetapkan tambang pilihan mereka, dan jika pemandu bersetuju, perjalanan disahkan. Bahkan penumpang boleh memilih kenderaan mana yang mereka sukai mahu pun siapa pemandu mereka,” ujar Pengarah Urusan GV Car Ventures Sdn Bhd, Ir Vincent Chew Hian Sern ketika ditemui pada majlis pra pelancaran GV Ride bertempat di ibu pejabatnya di Taman Asa Jaya, Kajang baru-baru ini.


Turut hadir Pengarah Penjualannya, Alan Chew Hian Wee;  Pengurus Pemasaran, Shafiqah Syauqina dan Penyampai radio ehailing.fm, Rizal Adam selaku moderator.


Sebelum itu pasti anda mahu tahu apa maksud akronim GV tu kan?


Ini bukan Gegar Vaganza tau…tetapi GV ini membawa maksud 'Green Vision' (Visi Hijau)  waima syarikat tumpukan kepada kaedah mesra alam bahkan merancang untuk memperkenalkan kereta elektrik pada akhir tahun 2024 bagi kegunaan individu, pemandu, dan penumpang.


Wow! Kereta elektrik e-hailing u alls… menarik kan?


Dan lebih menarik, anda yang ingin menambah pendapatan untuk menjadi salah seorang daripada pemandu e-hailing GV Ride boleh memohon secara percuma di mana syarikat mensasarkan mahu mendaftarkan lebih kurang 10,000 pemandu GV Ride menjelang akhir tahun.


DARI kiri: Vincent, Shafiqah dan Alan pada sidang media GV Ride di Kajang.


“Permohonan secara percuma sudah dibuka kepada pemandu berlesen antara usia 18 hingga 65 tahun,” sambung Shafiqah sambil memaklumkan segala urusan  berhubung permohonan lesen PSV (Public Service Vehicle) serta mengikuti kurus PSV akan diuruskan syarikatnya.


Untuk makluman, semua pemandu e-hailing diwajibkan mendaftar lesen PSV seperti pemandu teksi termasuk mengikuti kursus.


Berkongsi lanjut, Ir. Vincent memberitahu, sebagai salah satu daripada 30 syarikat yang berdaftar dengan APAD, pihaknya akan menyediakan EVP  (Employee Value Proposition) atau 'Tawaran Nilai Pekerja' untuk pemandu sebelum akaun dalam talian mereka diaktifkan. 


Tawaran Nilai Pekerja (EVP) adalah satu set tawaran yang diberikan oleh majikan kepada pekerjanya, yang berharga untuk kedua-dua majikan dan pekerja. 


Contoh kuat EVP adalah menawarkan persekitaran kerja yang kolaboratif dan dinamik, peluang untuk pembangunan profesional, pakej manfaat yang komprehensif dan mewujudkan budaya yang positif dan inklusif di mana ahli pasukan merasa dihargai dan disokong.


“Kami menyediakan sistem yang fleksibel untuk kedua-dua pemandu dan penumpang, menggunakan sistem bidaan. Kadar pemandu minimum bermula dari RM1.25/km dan fokus kami adalah pada kawasan Lembah Klang, tanpa tergesa-gesa untuk meliputi seluruh Malaysia. Untuk pra- pelancaran  ini, kami menawarkan bonus untuk pick-up lebih dari 5km jauh,” jelas Vincent.



Menurut beliau selanjutnya, GV Car Ventures yang ditubuhkan pada tahun 2023,komited untuk menjaga operasi, manfaat dan keuntungan dalam Malaysia. 


“Kami menawarkan solusi tempahan yang mesra bajet yang direka untuk memenuhi keperluan pemandu dan penumpang sekali gus  memastikan perkhidmatan yang lebih baik dengan sentiasa mendengar maklum balas daripada pemandu dan penumpang sebagai keutamaan nombor satu kami,” tambah Vincent.


Berhubung soal langkah-langkah IT yang telah diambil untuk memastikan aplikasi GV Ride berfungsi dengan baik, Alan Chew pula memberitahu, ‘aplikasi kami adalah penyelesaian white-label yang disesuaikan dengan pemandu dan pengguna tempatan. Semuanya diuruskan secara tempatan, memastikan operasi sistem IT 24 jam.’


Tambah Alan, untuk mempercepatkan prose GOLIVE pihak syarikat telah membeli aplikasi white label yang sedia ada dipasaran dan telah membuat penambahbaikan terutamanya penambahan fungsi AI yang menalan modal yang amat tinggi.


“Penambahan ciri AI akan mengurangkan isu pemandu tidak dapat penumpang atau penumpang tidak dapat pemandu,” jelas Alan.

..

Beliau memberikan keyakinan bahawa pemandu tidak perlu risau tentang isu masalah aplikasi tetapi hanya perlu fokus kepada penjanaan pendapatan. 


“Dari masa ke semasa kami akan menambah baik fungsi AI yang akan membantu kurangkankan masa perjalanan, menigkatkan pendapatan dan juga fokus kapada keselamatan,” akhiri Alan.



Sebagai syarikat e-hailing terbaharu,  apabila disoal bagaimana mereka mahu bersaing dengan syarikat gergasi e-hailing yang wujud ketika ini?


Kami berhasrat untuk menyediakan sistem yang disukai oleh pemandu dan penumpang. Kami akan menjadi kawan baharu anda, menyediakan platform perkhidmatan pelanggan yang berkesan dan berkualiti,” jawab Vincent penuh yakin.


Jelasnya, pemandu dan pengguna hanya perlu mengesahkan perjalanan, memastikan tiada penugasan automatik. 


“Nantikan kempen pengiklanan pemandu kami. Kod promo dan baucar untuk pengguna akan disediakan tidak lama lagi. Kadar komisen kami adalah jauh lebih rendah daripada mana-mana syarikat e-hailing di Malaysia,” tegas Vincent. ‘


Tidak syak lagi, dengan perancangan syarikat untuk memperkenalkan kereta elektrik untuk pengguna dan skim penjimatan di mana pemandu boleh menyewa kereta elektrik ini, pastinya platform GV Ride akan berada lebih setapak maju daripada syarikat e-hailing lain apatah lagi sekiranya pengenalan kepada kereta EV dilancarkan secepat mungkin.


Jadi keepada yang berhajat nak menambah pendapatan dan menjadi pemandu GV Ride, bersiao sedia untuk mendaftar secepat mungkin waima GV Ride akan mula beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.



#GVRide #EHailing #PSV #EVP #Pengangkutan #KeretaElektrik #Pemandu #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan