Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM KE AITEX 2024 DI SUNWAY RESORT HOTEL 23 - 25 OGOS!



ANDA yang setia membaca blog Kak Fas ini pastinya tidak ketinggalan membaca artikel mengenai ‘Pameran Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia’ atau ringkasnya AITEX 2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sila recap story di LINK INI.


Kini, tinggal beberapa hari sahaja lagi apabila Sunway Resort Hotel di Bandar Sunway, Selangor, akan menjadi tuan rumah kepada AITEX 2024 dari 23 hingga 25 Ogos 2024 ini.


Selain berpeluang melawat expo yang  menyediakan pameran daripada lebih kurang 10 buah negara antaranya Zambia, Arab Saudi, Mesir, Uzbekistan, Tajikistan, China termasuk Malaysia dan lain-lain, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman 'Perjalanan Realiti Maya (VR) Nabi Muhammad SAW', satu pengalaman canggih yang menghidupkan semula peristiwa penting dalam sejarah perjalanan Baginda.


Bahkan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan pergi-balik ke destinasi menarik seperti Maldives, Vietnam dan sebagainya, yang ditaja oleh Batik Air Malaysia, rakan penerbangan rasmi AITEX 2024.


Pendek kata, jika anda pengunjung bertuah dapatlah menikmatinya apabila berkungung ke AITEX 2024 yang akan berlangsung sepanjang  tiga hari berturut-turut itu.


"AITEX 2024 bertujuan untuk memudahkan penemuan produk, perkhidmatan dan kerjasama baharu yang mampu memacu pertumbuhan dan inovasi dalam industri pelancongan dan perdagangan Islam global” ujar Presiden MATA selaku Pengerusi AITEX, Dato' Dr. Mohd Khalid Harun pada sidang media kali kedua yang berlangsung di Sunway Hotel Resort baru-baru ini.



Turut hadir Hjh Siti Zabidah, Bendahari MATA/ Exco Aitex 2024; Dr Izyan Diyana Mohd Khalid, Ketua Setiausaha MATA/ Pengerusi Penganjur WITA 2024; Dato’ Jeffri Sulaiman, Timbalan Presiden MATA/Pengerusi Penganjur AITEX 2024; Dato’ Dr Hj. Mohd Khalid Harun, Presiden MATA/Pengerusi Aitex 2024; Fauzi Rajab, Ketua Pembangunan Perniagaan Kerajaan Batik Air; Nazli Ahmad, Pengarah Protokol, Hal Ehwal Diplomatik dan Jualan F&B; Ahmad Jafri Ngah Ali, Exco MATA / Jualan Dan Pemasaran Aitex 2024 dan  Dr Hj Zawari Ali selaku seorang lagi Exco AITEX 2024.


Menurut Dr. Mohd Khalid, AITEX 2024 dianjurkan dengan kerjasama pelbagai organisasi terkemuka seperti Majlis Pelancongan Islam Dunia (World Islamic Tourism Council), Organisasi Pelancongan Islam Global (Global Islamic Tourism Organisation), dan Persekutuan Umrah & Haji ASEAN (ASEAN Federation of Umrah & Hajj - AFUH), dengan sokongan penuh daripada Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).


“Dengan sokongan dan kerjasama  ramai itu AITEX 2024 menawarkan peluang unik bagi para pemegang taruh untuk berhubung dan berkolaborasi dengan pempamer dari pelbagai negara terbabit,” tambah Dr. Mohd Khalid.


Menjanjikan satu pengalaman yang menarik buat pengunjung, AITEX 2024 akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya termasuk tawaran pakej pelancongan eksklusif dan Pameran Artifak Nabi Muhammad SAW, yang memberikan peluang jarang untuk melihat pameran-pameran yang bersejarah.



Pameran  yang akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiao hari bertujuan untuk memudahkan penemuan produk, perkhidmatan, dan kerjasama baharu yang mampu memacu pertumbuhan dan inovasi dalam industri pelancongan dan perdagangan Islam global.


Dan sedang pengunjung bermaharajalela melawat gerai-gerai yang dipamerkan, AITEX 2024 tidak ketinggalan menampilkan beberapa persidangan utama, termasuk Persidangan Pelancongan Islam yang akan diadakan pada 23 dan 24 Ogos 2024. 


Persidangan ini akan menyaksikan pakar-pakar industri membincangkan pelbagai topik penting yang membentuk masa depan pelancongan Islam berlandaskan tema "Merangkul Kepelbagaian: Janji dan Potensi Pelancongan Islam.


Kemuncak AITEX 2024 akan diadakan pada 25 Ogos, dengan Sidang Kemuncak Menteri & CEO serta Pelaburan Pelancongan Asia yang akan mengumpulkan pemimpin dari Kemboja, Filipina, Zambia, Mesir, Indonesia, dan Uzbekistan untuk meneroka peluang pelaburan dan membincangkan masa depan pelancongan Islam.



Salah satu acara utama dalam AITEX 2024 adalah Anugerah Pelancongan dan Perdagangan Islam Dunia (World Islamic Tourism and Trade Awards - WITA 2024), yang akan diadakan semasa majlis makan 
malam gala pada Isnin, 26 Ogos, di Ballroom, Sunway Resort Hotel. 


Majlis anugerah ini akan memberi penghormatan kepada 30 individu dan organisasi cemerlang dalam industri pelancongan dan sektor kerajaan atas sumbangan mereka dalam pelancongan dan perdagangan Islam. 



Acara ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan oleh artis popular Malaysia dan Orkestra Combo. 


Siapa artisnya? 


Tunggu pada malam itu nanti ya tetapi jika mahukan maklumat lanjut boleh layari http://www.aitex.my atau hubungi +60192157116.


Apa pun tandakan kalendar anda jika nak melawat pameran dan pakej-pakej umrah yang ditawarkan. 


Masuk percuma kut jadi jom… mana tahu tuah ayam nampak di kaki., tuah manusia siapa tahu… tiba-tiba anda diumumkan pemenang hadiah bertuah kan? 


Untung laa sesiapa yang menang tu…




#AITEX2024 #MATA #SunwayResortHotel #WITA2024 #PameranArtifakNabi #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan