JOM SERBU 'FESTIVAL OHMYDIN' PELBAGAI GANJARAN ADA!
MEMANG tepat sekali judul yang diketengahkan rangkaian dan peruncitan terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) apabila memilih nama ‘FESTIVALOHMYDIN’ yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke 67 nya bersamaan sambutan Hari Merdeka tahun ini.
Memang ungkapan ‘Oh My’ itu tepat diluahkan apabila teruja dengan pelbagai promosi yang disusun sepanjang sambutan Festival bermula 24 Ogos hingga 9 September 2024 ini.
“Festival OHMYDIN menawarkan penjimatan dan ganjaran keseluruhan bernilai RM6.7 juta melalui pelbagai program yang diatur bermula dengan ‘Fun Run’ di Subang Jaya pada 24 Ogos, seterusnya di tiga lokasi lain iaitu di MITC (Melaka) pada 21 September, Tunjong (Kelantan) pada 19 Oktober dan Petra Jaya (Sarawak) pada 9 November 2024,” ujar Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin pada majlis pelancaran Festival OHMYDIN yang berlangsung di MYDIN USJ, Subang baru-baru ini.
Gimik pelancaran dilaksanakan bersama oleh rakan strategik Festival OHMYDIN antaranya OPPO, Adabi, F&N, Puteri, Unilever dan Wipro Unza. Kesemuanya sejumlah 55 rakan kerjasama termasuk MYDIN PayFlex yang dikuasakan oleh Boost Kredit terlibat dalam penganjuran festival.
Pendaftar baharu aplikasi MYDIN PayFlex berpeluang menerima RM15 kredit tunai dan layak menerima promosi Belian dengan Belian Borong (PWP).
“Setiap pendaftaran program fun run, sejumlah RM5 akan disalurkan ke program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin bagi disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik,” tambah Dr. Ameer Ali Mydin sambil memaklumkan settiap peserta yang mengikuti fun run sejauh 6.7km itu juga berpeluang menikmati cabutan bertuah peranti Oppo, baucar tunai dan hamper.
Sepanjang kempen berlangsung, MYDIN turut menawarkan promosi Hari-Hari MYDIN Murah, Beli Bijak Beli Borong, Belian dengan Belian (PWP), Happy Hour dan pelbagai lagi bagi menawarkan penjimatan hebat kepada pelanggan khususnya kepada pemilik kad kesetiaan Meriah. Promosi tersebut juga boleh didapati di TikTok Shop @MYDIN.
Manakala, pendaftar baharu aplikasi MYDIN PayFlex berpeluang menerima RM15 kredit tunai dan layak menerima promosi Belian dengan Belian Borong (PWP).
Selain itu, pengguna aplikasi pembayaran terlibat seperti Atome, MCash, Moby Islamic dan SpayLater berpeluang menerima pulangan tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM67,000 apabila berbelanja menggunakan aplikasi tersebut dalam satu transaksi mana-mana cawangan MYDIN.
Tidak terhenti di situ, empat jenama, iaitu Adabi, Carrie Junior, Puteri dan Lifebuoy, turut mengadakan permainan dalam aplikasi MYDINPay yang dikuasakan oleh CashOut, dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM103,500.
Dalam pada itu, siapa yang ‘hantu’ durian boleh menantikan program “Jom Durian” khususnya penduduk di Utara dan Selatan waima anda boleh makan sepuas hati apabila program tersebut akan dianjurkan di MYDIN Bukit Mertajam (Pulau Pinang) pada 7 September dan MYDIN Pelangi Indah (Johor) pada 5 Oktober 2024 bagi memberi peluang orang ramai menikmati sedulang durian pada hanya serendah RM100.
Memang ‘Oh My” lah kan apabila pelbagai promosi disusun MYDIN.
Orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi maklumat lanjut mengenai kempen Festival OHMYDIN! yang berlangsung sehingga 11 November 2024 depan.
#FestivalOhMydin #FunRun #PWP #Oppo #JomDurian #HariHariMydinMurah #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan