Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KARNIVAL KEUSAHAWANAN LANGKAH AWAL PMDK MARTABATKAN USAHAWAN KECIL!

Foto: Menggunakan peranti OPPO Reno12 Pro 5G.

PERSATUAN Media Digital Kreatif (PMDK) yang baru ditubuhkan setahun lalu pada bulan Ogos, telah menunjukkan keupayaannya dalam memperjuangkan objektifnya. 


Pengasasnya, Alias Abu Bakar, yang juga merupakan Presiden PMDK, berjaya membuktikan bahawa persatuan ini bukan sahaja berupaya membela serta memperkasakan ahli-ahlinya, tetapi juga berperanan penting dalam membantu membangunkan usahawan kecil untuk bersaing dalam era globalisasi yang semakin mencabar.


Sebagai langkah pertama dalam melaksanakan tanggungjawab ini, PMDK bersama UTV Media dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan serta Persatuan Penduduk B & C PPR Hiliran Ampang telah menganjurkan Karnival Keusahawanan, Kecantikan, Kesihatan dan Produk Halal 2024 yang memberi tumpuan khusus kepada usahawan golongan B40. 


“Karnival ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti PPR di sekitar Kuala Lumpur dengan harapan ia akan memberi impak yang positif secara praktikal melalui aktiviti kemasyarakatan dan penerapan rasa tanggungjawab serta kasih sayang sesama komuniti setempat,” ujar pencetus idea di sebalik penganjuran karnival, Nurzulaikha Raduian yang bertindak sebagai Pengarah Karnival merangkap pengasas bersama PDMK pada majlis perasmian Karnival Keusahawanan , Kecantikan, Kesihatan dan Produk Halal 2024 yang disempurnakan bersama  Penasihat PMDK, Dr Raja Putra Shah.


DARI kiri: Krishnakumar, Wan Mohd Faidz, Raja Putra Shah, Siti Nadiah dan Zue.


Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato Nadzim Johan; Eksektif Kanan Pembangunan Komuniti, Yayasan Wilayah Persekutuan, Siti Nadiah Mohhd AriffPresiden Perniagaan Gimnasium Malaysia, K. Krishnakumar dan Pengarah Art Talent Production, Wan Mohd Faidz Wan Husain.


Lebih mesra disapa Zue, beliau memaklumkan Karnival menyaksikan penyertaan sebanyak 45 gerai yang menawarkan pelbagai jenis jualan produk sekali gus memberi fokus kepada usahawan PPR, B40, asnaf, ibu tunggal dan miskin bandar smenjana ekonomi. 


“Harapan saya melalui karnival seumpama ini ia akan menyediakan platform rasmi dan rangkaian terutama bagi golongan yang berkecimpung dalam bidang kecantikan, kesihatan dan produk halal untuk berhubung dan menerokai potensi kerjasama dalam sektor perniagaan Halal yang semakin berkembang maju,” tambah Zue.



Beliau kemudian menggariskan beberapa objektif penganjuran program meliputi antaranya:


 Melonjakkan dan memberi peluang kepada usahawan-usahawan dalam melebarkan serta menaikkan jenama mereka ke peringkat lebih tinggi. 

 • Meningkatkan kesedaran kepada usahawan kecantikan mengenai kepentingan halal supaya produk mereka lebih diyakini, bersih dan suci 

 • Pendedahan dan ruang kepada para usahawan dalam menggiatkan lagi promosi kepada orang ramai. 

 • Meningkatkan lagi pendapatan usahawan PPR, asnaf, B40 dan miskin bandar di Kawasan Wilayah Persekutuan 

 • Bantuan dari segi pemasaran melalui interview, review, dalam portal media secara percuma.



Seterusnya, Zue berpandangan dengan peningkatan permintaan terhadap produk halal yang meluas, usahawan yang terlibat berpeluang mempamerkan barangan dan produk yang menggunakan bahan dan proses yang dibenarkan dalam Islam. 


Berkongsi lanjut, pasangannya, Alias berkata, “Ini adalah langkah awal PMDK dalam membantu usahawan meningkatkan tahap produk mereka, sejajar dengan perkembangan teknologi canggih masa kini, di mana media sosial memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan memasarkan sesebuah produk.”


Tambahnya, PMDK tidak akan berhenti untuk memperjuangkan misinya memartabatkan usahawan yang memerlukan bantuan dari segi pemasaran mahu pun mempelajari selok belok terbaharu dalam meningkatkan ilmu perniagaan agar dapat terus menjana pendapatan lebih apabila mereka memasuki pasaran global.


"Walau pun PMDK terpaksa menampung kos penganjuran dengan sendiri dan tidak mendapat dana dari mana-mana pihak khususnya daripada peringkat Parlimen Titiwangsa walaupun sudah dimohon, tetapi diharap sokongan setiap Parlimen dalam membantu acara yang sebegini akan datang dapat diperoleh supaya ia mampu  diteruskan demi memartabatkan usahawan kecil," tambah Alias.



Sementara itu, selaku Penasihat PMDK, Raja Putra Shah memberi sokongan penuh dalam membantu ahli-ahli serta warga yang berminat berniaga mendapatkan ilmu perniagaan yang lebih mendalam.


“Kami akan menganjurkan beberapa seminar atau kelas keusahawanan agar mereka yang benar-benar minat berniaga tetapi kurang ilmu dalam menerokai perniagaan dapat dibantu untuk meningkatkan pengetahuan mereka terhadap teknologi dan teknik pemasaran global,” akhiri Raja Putra Shah yang turut menyampaikan hadiah bagi pemenang Miss Hijabi Malaysia pada majlis sama.



Seramai lapan gadis menyertai peraduan pencarian duta ‘Miss Hijabi Malaysia dengan pemenangnya jatuh kepada seorang pelajar UIA jurusan arkitek, Aisyah Annuar  yang membawa pulang  mahkota, piala, koin emas 0.5 gram tajaan Trisya & Co. serta wang tunai.  


Kesemua mereka diadili oleh bekas jurumekap dan model sambilan yang juga seorang Jurulatih Seni Silat, Munira Johari serta Pengasas Slay Kuala Lumpur, Rauf Ali.


Terdahulu pembukaan tirai karnival diserikan dengan tarian piring dari kumpulan Art Talent Production.




#KarnivalKeusahawananKecantikanKesihatanProdukHalal #PMDK #RajaShahPutra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan