Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KOPSTAR, SUMMIT USJ SAMBUT 'SINONIM SUDIRMAN' RAI HARI MERDEKA MULAI 30 OGOS!!


SEBAGAIMANA tiada duanya Seniman Agung  Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, begitu juga “Penghibur Nombor 1 Asia’, Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad yang tiada tolak bandingnya.


Keduanya meninggal dunia pada usia muda, P. Ramlee menyahut panggilan Illahi dalam umur 44 tahun manakala Sudirman menyusul ketika usianya 37 tahun.


Dan sehingga ke hari ini walau pun ada segelintir yang ‘menjelma’ sebagai P.Ramlee mahu pun Sudirman namun mereka tetap tidak boleh mengambil alih kedua bintang lagenda itu.


Hakikat itu diakui penulis llirik tersohor, Habsah Hassan yang juga mantan Pengerusi Koperasi Industri Muzik Malaysia atau KOPSTAR mahu pun Pengerusi terkini, Dato Rohayati Sa’ayan atau lebih popular disapa Royce Sa’ayan di pentas seni hiburan.



“Bukan kita nak mendewa-dewakan Sudirman tetapi hakikatnya dia masih artis terbaik yang Malaysia ada. Kita harus rasa bangga atas kebolehan serta keluarbiasaan yang ada pada Sudir,” ujar Habsah Hassan pada majlis pelancaran program ‘Sinonim Sudirman’ bertempat di SUMMIT USJ, Subang baru-baru ini.


Anjuran KOPSTAR dengan kerjasama SUMMIT USJ dan disokong oleh Sudirman Asset Management, majlis turut menyaksikan acara menandatangani MoU di antara kedua pihak diwakili Pengerusi KOPSTAR, Royce Sa’ayan dan Habsah Hassan dengan Pengurus Besar SUMMIT USJ, Saw Poh Chuan serta  Eksekuitif Kanan Pemasaran SUMMIT USJ, Ryn Mohamad.


Gimik majlis pelancaran ‘Sinonim Sudirman’ turut disempurnakan bersama Ahli Majlis Zon 4 MBSJ, Ar Kamarul Hisham Hj Yeop.



Berkongsi lanjut, kata Habsah atau lebih mesra disapa Kak Chah, tujuan diadakan pertandingan nyanyian ‘Sinonim Sudirman’ mahu pun pertandingan nyanyian patriotik sebagai salah satu pengisian acara adalah sebagai menghargai legasi kekal yang ditinggalkan penghibur ikonik itu.


“Jadi bukan tujuan kita nak melahirkan seorang lagi Sudirman sebab yang patah takkan tumbuh kembali tetapi kita mengharapkan ramai penyanyi yang akan bertanding itu menjiwai dan menyampaikan lagu sebaik Sudirman,” sambung Habsah Hassan sambil mendedahkan beliau pernah bercakap pada Sudir bahawa suaranya  tidaklah sehebat mana dibandingkan dengan Jamal Abdillah contohnya tetapi kelebihan yang ada pada Sudirman adalah penghayatannya pada setiap lagu yang dinyanyikannya.sehingga menyentuh hati pendengar.


Kerana itu pesan Habsah kepada artis-artis baharu, ‘janganlah menyanyi seperti burung kakak tua’, tiada jiwa dan sebab itu penyanyi baharu tidak dapat bertahan lama.'



Bersetuju dengan pandangan Habsah, Royce Sa’ayan berkata, ‘KOPSTAR percaya pada kuasa transformatif muzik untuk menyatukan komuniti dan memberi inspirasi kepada kreativiti itu sendiri.’


“Kami menjemput semua penyanyi berbakat di seluruh Malaysia untuk menyertai pertandingan ‘Sinonim Sudirman’ yang diadakan selama tiga hari bermula 30 Ogos hingga 1 September sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia,” ujar Royce sambil memberitahu pendaftaran boleh dilakukan melalui kod QR yang boleh diperoleh di laman sesawang www.kopstar.com.my.


Selain pertandingan nyanyian pelbagai acara sampingan disusun meliputi Pertandingan Baby Catwalk , Pertandingan Mewarna Karikatur GAYOR, Pertandingan Deko Kek PWIP, Pertandingan Nyanyian Patriotik, Deklamasi Puisi, Klinik Gitar M.Noor Hendrix dan Klinik Vokal Cikgu Siti Hajar Ismail.


“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan 'SINONIM SUDIRMAN,' satu penghormatan kepada legenda muzik yang impaknya merentas generasi.


"Menerusi pertandingan ini, kami berhasrat untuk bukan sahaja meraikan legasi Sudirman yang luar biasa tetapi juga menggalakkan individu berbakat untuk meneruskan minat mereka dalam bidang nyanyian."  akhiri Royce.



Sementara itu, Ryn Mohamad memberitahu, SUMMIT USJ menyediakan aktiviti menarik kepada penghujung di mana mereka berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang disediakan termasuk cabutan bertuah.


RYN (kiri) bersama bosnya, Saw Poh Chuan mewakili SUMMIT USJ bertukar-tukar dokumen MoU yang telah ditandatangani bersama KOPSTAR diwakili Royce dan Kak Chah.


“Pada lewat petang, penghujung akan dihiburkan oleh artis-artis baharu dan lama seperti Royce Sa’ayan sendiri serta Zack Kool, Emma Akma, Farra Ahmad, Nami Harez, Zack Kazamata, Wafi The Voltage, Ali Anugerah dan Kumpulan Aktivis,” tambah Ryn.


Bagi sesiapa yang berminat menyertai pertandingan menyanyi dan aktiviti lain boleh mendaftar melalui QR kod yang disediakan di laman sesawang www.kopstar.com.my seperti yang tertera di bawah ini:



“Kami mencari 20 peserta untuk pertandingan nyanyian yang akan diadili bersama oleh Habsah Hassan, Siti Hajar dan komposer Salman Shariff.” sambung Royce Saayan seterusnya memaklumkan tarikh tutup permohanan adalah selewat-lewatnya pada 20 Ogos ini.


Sebelum majlis berakhir, SUMMIT USJ mempelawa para tamu dan media melawat sekitar mall  antaranya ‘FUN X Golf’dan 'Taman Permainan Bertema Dalaman Keluarga’ - Fun X World'


Fun x Golf menawarkan pengalaman yang menarik dan menyeluruh untuk pemain golf dari semua peringkat kemahiran, memberikan pengalaman golf dalaman yang komprehensif dan sesuai untuk semua orang.


Dengan keluasan 15,000 kaki persegi, Fun X Golf menggabungkan simulator golf maya yang realistik, kemudahan latihan permainan pendek, akademi, dan perkhidmatan pemadanan kelab untuk menjadikan golf lebih mudah diakses melalui teknologi inovatif. 


ROYCE (kiri) bersama anggota Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) di Fun X Golf.


Dengan akses sepanjang tahun, Fun X Golf yang terletak di aras 4 SUMMIT USJ Mall bertujuan untuk memberi peluang kepada semua orang untuk bermain, belajar, dan menikmati golf.


Manakala, Taman Permainan Bertema Dalaman Keluarga di lantai 2 dan 3 merupakan ruang permainan dalaman untuk kanak-kanak seluas 55,000 kaki persegi dengan empat kawasan permainan bertema unik meliputi Forest Escape Playground, Castle Adventure Skate, Village Square Arcade, dan Fairyland Bumper Car manakala ruang ‘Fun X World  menawarkan sudut permainan imaginatif, aktiviti fizikal dan pilihan hiburan keluarga untuk semua.


HABSAH Hassan dan Siti Hajar bersama Timbalan Pengerus Eksekutif Kumpulan DFN Resources Sdn Bhd. 

ANTARA permainan di dalam FUN X World di SUMMIT USJ.


#SummitUSJ #SinonimSudirman #KopStar #PertandinganNyanyianPatriotik #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan