Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LANGKAWI TRAVEL FAIR TAWAR DISKAUN HINGGA 40%, 16-18 OGOS!



DAH
lama sebenarnya Kak Fas tidak menjejakkan kaki ke bumi ‘Mahsuri’, tidak lain dan tidak bukan - Pulau Langkawi.


Bila sebut Langkawi, teringat pada awal ia menjadi sebutan ramai, lebih-lebih lagi  ketika Langkawi dipilih sebagai lokasi persinggahan Ketua-ketua Kerajaan dari negara Komanwel sempena mesyuarat CHOGM  di Kuala Lumpur pada tahun 1989, yang di ketuai mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 


Kak Fas berada di sana ketika suami mengurus dan mengendalikan pembukaan Makam Mahsuri dan lawatan delegasi CHOGM ke makam waktu itu. 


Malah banyak peristiwa selepas itu yang menjadikan Langkawi menyimpan kenangan pahit dan manis.


Jadi apabila mendapat jemputan untuk  sidang media program ‘Langkawi Travel Fair’ (LTF)  yang bakal diadakan pada 16 hingga 18 Ogos ini di Datum Jelatek Shopping Centre Kuala Lumpur, tentulah Kak Fas tidak mahu melepas peluang hadir waima dah lama tidak melawat kepulauan bebas cukai di negeri Kedah Darul Aman itu.


Lagi pun, Kak Fas nak tahu perkembangan Langkawi yang akhir-akhir ini sering 'viral' dalam platform sosial media apabila dikatakan harga makanan di Langkawi mahal hingga ada yang terpengaruh dan menjejaskan nama pulau peranginan itu.



Video dirakam menggunakan #OppoReno12Pro5G


Sehubunggan itu juga, penganjuran LTF anjuran Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) dengan kerjasama DatumCorp International Sdn Bhd., Langkawi Travel Fair akan mempromosikan Langkawi secara berterusan bersama agensi agensi kerajaan di Langkawi untuk mencapai sasaran 3 juta pelancong sehingga 31 Disember 2024 dengan pendapatan RM6.7 bilion dengan mengetengahkan hashtag #LangkawiMurah.


Sebanyak 32 booth dijangka menyertai LTF  terdiri daripada seluruh pemain industri pelancongan Langkawi merangkumi pemilik produk ataupun product owner, travel agent, hotel 3 bintang ke bawah dengan menggunakan hashtag #LangkawiMurah #CuticutiMalaysia #NaturallyLangkawi dan #ExploreLangkawi


“Kenapa kita memilih hashtag #LangkawiMurah adalah kerana buat pertama kalinya kita membawa pemilik-pemilik hotel 3 bintang ke bawah serta pemilik-pemilik travel ejen yang boleh membuat keputusan pada 3 hari Travel Fair itu dijalankan,” ujar Zainudin Kadir selaku Presiden Persatuan Pelancongan Langkawi sebgai penganjurnya,  pada pra pelancaran Langkawi Travel Fair dan ‘Langkawi International Folding Bike Challenge 2024’ yang berlangsung di Datum Jelatek Shopping Cenre Kuala Lumpur baru-baru ini.


DARI kiri: Azlie Halim, Hj Mohd Suhaimi, Zainudin Kadir, Tengku Khairil dan Dr, Azmil. 

Pelancaran disempurnakan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dato Hj Mohd Suhaimi Hj Abdullah


Turut hadir Pengurus Pelancongan dan Geopark LADA, Dr. Azmil Munif Bukhari; Pegawai Pemantau Operasi Datumcorip International Sdn Bhd, Tengku Khairil Azwan Tengku Abdul Samad dan Konsultan Pengurusan Projek Malaysia Datum Cultural Centre, Dato Azlie Halim.



“Selama tiga hari di Kuala Lumpur, inilah peluang untuk pengunjung yang berhasrat melancong ke Langkawi mendapatkan potongan bermula dari 10% sehingga 40%  pada pakej-pakej yang ditawarkan,” tambah Zainudin sambil memaklumkan pembelian harga diskaun tersebut boleh diguna pakai sehingga tahun Februari 2025  sewaktu dengan sambutan ‘Tahun Melawat Kedah’. 


Menurut Zainudin, pihaknya bercadang menjadikan Langkawi Travel Fair sebagai acara tahunan dan akan menjelajah ke seluruh bandar-bandar utama di Malaysia atau pun bandar-bandar kedua di seluruh negara bagi mempromosikan Pulau Langkawi.


Mensasarkan pengunjung mampu mencapai angka 150,000 orang, LTF akan terus memberi tumpuan menjadikan Langkawi sebagai pulau peranginan nombor satu di Malaysia serta salah satu (1) pulau tercantik di dunia.


Untuk rekod, Langkawi yang merupakan pulau terbesar dalam gugusan 99 buah pulau keseluruhannya di Selat Melaka itu diberi status bebas cukai pada tahun 1987.



#LangkawiTravelFair #ExploreLangkaw #Mahsuri #LangkawiMurah #Pelancongan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan