Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LOTUS PUCHONG, TAWAR KONSEP JUALAN 'BELI LEBIH UNTUNG LEBIH'


LOTUSS Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melancarkan stor hibrid pertamanya di Puchong yang ditujukan kepada pengendali perniagaan, perkhidmatan makanan, HoReCa, organisasi amal dan pengguna. 


Lotus’s Puchong bersaiz 5,000 meter persegi beroperasi dengan wajah baru selepas selesai menjalani 20 minggu kerja pembaikannya dan kini dipenuhi dengan lebih daripada 13,500 barisan produk termasuk 600 barisan HoReCa seperti komoditi, keperluan memasak, produk segar, produk pembersihan rumah dan makanan dalam tin.  


“Stor ini merupakan momen yang penting untuk jenama kami, membolehkan kami melayani segmen pasaran baru seperti operator perniagaan dan HoReCa, sambil kekal melayani pelanggan setia kami. 


“Bersama dengan susunan lantai yang luas, kelengkapan peralatan baru dan pilihan produk HoReCa, kami juga mempunyai dua kaunter pembayaran yang khas dan perkhidmatan pra-pesanan untuk pembelian pukal,” ujar Neil Gurusamy, Pengarah Eksekutif Operasi di Lotus Malaysia pada majlis pelancaran Lotus’ Puchong baru-baru ini.



Menurutnya, matlamat utama stor ini ialah memastikan bahawa pelanggan mengalami tahap keselesaan, kemudahan dan nilai yang luar biasa.


Sebagai tanda penghargaan, promosi istimewa yang diberikan kepada pelanggan pada hari berkenaan termasuk ayam segar seekor pada harga RM2.99 / kg (terhad kepada 1,000 pelanggan pertama dari jam 8pg – 10pg), sepapan telur kelas C pada harga RM5.99 (terhad kepada 1,000 peti dari 10pg – 12pg), Philips TV 32-inci serendah RM399 dan pelbagai promosi hebat lain yang ditawarkan sehingga 4 Ogos 2024.


Mengikut slogan pelancaran “Beli Lebih Untung Lebih”, stor hybrid ini menawarkan harga rendah nilai tinggi untuk barangan terpilih apabila dibeli dalam jumlah yang besar.


Membawa keseronokan kepada pelanggannya, Lotus’s telah mengatur pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat di Lotus's Puchong:


  •  PERCUMA Beg Goody dan Baucar Hadiah Lotus's bernilai RM20 dengan         perbelanjaan minimum RM50 dan ke atas.
  •  Demonstrasi makanan secara LIVE oleh chef jemputan dan pensampelan     makanan pada 1 Ogos 2024.
  •  Sesi Cabutan Bertuah dengan perbelanjaan minimum RM120.
  •  Aktiviti untuk memenangi produk Lotus's Own Brand dan Baucar Hadiah   Lotus's berjumlah sehingga RM3,000.
  •  Persampelan makanan dan minuman percuma
  •  Apron edisi terhad Lotus’s untuk pelanggan perniagaan baru yang mendaftar   dari 1 –    14 Ogos 2024
  •  Baucar RM50 untuk ahli My Lotus’s dengan perbelanjaan RM600 dari 1-14   Ogos 2024
  •  Diskaun RM1 untuk setiap 200 mata ganjaran My Lotus’s semasa   pembayaran 



Sementara itu, pelanggan bersama ahli keluarga juga boleh  mengambil bahagian dalam pertandingan Sukan Nintendo Switch di Tingkat 1, apabila mereka membelanjakan minimum RM30 di mana-mana penyewa atau pasar raya Lotus’s dari 1-11 Ogos. 



Petting Zoo juga disediakan di Tingkat G, dari 1-4 Ogos dan 10-11 Ogos 2024.


Untuk memeriahkan lagi suasana pelancaran stor hibrid pertamanya, Lotus’s juga menjemput wakil-wakil media ke acara Media Scavenger Hunt eksklusifnya untuk amal. 



Acara ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1,300-kilogram barangan makanan utama seperti beras, bihun, biskut, minyak masak, minuman panas, mi segera, produk makanan segar dan makanan dalam tin untuk sumbangan #KitakanJiran Lotus’s kepada the Food Aid Foundation, yang diwakili oleh Pengurus Program dan CSRnya, Muhammad Izzul Izham Mohammad Nordin. 


Muhammad Izzul memberitahu, barangan yang diberikan akan diserahkan kepada enam rumah kebajikan untuk penyediaan masakan berkhasiat bagi komuniti yang memerlukan.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai stor hibrid Lotus’s Puchong, lawati halaman Facebook rasmi Lotus’s di https://www.facebook.com/LotussMalaysia atau klik DI SINI.


Pelanggan perniagaan boleh menghubungi Pasukan Jualan di Lotus's Puchong di nombor telefon +6014 937 1180 (Ranjis), atau bertanya pada kaunter perkhidmatan pelanggan yang terletak berhampiran pintu masuk stor Lotus’s Puchong.



#LotusPuhong #FoodAidFoundation #StorHybrid #BeliLebihUntungLebih #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan