MALABAR GOLD & DIAMONDS PERKENAL KOLEKSI 'MERDEKA', PILIH REKAAN CORAK 'BUNGA RAYA'!
RASANYA Kak Fas dah tak perlu perkenalkan lagi gedung barangan kemas, Malabar Gold & Diamonds waima ini kali ke empat Kak Fas berkesempatan dijemput ke beberapa acara yang diadakan, jadi pasti sudah ada yang membacanya.
Kali pertama pada awal Januari 2023 ketika Malabar Gold membuka cawangan baharu di Ampang Point (klik LINK ini) disusuli pelancaran koleksi Nour pada bulan Disember. (klik SINI.)
Seterusnya pada bulan Februari 2024 diperkenalkan pula hiasan barang kemas ‘Pengantin India ( LINK INI) dan terkini sempena bulan Kemerdekaan, Malabar Gold & Diamonds tidak ketinggalan meraikan Hari Merdeka dengan melancarkan barangan kemas serta berlian dari koleksi Nuwa pula.
Pendek kata, Malabar Gold & Diamonds yang telah berada di Malaysia sejak 2015 dengan sembilan bilik pameran di seluruh Malaysia sentiasa aktif dalam membangunkan produknya mengikut musim sesebuah perayaan yang diraikan rakyat Malaysia.
“Tahun ini sempena Merdeka kami memperkenalkan koleksi emas dan berlian bertemakan hari bersejarah itu dengan mengambil insipirasi ‘Bunga Raya’ sebagai salah satu daripada desain untuk barang kemas,” ujar Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malabar, Yasheedah Yasai (gambar bawah, dua dari kiri) ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Merdeka yang disempurnakan oleh Ketua Cawangan, Malabar Gold & Diamonds-Malaysia, Nijeesh Parayil (lima dari kanan) di kedai Malabar Gold & Jewellery, Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Wilayah Fareast, Ajith Murali (lima dari kiri) serta barisan pelanggan setia Malabar Gold yang menggayakan barangan kemas Malabar Gold dalam pakaian tradisional melambangkan budaya Malaysia.
Berkongsi lanjut, Yasheedah memberitahu, Malabar Gold menyediakan kira-kira 120 desain koleksi emas serta 30 set baharu bagi koleksi NUWA.
“Menariknya produk kami eksklusif kerana setiap desain mempunyai dua koleksi sahaja dan berharga dari serendah RM2k hingga RM54k bergantung pada berat emas dan berlian yang menghiasinya,” jelas Yasheedah.
Dan sempena jualan eksklusif 67 tahun Kemerdekaan, Malabar Gold & Jewellery menawarkan baucer tunai percuma bernilai RM200 bagi pembelian RM6,000 ke atas barangan berlian dan permata.
“Selain itu kami menawarkan baucer tunai RM100 bagi pembelian RM3,500 ke atas,” sambung Yasheedah.
Dalam pada itu jelasna, potongan sifar (0%) ditawarkan bagi pertukaran barangan emas 916 lama manakala 0% juga untuk pelanggan yang menggunakan pelan bayaran ansuran selama 6 atau 12 bulan menggunakan kad kredit Maybank, Public Bank dan Standard Chartered Bank.
Sementara itu, menyakinkan kualiti produk dan jaminan kesemua koleksi barang kemas yang dibeli dari Malabar Gold & Jewellery, Nijesh berkata, “keistimewaan tawaran di Malabar Gold & Diamonds ialah pembelian balik 100 peratus tanpa susut barangan emas atau berlian yang dibeli”.
Tambahnya, tawaran 100 peratus tanpa susut nilai diberi kepada barangan emas lama pelanggan yang di beli dari mana-mana kedai lain dengan pembelian barangan berlian.
“ Maksud kami jika pelanggan ingin menukarkan balik barangan emas lama mereka, Malabar akan membeli balik barangan emas lama dengan potongan hanya 8 peratus,” ujar Nijesh selari dengan sloganya, ‘Janji Malabar’.
Sambungnya, jika pelanggan ingin mendapatkan tunai, potongan hanya lima peratus akan dikenakan untuk barangan yang dibeli di Malabar Gold & Diamonds.
#MalabarGold&Diamonds #JanjiMalabar #BarangKemas #Berlian #Merdeka #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan