NUH TRAVEL & TOURS LAKAR SEJARAH JALIN KERJASAMA BERSAMA SAUDIA, EMIRATES DAN DUBAI TOURISM!
SELARI dengan namanya yang berdasarkan kepada bahtera Nabi Nuh, penubuhan Nuh Travel and Tours yang diasaskan pada Februari 2019 maju setapak dengan terlaksananya kerjasama strategik bersama dua syarikat penerbangan ternama, Saudia dan Emirates serta pihak Dubai Tourism untuk membangun dan memantapkan pakej Umrah dan Pelancongan Muslim.
Dengan kerjasama tersebut, Nuh Travel mensasarkan 1,200 jemaah dapat diperoleh dalam tempoh setahun pada 2025.
“Dalam pada itu pada keselurahannya termasuk pakej pelancongon Muslim kami sasarkan dapat mencapai 6,000 pelanggan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Nuh Travel & Tours, Hj Abdul Halim Aliumar ketika ditemui pada sesi temubual bersama media selepas acara menandatangani perkongsian strategik kembara muslim dan umrah serta pakej menarik ke beberapa lokasi bersejarah bertempat di Hotel Royal Chulan Damansara baru-baru ini
Kerjasama bersejarah itu menyaksikan dua acara berasingan dilangsungkan serentak bermula dengan majlis perkongsian strategik untuk pelancongan muslim & umrah serta pakej ziarah lawatan bersama Saudia dan Saudi Tourism Authority yang diwakili oleh Ketua Bahagian Jualan Saudia Malaysia, Azman Hamid.
Turut bersama Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel, Mohammad Adam Jalalel Din dan Ustaz Imam Muda Hassan selaku 'wajah' Nuh Travel.
ARIF menandatangani kerjasama strategik mewakili Emirates bersama Nuh Travel & Tours, Abdul Halim dan Mohammad Adam (kanan). FOTO: Menggunakan peranti OPPO Reno12 Pro 5G. |
Manakala acara kedua menyaksikan kerjasama antara Nuh Traval dan Emirates serta Dubai Tourism diwakli oleh Pengarah Mal Central Travel, Arif (gambar atas, depan, kanan) dan Pengurus Pemasaran, Perdagangan Perjalanan, Acara Perniagaan Dubai, Olive Ng (gambar bawah, kanan).
Berkongsi lanjut kata Abdul Halim, pihaknya tidak mahu mengambil terlalu ramai jemaah kerana komited untuk menjadikan pakej pelancongan yang ditawarkan Nuh Travel komprehensif dan tersusun.
“Moto kami, "Dream, Explore, Discover," mencerminkan dedikasi kami terhadap peningkatan berterusan dalam perkhidmatan dan bimbingan yang kami sediakan kepada pelanggan kami,’ Abdul Halim menyakinkan.
Dari kiri: Abdul Halim dan Mohammad Adam. |
Menyambung lanjut, Mohammad Adam berkata, kerjasama yang terjalin tersebut merupakan satu langkah signifikan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan Nuh Travel, sambil menawarkan produk pelancongan dan umrah ziarah yang lebih kompetitif dan sesuai untuk semua lapisan rakyat Malaysia.
“Inisiatif ini direka khas untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim dengan lebih baik dan menyeluruh,” jelas Mohammad Adam.
Sementara itu, dalam usaha mempromosikan perjalanan ke tanah suci mahu pun pakej pelancongan bersama Saudia, Azman Hamid memaklumkan penerbangan Saudia merupakan satu-satunya pesawat yang menyediakan ruang untuk solat.
Wah! Sejujurnya ini pertama kali Kak Fas dimaklumkan ada penerbangan yang menyediakan ruang untuk solat. Tentu memudahkan jemaah yang lebih selesa bersolat secara jemaah. Menarik kan?
“Kami mempunyai ruang solat yang boleh memuatkan tiga orang bersolat jemaah sekali gus dalam keadaan selesa namun jika orangnya bertubuh kecil ia boleh juga memuatkan lebih dari tiga mengikut kesesuaian,” jawab Azman (atas) apabila diajukan soalan kapasiti muatan ruang solat di dalam pesawat.
Sehubungan itu, Abdul Halim menambah, “Kerjasama ini akan memberi pelanggan kami peluang untuk menikmati pengalaman yang lebih menyeluruh dalam menunaikan ibadah umrah dan melawat Saudi melalui pakej baharu kami, 'Lawat Saudi 6 Kota’.
Pakej ‘Lawat Saudi 6 Kota’ direka untuk memberikan jemaah umrah peluang melawat tempat-tempat bersejarah dan sirah paling terkenal di Saudi seperti Mekah, Madinah, Jeddah, Badr, Al-Ula dan Taif.
Menurut Abdul Halim, sempena MATTA Fair yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 September di MITEC, Nuh Traval & Tours akan mengambil 8 booth dan menawarkan pelbagai promosi menarik, antaranya seperti pakej umrah 6 Kota Saudi bermula dari RM7,990 dengan penerbangan Saudia.
“Selain itu kami juga membuka Pakej Umrah Ziarah Milan + Switzerland bermula dari RM12,990 dengan penerbangan Saudia, termasuk penginapan di Menara Jam di Mekah dan peluang untuk lawatan percuma ke Mount Titlis bernilai RM600,” tambah Abdul Halim.
Di samping itu lagi, mereka yang hadir ke Matta Fair berpeluang menikmati tawaran dua lagi pakej menarik iaitu pakej Umrah Ziarah Dubai bermula dari RM8,090 termasuk lawatan ke Kota Dubai dan penginapan di hotel Menara Jam di Mekah yang mana pakej ini menggunakan penerbangan Emirates.
“Manakala yang ingin mengambil Pakej Pelancongan Muslim Swiss-Milan boleh memperolehnya dengan harga bermula dari RM6,990 bersama penerbangan Emirates,” tambah Abdul Halim.
Bagaimana pun, jelasnya, promosi yang ditawarkan sempena Matta Fair tersebut akan berakhir pada 9 September dan tempat adalah terhad.
“Jika tidak sempat atau enggan berebut dalam keadaan sesak di Matta Fair di MITEC, mereka yang ingin menempah pakej yang menawarkan potongan tersebut dengan penerbangan sah sehingga Disember 2025 boleh membuat tempahan melalui laman sesawang www.nuhtravel.com.my. atau berhubung dengan wakil jualan secara dalam talian.
Mengenai pakej pelancongan umarah ziarah ke kota Dubai, Abdul Halim memberitahu ia merupakan satu pakej yang boleh dinikmati oleh jemaah yang membawa anak-anak.
“Umrah Ziarah Dubai, menawarkan jemaah pengalaman yang memenuhi keperluan ibadah dan juga kehendak melancong bersama keluarga” akhiri Abdul Halim sambil yakin kerjasama bersama Saudia, Emirated dan Dubai Tourism melengkapkan satu langkah signifikan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan Nuh Travel, sambil menawarkan produk pelancongan dan umrah ziarah yang lebih kompetitif dan sesuai untuk semua lapisan rakyat Malaysia, khususnya untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim dengan lebih baik dan menyeluruh.
Info lanjut layari nuhtravel.com.my atau klik LINK INI.
#UmrahZiarah #NuhTravelTours #Saudia #Emirates #MattaFair #Pelancongan #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan