PERTANDINGAN POTATO BREAD CHOMPDOWN DAPAT SAMBUTAN MERIAH DI AEON SHAH ALAM!
BENAR kata peribahasa, ‘kecil-kecil cipi padi’ kerana begitulah yang dapat Kak Fas katakan terhadap pemenang yang berjaya membawa pulang baucer hadiah Aeon bernilai RM3,000 apabila dalam masa 3 minit 39 saat, Che Wan Kan dari Pulau Pinang menjuarai pertandingan memakan 40 keping roti kentang dalam masa 15 minit.
Kejayaannya itu membuktikan tubuh badannya yang kecil dan kurus bukan penghalang untuk mengalahkan 9 peserta akhir lain yang terpilih beraksi di acara kemuncak Grand Finale Potato Bread Chompdown yang berlangsung di AEON Mall, Shah Alam baru-baru ini.
Ia diadakan sempena ulang tahun yang ke-40, pusat membeli-belah terkenal AEON beroperasi di Malaysia, yang mana pertandingan Potato Bread Chompdown merupakan antara aktiviti sosial yang diadakan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia AEON selama ini.
Merupakan initiatif AEON Store, AEON Delicatessen dan La Bohame, pertandingan tersebut sebenarnya bermula sejak April lalu dijalankan di 33 cawangan AEON Store seluruh negara melibatkan dua saringan,
Pada saringan pertama, Pertandingan Makan Roti Kentang telah berjaya diselesaikan di semua 33 kedai pada April dan Mei 2024. 10 peserta yang terpilih kerana kepantasan mereka memakan 3 keping roti kentang daripada setiap kedai dipilih untuk meneruskan cabaran ke peringkat kedua.
Dan pada peringkat kedua, 10 peserta yang mengambil bahagian perlu memakan 20 ketul roti kentang dalam masa 15 minit dan pemenang terpantas mendapat hadiah baucer Aeon RM300 manakala 9 peserta lain mendapat RM50.
Seterusnya di peringkat akhir sekali lagi cabaran diteruskan cuma daripada 10 finalis yang terpilih cuma 9 yang hadir bertanding di AEON Shah Alam dengan kemenangan berpihak kepada Che Wan Kan dari Pulau Pinang. Terdahulu, Wan Kan mencatat masa 3.01 minit pada saringan kedua dengan memakan 20 ketul roti.
Peserta lainnya menerima hadiah baucer sagu hati bernilai RM200 setiap seorang tetapi yang pasti tentu perut masing-masing kekenyangan.
Berikut nama sembilan peserta yang menerima sagu hati:
1 MUHAMMAD SHAIFULDIN dari Melaka sebelumnya mencatat masa 2.01 minit.
2 MUHAMAD ASRUL FIKRI - dari Bukit Mertajam - 2.07 minit
3 KHO HAI CHUN - Bukit Mertajam - 2.08 minit
4 SATHIA SEELAN A/L PULINGGAM - Bukit Mertajam - 2.17 minit
5 AZWIN JULIANTO B. ABBAS - Johor - 2.43 minit
6 IBNUL - Selangor - 2.59 minit
7 AZIM SHAH - Negeri Sembilan - 3.01 minit
8. AZDI - Selangor - 3.03 minit
9. ZACK ADZRY - Selangor - 3.12 minit.
Bayangkan dalam perut dipenuhi roti kentang. Kak Fas yang ‘try’ seketul dua roti yang dipamerkan untuk dirasai pun hanya sempat habis satu. Nak cuba juga rasa ketiga-tiga perisa yang ada di situ - iaitu ‘original’, ‘strawberi’ dan ‘cokelat’ tetapi sempat rasa roti cokelat sahaja.
Cuma yang kelakarnya Kak Fas tertipu.,, ingatkan dalam roti gebu itu berisi cokelat atau strawberi tetapi cuma atasnya sahaja dicalit rona berkenaan menandakan perisi roti pilihan…
Apa pun kelembutan dan gebunya roti tersebut memang puas di makan lebih-lebih lagi jika ada kopi untuk dicelup sebab Kak Fas memang suka makan roti celup kopi ke teh ke milo ke apa apa sahaja lah janji dicelup hihi.
Kemeriahan acara bukan sahaja melihat aksi peserta yang perlu memakan roti tergesa-gesa dengan sebelah tangan tetapi acara sampingan lain untuk pengunjung tidak kurang menariknya apabila diadakan sesi soal jawab untuk mendapatkan hadiah.
Apa hadiahnya?
Tentulah roti juga tetapi bersama dua pek manisan Jepun iaitu ‘Mochi’.
Apa pun yang pasti melihat kepada sambutan pengunjung yang turut menyokong dan memberikan semangat kepada semua peserta secara tidak langsung selari dengan keharmonian dan perpaduan yang menjadikan Malaysia sebuah negara madani yang aman damai!
#AEONShahAlam #PotatoBreadChompdown #RotiKentang #Pertandingan #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan