Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PESTA CITARASA SAMBAL KEMBALI DI FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA !


SIAPA
suka makan sambal belacan? Sambal antara penyelera ‘wajib’ yang mampu menaikkan selera pemakanan. 


Tidak lengkap rasanya makan nasi berlauk tanpa sambal setuju tak?


Kelainan rasanya bergantung kepada resepi setiap pembuatnya malah boleh dikatakan walau pun namanya masih disebut sambal tetapi setiap negara mempunyai cara dan rasanya yang tersendiri.


Sehubungan itu, memang tepat apabila adanya Pesta Citarasa Sambal  (TOSFE)  anjuran Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD) kembali buat kali ketiga, sekali gus bakal memperkenal Galeri Sambal Warisan sempena Festival Permainan Malaysia (FPM) 2024 (FPM@KL 2024).


Penganjuran yang turut mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dibuka sepanjang tiga hari festival berlangsung dari 14 September 2024 di Dataran Merdeka.


“Lebih menarik, buat julung kalinya TOSFE akan memperkenalkan Galeri Sambal Warisan yang akan mempamerkan sambal yang telah diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) sebagai makanan warisan,” ujar Pengerusi PSWAD, Azmi Jaffry pada pra pelancaran TOSFE yang disempurnakn perasmiannya bersama Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan) JKKN, Mohd Radzi Omar di sebuah hotel di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.


DARI kiri: Mohamad Muda, Mohd Radzi, Nariko dan Azmi.


Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda BahadinKetua Pegawai Jualan & Pemasaran Ajinomoto Berhad, Nariko Fijimoto; Pengarah JKKN WP Kuala Lumpur, Hidayatul ‘Ein Mohamad Azmi; Presiden Persatuan Sukan Tradisional Malaysia (SUTRA), Mohd Radzuan Abu Samah yang mewakili pihak penganjur utama program FPMSKL 2024 dan .


Berkongsi lanjut, Azmi memaklumkan galeri sambal yang dinamakan sebagai Warong Aji itu ditaja oleh jenama pengeluar penambah perasa, Ajinomoto yang akan mempamerkan sembilan (9) jenis sambal, diiktiraf JWN mengikut tahun dan negeri masing-masing. 


“TOSFE merupakan salah satu platform mempromosi sambal sebagai salah satu produk pelancongan makanan. Pada pesta yang lepas, kami berjaya mengumpul usahawan-usahawan sambal bagi mempamerkan lebih 100 jenis sambal selain jualan produk berasas serta berkaitan sambal. 



“Namun, kali ini, kami membawa kelainan dengan memberi ruang kepada pengunjung untuk melawat Galeri Sambal, Warong Aji yang akan menampilkan replika sambal yang diperbuat daripada silikon,” tambah Azmi.


Jelas beliau, tahun ini, Malaysia telah meletakkan Nasi Lemak, Teh Tarik dan Roti Canai sebagai pencalonan bagi pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia. 


Sehubungan itu katanya, TOSFE akan mempamerkan ketiga-tiga makanan ini dalam satu sudut Sarapan Malaysia di dalam galeri tersebut sebagai tanda menyokong usaha MOTAC memastikan hidangan tradisional rakyat ini diiktiraf sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia. 


Di setiap pameran produk tersebut terdapat info lengkap berkaitan produk yang didapati daripada Jabatan Warisan Negara. 



“Antara tarikan utama galeri terletak  di gerai teh tarik di mana pengunjung boleh bergambar dengan aksi seperti membuat teh tarik yang diperbuat daripada silikon,” sambung Azmi sambil memaklumkan TOSFE turut memberi ruang kepada para artis yang mempunyai produk sambal seperti Datuk Khatijah Ibrahim dan Ezlynn yang akan turut serta  menjual produk sambal mereka di reruai artis. 


Selain itu TOSFE tidak melupakan golongan asnaf dan OKU apabila mereka juga diberi peluang menjana pendapatan dengan menjual produk sambal sendiri atau menjadi agen produk sambal keluaran artis seperti Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Nadia Mustafa tanpa sebarang bayaran dan diberikan komisen hasil jualan tersebut. 


Dengan kerjasama NGO dan Yayasan Wilayah Persekutuan, golongan asnaf dan OKU berkenaan diberi sumbangan barangan keperluan dan wang tunai. 



TOSFE turut mendapat sokongan beberapa NGO antaranya Persatuan Anak Melayu Johor, Karwayan, BUMTRA, PERTIMA serta agensi pelancongan untuk membawa pelancong ke acara tersebut. 


PSWAD turut berharap inisiatif Galeri Sambal ini tidak hanya terhenti di TOSFE sebaliknya persatuan ini dapat meneruskan jelajah ke seluruh Malaysia untuk mempamerkan sambal yang telah diiiktraf oleh JWN sebagai Makanan Warisan Negara,” akhiri Azmi.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Mohd Radzi Omar menokong pentingnya acara seperti TOSFE  dalam mempromosikan warisan sambal tempatan sebagai salah satu makanan tradisional yang perlu dikekalkan demi generasi akan datang sekali gus  memperkukuhkan identiti budaya Malaysia. 



#TOSFE #PSWAD #GaleriSambal #WarongAji #UNESCO #FPMSKL2024 #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan