Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PROGRAM SANTAI SENI @TAR SAKSIKAN PELANCARAN DUA ACARA!



PROGRAM
Santai Seni @TAR' anjuran DBKL dengan kerjasama persatuan KARYAWAN di bawah pimpinan Presidennya, Dato Freddie Fernandez meneruskan agenda hiburan jalanan santai secara percuma yang diadakan setiap minggu kedua dan minggu ke empat setiap bulan.


Kali pertama untuk bulan Ogos ini, KARYAWAN mengisi program dengan dua acara serentak iaitu pelancaran single vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat serta memperkenalkan barisan pemain Kelab Bolasepak Karyawan sekali gus melancarkan jersi rasmi pasukan bolasepak terbabit.



Bertempat di hadapan panggung wayyang ikonik, Coliseum, majlis pertama menyaksikan pelancaran single “Majnun’ nyanyian Azmi Saat oleh Freddie Fernandez bersama Pengurus Besar Media Asia Production Sdn Bhd  atau MAP MUSIC, Azri Osman dan Ketua Unit CATS DBKL, Fauzi Ahmad.


Majnun’ merupakan lagu terbaharu  nyanyian Azmi Saat terbitan MAP MUSIC setelah dua tahu menyepi tanpa lagu solo. 


Ia menceritakan kisah cinta terhalang yang dilalui ‘Majnun’ sebagaimana yang dipaparkan dalam filem ‘Laila Majnun’.



“Majnun tu dalam bahasa Arab sebenarnya bermaksud ‘Gila’ tetapi bukan bermaksud 'Laila Gila' kerana Majnun adalah nama lelaki yang dicintai Laila tetapi disebabkan cinta terhalang lelaki itu digelar Majnun atau ‘gila’,” cerita Azmi dalam ketawa kecil seterusya menyampaikan lagu ‘Majnun’ secara live.


Program Santai Seni @TAR kemudian diteruskan dengan Freddie mengumumkan keaktifan semula Kelab Bolasepak Karyawan atau ‘Karyawan Football Club’ diketuai penyanyi Hairee Kool selaku Kapten dan Koordinator Pasukan.


“Dahulunya Karyawan mempunyai biro sukan yang agak aktif dan telah menerima pelbagai pelawaan bagi perlawanan persahabatan dari Semenangjung hingga ke Sabah Sarawak, terutamanya pasukan bolasepak dan bowling, namun lanya terhenti agak lama disebabkan pelbagai keadaan terutamanya sewaktu pendemik beberapa fahun dahulu. 


“Hairee Kool datang berjumpa menyarankan agar pasukan bolasepak diaktifkan kembali dengan mengemukakan barisan pemain hebat yang terdiri dari para selebriti. Dalam masa yang sama kami turut menjemput rakan-rakan rapat Karyawan yang terdiri dari ikonik bolasepak Negara iaitu Dato Dollah Salleh, Dato Subadron Aziz dan Faiz Subri “PUSKAS” sebagai penasihat pasukan.” ujar Freddie yang tidak ketinggalan mengenang Allahyarham Dahlan Zainuddin yang katanya, antara pencetus tertubuhnya pasukan bolasepak Karyawan.



“la satu  kombinasi yang hebat dan gah bagi pasukan ini, “ tambah Freddie sambil berharap dengan tertubuhnya kembali Kelab Bolasepak Karyawan ia dapat merapatkan lagi ukhwah sesama ahli selain menjaga kesihatan sekali gus memberi peluang peminat untuk bertemu artis kegemaran masing-masing di padang bola.


Sehubungan itu, majlis pelancaran jersi pasukan tajaan Panca Abadi Automobil Sdn Bhd diteruskan dengan sumbangan selipar premium ANH.


““Nak tengok Johan Raja Lawak, Anye Yassin dan rakan-rakan artis lain buat “lawak" gelecek bola, silaiah jemput Karyawan Football Club" sambung Hairee Kool dalam kata-kata ringkasnya sambil  mengumumkan  21 nama barisan pemain Kelab terdiri dari antaranya Meerqeen, Lan Zailan, Riot Kool,  Aidil Aziz,  Osam Yamani, Hasnol, Shah Slam dan ramai lagi.



Dalam pada itu Dollah Salleh, Subadron Aziz dan Faiz Subri akan bertindak sebagai pemain ‘cameo’ selain sebagai penasihat pasukan, jelas Hairee.


Bagi sesiapa yang ingin menjemput pasukan Kelab Bolasepak Karyawan bagi perlawanan persahabatan boleh menghubungi terus Koordinator pasukan iaitu Hairee Kool di talian 011-64595069 atau Freddie di talian 012-2071400. 


“Kebiasaannya kami akan mengenakan fee dalam kadar tertentu sebagai bayaran token kepada pemain selebriti ini dan beberapa persen akan dimasukkan ke Tabung Kebajikan Karyawan , bagi membantu artis yang uzur dan menghadapi masalah” ujar Freddie.


“Kami mahu terus berseni dengan badan yang lebih sihat,” akhirinya penuh semangat.



Program Santai Seni @TAR diserikan dengan persembahan daripada penyanyi Ebadey Jackson atau nama sebenarnya Ahmad Ebadey Ahmad Salleh.


Gelaran Ebadey Jackson sudah pasti tepat waima penyanyi ini banyak menyanyi dan menarikan tarian gaya Michael Jackson. Nyanyian beliau diringi oleh pemuzik daripada kumpulan Silvertone.



#Karyawan #KelabBolasepakKaryawan #SantaiSeni@TAR #SenimanJalanan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan