Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSIKAN 'DUA SYURGA DALAM CINTAKU' MULAI 29 OGOS, BAWA 'POLIGAMI' DALAM PERSPEKTIF BEZA!!


ADA babak ketawa, ada trajedi...ada menangis… namun ada terselit unsur dakwah yang perlu dihalusi erti disebaliknya oleh golongan wanita dewasa mahu pun generasi muda mengenai berpoligami dalam filem Indonesia ‘Dua Syurga Dalam Cintaku’ yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos 2024 ini.


Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang asalkan si suami berlaku adil dan saksama kepada semua isteri-isterinya dan bukan kerana nafsu nafsi semata.


Begitulah intipati atau mesej di sebalik filem yang diadaptasikan daripada novel terlaris di Indonesia karya Allahyarham Atho Al Rahman, ‘Dua Syurga Dalam CIntaku’ dan diterjemahkan ke layar perak oleh sutradara Kiki Nuriswan terbitan Cakrawala Pictures.


Pertama kali ditayangkan di Indonesia pada 21 Mac 2024 lalu, ‘Dua Syurga Dalam Cintaku’ kini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos. edaran oleh syarikat yang baru bertapak iaitu AD Interact International Sdn Bhd dan diedit mengikut kesesuaian penonton di Malaysia mahu pun di  Brunei di mana filem ini akan turut ditayangkan di sana.


Ia diibintangi wajah-wajah yang mungkin masih belum dikenali penonton Malaysia iaitu Yuki Kato, Aliff Alli, Keira Shabira, Early Ashyla, Iwan Burnani, Ivanka Suwandi, Azza Galedda, Nurul Anissa Hasanah, Cahya Arynahara, Irza Mahatir, Yugo Werner, dan Edy Tambudo.



Dan menariknya dalam durasi 111 minit filem ini mampu membawa bintang-bintang utamanya menjalani penggambaran di tanah suci Mekah, Madinah serta kawasan persekitarannya seperti di Taif selain di bumi Indonesia sendiri sekitar Jakarta termasuk di kampus Universitas Islam Negeri (UIN) dan Bogor.


“Filem ini memiliki tajuk yang sangat kuat dan bermakna. Dalam Islam, poligami dibenarkan dengan sebab-sebab tertentu. Filem ini mungkin akan memberikan perspektif yang berbeza mengenai isu poligami, dan membuka ruang untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang amalan ini,”  ujar Hilmy Othman (bawah, tiga dari kanan) selaku Pengarah Urusan AD Interact International Sdn Bhd (ADII Film) di malam tayangan perdana ‘Dua Syurga Dalam Cintaku’ bertempat di TGV ! Utama baru-baru ini.



Turut bersama memeriahkan majlis adalah Dato Hajah Rozanna binti Dato’ Hj Rahmat (lima dari kiri) selaku rakan kongsi ADII Film; pelakon Indonesia, Keira Shabira (tengah) mahu pun penyanyi dan pelakon Ezlynn (empat dari kanan) yang bersama sebagai tetamu jemputan.


Malah majlis diserikan dengan nyanyian lagu OST filem oleh penyanyi dan komposer lagu itu sendiri, El Alice (lima dari kanan) manakala blogger Budiey Isma (kiri sekali) bertindak sebagai pengacara majlis.


“Hasrat kami adalah agar para peminat filem di Malaysia dapat menerima dan menghargai karya ini. Kami berkomitmen untuk terus membawa variasi yang berbeza kepada penonton di Malaysia. Selain itu, kami juga bercita-cita untuk menerbitkan filem pada masa akan datang,”  tambah  Hilmy Othman.


Dua Syurga dalam Cintaku’ berkisarkan tentang Arham, seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti di Jakarta, yang terperangkap dalam situasi cinta yang rumit dengan dua wanita.


Arham mempunyai seorang sahabat sejak kecil bernama Husna di kampung halamannya di Bogor. Mereka saling mencintai dalam diam dan akhirnya, setelah dewasa, mereka mengakui perasaan mereka dan membuat keputusan untuk berkahwin. 


Namun, kehidupan mereka berubah apabila Husna disahkan menghidap kanser otak, dan doktor meramalkan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa yang tinggal. 



Arham, dengan penuh kasih sayang, berjanji untuk menemani Husna sehingga ke akhir hayatnya tetapi  Husna mempunyai pandangan yang berbeza. Dia meminta Arham untuk menamatkan pelajarannya terlebih dahulu, walaupun Arham berat hati untuk meninggalkannya. 


Dengan sokongan daripada keluarga Husna, Arham akhirnya bersetuju untuk kembali ke Jakarta dan menyelesaikan pengajiannya. 


Di tengah-tengah kesibukan menamatkan pelajaran, Arham secara tidak sengaja bertemu dengan seorang wanita muda bernama Zilka, yang sedang melarikan diri daripada beberapa orang yang mengejarnya. 


Zilka adalah seorang wanita yang terperangkap dalam dunia gelap, dan dia sedang cuba melarikan diri daripada bekas teman lelakinya, Erwin, yang sentiasa menghantuinya. 


Pertemuan dengan Arham memberikan Zilka harapan baru, dan dia berusaha mendekati Arham kerana dia percaya Arham boleh membantunya keluar dari kehidupan lamanya yang kelam tanpa mengetahui bahawa Arham sudah beristeri.


Mungkin kah cinta Arham beralih kepada Zilka atau Arham tetap setia kepada Husna?


Kak Fas tidak mahu menjadi ‘spoler’ dan memberitahu ‘endingnya’ namun Kak Fas percaya penonton akan menitiskan air mata menonton babak kesakitan dan cabaran yang ditanggung Husna antara rela dan paksa.


“Filem ini sesuai ditonton anak-anak muda yang sedang berhadapan dengan situasi sama malah akan lebih mengerti akan erti poligami dalam perspektif berbeza,” ujar Hajah Rozana yang berpendapat Islam membenarkan poligami walau pun diakui sebahagian besar daripada wanita tidak rela dimadu.



Mengakui pendapat tersebut, Ezlynn yang ditemui juga berpendapat walau pun poligami itu perit diterima namun beliau tetap akur dengan ketentuan Allah SWT jika ia ditakdirkan.


Sementara itu, Keira Shabira pula sebagai pelakon yang berhadapan situasi tersebut sebagai watak Husna yang akan meninggalkan dunia kerana kanser berkata,  “Memang sebagai perempuan saya pun tidak rela malah rasa mahu sahaja berantakan dengan Zilka yang mendekati Arham tetapi sebagai pelakon saya terima cabaran memegang watak itu dan memang sukar untuk menjiwai watak Husna, seorang wanita yang terpaksa menyerahkan suaminya untuk berkahwin."


Tentu anda tertanya-tanya kan apa yang mengubah hati Husna untuk menerima Zilka? 


Baik kah sebenarnya watak Zilka (lakonan Yuki Kato) ini walau pun sisi asalnya dalam filem tersebut digambarkan seorang gadis yang sosial dan bebas?


Nak tahu jawapannya ....jom ke pawagam pada 29 Ogos ini nanti ya… anak-anak muda yang gemarkan filem bergenre romantis pasti suka jalan ceritanya walau pun dari sisi penggambaran dan teknikel filem ini boleh diperingakatkan kualitinya.



#DuaSyurgaDalamCintamu #Ezlynn #FilemIndonesia #Poligami #AdiiFilm #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan