F&N LANCAR KEMPEN 'JOM SIHAT, KEKAL CERGAS' BERSAMA MYDIN!
FRASER & Neave Holdings Bhd (F&NHB) telah melancarkan kempen terbarunya, "Jom Sihat, Kekal Cergas," dengan kerjasama Mydin.
Kempen selama empat hari yang diadakan di Mydin USJ ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat, bersempena sambutan Hari Malaysia.
Kempen ini memfokuskan kepada gaya hidup seimbang dengan mendidik masyarakat tentang kepentingan membuat pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat.
Majlis pelancaran dihadiri Pengarah Eksekutif Mydin Mohamad Holdings Berhad, Ahimmat Mydin Mohamed; Pengarah Pengurusan (Minuman & Tenusu) F&N Malaysia, Jordan Ng Boon Leong; Pengarah Pemasaran F&N Malaysia, Leong Wai Yin dan Pengarah Jualan F&N Malaysia, Chan Pol Ling.
Turut hadir kemudiannya, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Mydin (gambar bawah, tengah).
Inisiatif F&NHB ini selaras dengan usaha syarikat untuk meningkatkan nilai pemakanan produk-produknya, termasuk minuman yang memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL), yang memastikan kandungan gula, lemak, dan garam yang dikurangkan tanpa menjejaskan rasa.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiliti 2023 mendedahkan bahawa hampir 2.3 juta rakyat dewasa Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya tiga penyakit tidak berjangkit (NCD), sementara lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia sedang bergelut dengan kemurungan, mndandakan keperluan mendesak untuk pendekatan kesihatan secara menyeluruh.
Melalui kempen "Jom Sihat, Kekal Cergas," F&NHB berusaha untuk menangani isu ini dengan menawarkan alternatif yang lebih sihat serta meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pemakanan yang baik.
Sehubungan itu, dengan mempamerkan produk-produk sihat yang membawa logo 'Pilihan Lebih Sihat' ia mencerminkan komitmen F&N untuk memenuhi kriteria nutrien yang ketat- dengan merendahkan kandungan gula, sodium dan lemak sambil meingkatkan ramuan bermanfaat seperti protin dan vitamin.
Sentiasa dengan falsafah "Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati' serta berpandukan Piagam Nutrisi tersendiri, F&N dengan bangganya mempersembahkan pelabgai rangkaian produk membolehkan pengguna mendapat maklumat lengkap dalam membuat pilihan makanan yang lebih sihat tanpa berkompromi dengan rasa.
Rangkaian ini termasuk minuman isotonik, teh, minuman Asia dan produk tenusu.
Majlis pelancaran turut menampilkan perkongsian oleh Leong Wai Yin, bersama Dr. Nur Aqilah Amalina Jaafar, Pensyarah Kanan di Universiti Putra Malaysia, serta Dr. Amanda Ellil, Pegawai Perubatan dan Pempengaruh Kesihatan, yang berkongsi pandangan tentang kepentingan membuat pilihan makanan yang bijak.
Dr. Nur Aqilah menekankan peranan penting pendidikan pemakanan dalam meningkatkan literasi pelabelan makanan di kalangan rakyat Malaysia.
"Nutrisi memainkan peranan yang kritikal dalam gaya hidup sihat dan pmilihan yang lebih bijak dalam diet seseorang boleh membawa impak yang signifikan kepada kehidupan rakyat Malaysia, Dengan adanya produk di psaran yang mempunyai Logo Pilihan Lebih Sihat seperti yang turut tertera pada rangkaian produk F&N.
"Pengguna kini boleh membuat pilihan makanan yang lebih sihat berdasarkan maklumat pada lebal. Perubahan dalam pemilihan makanan dan minuman seharian kita, meskipun hanya pada skala kecil, mampu mendatangkan manfaat besar kepada kesihatan jangka masa panjang kita," ulas Dr. Nur Aqilah.
DARI kiri: Dr. Aqilah dan Dr. Amanda.
Sementara itu, sependapat dengan beliau, Dr. Amanda Ellil turut menekankan kepentingan Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Logo tersebut membantu pengguna membuat pilihan lebih bijak dalam pemakanan mereka, dengan produk yang memenuhi kriteria nutrisi yang ketat. Penjagaan diet yang seimbang, aktiviti fizikal, dan pengurusan kesihatan mental adalah kunci kepada kehidupan yang lebih sejahtera," ujar Dr. Amanda.
Leong Wai Yin juga menegaskan bahawa kempen ini mencerminkan komitmen F&N untuk menangani cabaran kesihatan Malaysia dengan menawarkan minuman lazat yang memenuhi keperluan nutrisi pembeli.
"Kami bangga dapat menyediakan produk dengan Label Pilihan Lebih Sihat dan bekerjasama dengan Mydin untuk memudahkan pengguna mendapatkan produk yang lebih sihat," kata Leong.
Kempen ini turut menampilkan jenama seperti F&N, F&N Magnolia Milk, 100PLUS, F&N SEASONS, dan OYOSHI Green Tea, yang memperkenalkan manfaat-manfaat kesihatan daripada produk mereka kepada para pengunjung.
Untuk rekod, sejak 2004, F&N telah menurunkan indeks gula dalam produk mereka sebanyak 51% dan berkomitmen untuk memastikan bahawa 67% daripada minuman siap diminum serta produk tenusu mereka mematuhi garis panduan nutrisi menjelang 2025.
Ini selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan untuk mencapai sasaran Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III 2016-2025.
F&N juga telah memperkenalkan rangkaian produk "Zero Sugar," menggunakan pemanis alternatif seperti sukralosa.
"Kami amat menghargai inovasi ini sebagai alternatif lebih sihat untuk rakyat Malaysia," akhiri Leong Wai Yin.
Pendek kata, melalui kempen "Jom Sihat, Kekal Cergas," F&N bertujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada orang ramai agar memilih gaya hidup yang lebih sihat demi kesejahteraan masa depan.
#JomSihatKekalCergas #KempenF&NMydin #LogoPilihanLebihSihat #Produk #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan