Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALAYSIA KITA ROADSHOW MERIAH RAI HARI MALAYSIA DI SUNWAY PUTRA!


Siaran Media:


HARI Malaysia sememangnya menjadi detik bersejarah dan terpenting buat seluruh rakyat negara ini. 


Tarikh 16 September akan terus teguh dalam ingatan bagi meraikan kemajmukan dan perpaduan kita kecapi.


Universal Music Malaysia (UMM) dengan kerjasama Sunway Putra Mall, HotFM dan FlyFM (rakan radio), serta Pop Meals (rakan makanan dan minuman) tidak ketinggalan ingin hangatkan sambutan itu menerusi acara Malaysia Kita Roadshow.


Berlangsung selama dua hari pada 14 dan 15 September lalu, jam 10 pagi hingga 10 malam, di Main Concourse, GF, Sunway Putra Mall, pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk acara utama iaitu showcase lebih 30 artis tempatan terkemuka. 


Lebih istimewa, penghibur yang beraksi digabungkan dari label rakaman berbeza iaitu UMM sendiri, Def Jam Malaysia, Faithful Music, RUSA Music dan Alternate RecordsSyarikat-syarikat yang bukan calang-calang namanya.



Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim menyifatkan usaha menggabungkan artis dari pelbagai latar belakang untuk showcase terbabit adalah pendekatan unik. Ia menjadi bukti betapa indahnya Malaysia kerana kaya dengan nilai majmuknya. 


Malaysia Kita Roadshow adalah kombinasi unik artis serta penghibur yang ditampilkan di acara hebat selama dua hari itu bagi meraikan Hari Malaysia serta pamer kemajmukan mengagumkan dalam negara kita. Kami sedari nadi sebenar Malaysia adalah rakyatnya dan muzik satukan kita semua.


“Acara cukup bermakna di Sunway Putra Mall iaitu rakan kerjasama kami sanjungi itu adalah aktiviti ideal untuk dinikmati sempena cuti hujung minggu yang panjang ini. Barisan bakat hebat naungan UMM, Def Jam Malaysia, Faithful Music, RUSA Music, dan Alternate Records akan ditampilkan. 


“Inilah peluang keemasan untuk rakyat Malaysia terutama yang berada di Lembah Klang untuk hadir beramai-ramai, berhibur dengan persembahan, kibarkan bendera kita, peragakan pakaian tradisional, dan menikmati setiap aspek yang menjadikan Malaysia cukup istimewa,” katanya.



Pengarah Kanan, A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng pula berkata, Malaysia Kita Showcase membawa makna yang cukup besar dan mendalam. Khususnya buat industri hiburan tempatan bagi sama-sama menjulang muzik sebagai wadah menyatupadukan rakyat kita.


“Menjelang Hari Malaysia, keluarga Universal Music Malaysia sangat teruja untuk kongsikan muzik kami kepada ramai. Kami mengadakan khusus showcase istimewa untuk menyatukan dan meraikan kesungguhan kami terhadap muzik bersama barisan artis hebat kami,” katanya.


Barisan artis yang  menghangatkan pentas pada hari pertama iaitu 14 September adalah Anna & Hanna dari Universal Playground, Hariz Fayahet dan Puteri Khareeza (Alternate Records) Zel dan Keka Nizam (RUSA Music), A-Jin dan Madykit (Faithful Music), Ismail Izzani, Sophia Liana, KillaDriz, Asyraf Nasir, Yonnyboii dan Lil J (Def Jam Malaysia) serta Dj Ziqq.



Hari kedua iaitu 15 September pula menampilkan Anna & Hanna dari Universal Playground), Julia Duclos, Kat Roshan, Shi En, Elva, Nicole Lai, The Gadys, Nadia Rosli, dan ALVN (Universal Music Malaysia), Nabila Razali, HarsonBee, dan Ara Johari (gabungan bersama UMM), NAKI dan Mal Hamka (Faithful Music), Aqmal Ramdan dan Ika Mustafa (Alternate Records), serta HarsonBee (LY music).


Yang pasti, pengunjung bukan saja sekadar dapat menonton barisan penghibur itu beraksi atas pentas. Sebaliknya, mereka juga turut mengadakan sesi ramah mesra pada selama sejam dari 6.30 petang hingga 7.30 malam sebelum showcase bermula. 



Buat peminat yang ingin menemui artis kesayangan mereka lebih dekat, inilah peluang keemasan untuk mereka berbuat demikian. Tentu sekali, peminat enggan terlepas peluang bergambar atau bersalaman dengan artis pujaan mereka.


Satu lagi aktiviti yang menjadi tarikan utama acara itu adalah Pertandingan Mewarna Anna & Hanna khusus untuk kanak-kanak yang berlangsung pada 14 September, jam 3.30 petang. 


Pelbagai hadiah menarik tajaan Anna & Hanna bakal dimenangi. Pertandingan itu dibuka kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun yang mendaftar menerusi pautan disediakan Sunway Putra Mall di media sosialnya. Kertas serta peralatan mewarna juga turut disediakan sewaktu pertandingan.


Tidak ketinggalan, terdapat juga segmen ‘podcast’ yang membicarakan pelbagai topik khususnya berkaitan Hari Malaysia. Segmen itu tentunya menarik bagi pengunjung mendalami lagi keindahan mengenai negara kita.



#HariMalaysia #MalaysiaKitaRoadshow #SunwayPutraMall #UMM #Artis #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan