Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAMPUKAN SITI SALEHA DINOBATKAN 'OUTSTANDING ASIAN STAR' DI KOREA HARI INI?


HARI ini (Rabu) akan menjadi penentuan mungkin kah  pelakon wanita popular Malaysia, Siti Saleha bakal bergelar ‘Outstanding Asian Star’ atau ‘Bintang Asia Cemerlang’ pada malam Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 (SDA) sekali gus menundukkan pesaingnya dalam kategori sama dari enam negara lain yang bertanding.


Trofi ‘Outstanding Asian Star’ ditentukan melalui proses undian secara global dan kategori ini akan menampilkan tujuh pemenang daripada 6 negara iaitu Korea (Lelaki & Perempuan), Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia. 


Pemenang dipilih berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, dengan tempoh undian berlangsung dari 15 Jun 2024 hingga  14 Julai 2024 lalu.


Pencalonan yang diterima Siti Saleha berdasarkan kepada lakonan mantapnya dalam Tonton Original, melalui drama bersiri ‘SeOfis’ ternyata telah memikat hati penonton untuk menjadikannya calon pilihan utama pada majlis penganugerahan yang bakal dilangsungka pada 25 September 2024 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.


Melahirkan rasa terujanya dengan pencapaian yang tidak diduganya itu Siti Saleha bersyukur dan melahirkan rasa bertuah menerima sokongan yang begitu luar biasa dari peminat di seluruh Asia.


‘Saya harap pencalonan ini akan membuka lebih banyak peluang untuk saya serta rakan-rakan artis di Malaysia meneroka pasaran antarabangsa. Saya benar-benar rasa sangat terkejut dan tidak menyangka akan dicalonkan untuk kategori yang sangat besar seperti ‘Outstanding Asian Star,” komen Siti Saleha berhubung pencalonan tersebut.


Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, ‘Seoul International Drama Awards’ berperanan penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya melalui drama, dan kini menjadi platform global yang meraikan bakat-bakat dari seluruh dunia.


Bagi tujuan menghargai pelakon yang menyerlah dalam industri drama sepanjang tahun lalu, Trofi Outstanding Asian Star akan ditentukan melalui proses undian secara global melibatkan enam negara terbabit.



“Semua anak seni tanah air pastinya mengimpikan kemenangan di pentas antarabangsa tambahan berkongsi pentas yang sama bersama artis antarabangsa yang lain. Ini merupakan satu perkara yang besar dan membanggakan kerana kita bukan sekadar mewakili negara tetapi ia juga merupakan satu peluang untuk membuktikan bahawa bakat-bakat di Malaysia ini boleh mengembangkan sayap mereka di peringkat antarabangsa,” tambah Siti Saleha sambil berharap menerusi anugerah ini ia akan menjadi  satu titik permulaan bagi sesuatu yang lebih hebat.


Berada di kedudukan teratas dalam undian bagi kategori berkenaan, Siti Saleha berpendapat pencalonan yang diterima bukan sahaja menjadi kebanggaan untuk dirinya, tetapi juga buat industri seni tanah air.


Pendek kata, pencalonan pemilik bernama penuh, Siti Saleha Mohd Baharum, 34, ini membawa harapan besar negara dengan keunggulannya di peringkat antarabangsa dan ia juga memperkukuh lagi kedudukannya sebagai salah seorang pelakon terbaik di Malaysia. 


Khabarnya, jika diberikan peluang berlakon di luar negara waima di Korea sekali pun beliau akan menyahut cabaran itu malah sanggup belajar bahasa Korea jika itu yang diperlukan.



Siri SeOfis mengisahkan tentang cabaran dunia korporat menerusi pertembungan tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota. 


Drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat yang lain seperti Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad dan ramai lagi. 


Mungkinkah pemenang ‘Ratu Telenovela’  pada Anugerah Telenovela tahun 2023 akan mengharumkan nama negara di Seoul, Korea dan membawa trofi ‘Outstanding Asian Star’, kita sama-sama tunggu keputusannya pada 25 September 2024 nanti ya..


Apa pun tidak lama lagi, pemenang dua kali trofi Anugerah Pelakon TV Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (2020) dan ke-34 pada tahun berikutnya 2021 bakal sekali lagi tercalon dalam kategori Aktres TV Popular bersama 19 lagi calon hebat antaranya Anna Jobling, Fasha Sandha, Janna Nick, Mimi Lana, Nabila Huda dan Nadiya Nisaa pada ABPBH 2024, edisi ke-36 yang bakal diadakan pada 11 Oktober 2024 di Auditorium MBSA, Shah Alam.



#SitiSaleha #OutstandingAsianStar #SDA #ABPBH2024 #Korea #SeOfis #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan