QAYRA BEAUTY EMPIRE TERUS KOMITED JALANI PROGRAM CSR BANTU GOLONGAN KURANG MAMPU!
JENAMA produk kecantikan terkenal di Kelantan, Qayra Beauty menyalurkan sumbangan kepada lebih 300 penerima bantuan keperluan harian melibatkan kos lebih kurang RM30,000.
Antara barangan keperluan yang diberikan pada program CSR kedua Qayra Beauty sejak penganjurannya buat pertama kali pada Oktober tahun lalu meliputi pampers, beras dan barangan harian lainnya.
“Walau pun peruntukan bantuan melibatkan 300 orang tetapi selalunya yang datang melebihi 400 hingga 500 orang. Jadi yang tidak termasuk dalam senerai penerima kami tetap akan memberi wang tunai RM50 kepada setiap seorang,” dedah pengasas Qayra Beauty Empire, Noor Faqirah Abdullah, 29, ketika ditemui media pada majlis penyerahan sumbangan program CSR Bersama Qayra Beauty di Kota Bahru, Kelantan baru-baru ini.
Bercadang untuk terus menerus menganjurkan program CSR sekurang-kurangnya 2 hingg 3 kali dalam setahun, Noor Faqirah memaklumkan antara penerimanya adalah dari kalangan penduduk dari serata daerah Kota Bharu, Pasir Puteh, Pengkalan kubur, Tumpat dan Besut.
Menurutnya, tercetusnya idea menganjurkan program CSR timbul selepas memahami kesulitan ekonomi yang dialami masyarakat selepas berlakunya kenaikan harga barangan.
Suhubungan itu, dalam usaha menjayakannya, beliau mendapat sokongan bantuan daripada 25 leader dari Putrajaya, Bachok, Machang Kota Bharu, Ketereh dan beberapa lagi daerah .
“Mereka sanggup berkongsi rezeki yang diperolehi menerusi jualan dengan menggunakan sebahagian pulangan dan menyalurkannya kepada orang ramai,” tambah Noor Faqirah sambil memberitahu setekat ini Qayra Beauty mempunyai 8,000 usahawan di mana selain program CSR, pihaknya turut memberikan sebahagian hasil jualan bagi membantu sekolah Tahfiz seperti bayaran bil elektrik, van dan sebaginya.
“Tidak semua sumbangan yang kami berikan perlu diwar-warkan, yang penting kami sentiasa memberi apatah lagi keadaan ekonomi dengan kenaikan harga barang yang mendadak membuatkan ramai yang betul-betul susah dan golongan inilah menjadi sasaran bantuan kami,” tambahnya.
Untuk rekod, diam tak diam, Qayra Beuty Empire dah memasuki tahun ke 6 sejak beroperasi pada tahun 2018.
Bermula dengan perniagaan dari rumah ke rumah sebelum menyewa di Wakaf Che Yeh, Qayra Beauty kini melebarkan sayap perniagaan ke serata negara.
“Perjalanan perniagaan kami bermula dari bawah sebelum mampu menyewa kedai kecil dan akhirnya kini berjaya memiliki bangunan sendiri dinamakan Wisma Qayra Beauty,” kenang Noor Faqirah.
Paling membanggakan, mereka telah melancarkan produk terbaharu iaitu Herba Kurus Tradisi ( HKT) yang habis dijual hanya dalam tempoh 12 jam menerusi tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan para Leader Qayra Beauty.
Jelas Faqirah, sehingga kini ‘Leader’ tidak dibuka untuk semua kerana mereka hanya memeperuntukkan setiap daerah hanya miliki seorang leader bagi negeri Kelantan.
Untuk Negeri luar dari Kelantan setiap negeri hanya miliki seorang Leader bagi memberi tunjuk ajar dan membantu ejen jualan.
Setekat ini Qayra Beauty Empire memiliki 8 produk keluarannya antaranya seperti Herba Kurus Tradisi, Slimocha , Slimberry dan Slimnut, Maajun Premium, Slimming Girdle, serta produk untuk lelaki seperti kopi dan losyen.
Pernah mendapat jualan sehingga RM17 juta pada 2021 dan RM21 juta pada 2022, perniagaan Qayra Beauty tidak terlepas mengalami sedkit kemerosotan namun pertengahan tahun ini jualan produknya semakin meningkat dan membanggakan dengan jualan yang melebihi RM1 juta setiap bulan.
Menurut Noor Faqirah, beliau kini menumpukan kepada usaha bagi membantu Leader dan ejen-ejen menaikkan jualan.
“Kalau tengok produk lain nampak naik dan tak sampai setahun jatuh jadi saya dah buat kajian apa yang terbaik untuk ejen-ejen termasuk mengatasi isu lambakan stok yang akan menyumbang kepada isu permainan harga, bila barang melambak orang tak nampak value barangan itu sedangkan produknya berkualiti, dan perkara ini pernah berlaku pada saya iaitu pada tahun 2023. Oleh itu saya mula mengawal semula pengeluaran stok, hadkan pembelian pengguna mula nampak value produk yang tinggi dan bernilai,” jelas Noor Faqirah.
ANTARA produk Qayra Beauty yang popular.
Dalam usaha itu katanya, beliau perlu kekal walaupun permintaan sesuatu barangan itu tinggi.
“Qayra tak boleh lagi mengikut kata hati dan perlu jaga serta mengawal stok agar produk keluaran syarikat dapat terus kekal relevan sekaligus memastikan produk sentiasa mendapat permintaan tinggi dari pengguna,” tambah Faqirah yang lebih mesra disapa Qayra.
Sehubungan itu, Qayra kini mengehadkan pengeluaran produk kepada 20 ribu berbanding 50 ribu unit sebelum ini.
Selain mengatur strategi perniagaan yang berkesan, Qayra juga membantu team jualan dengan memberikan kelas secara percuma selain mengajar di Tik Tok, Kelas Shopee dan sebagainya di bangunan miliknya dengan lebih selesa tanpa perlu bersusah payah menyewa hotel atau dewan lagi.
Jelas Faqirah, kelas Shopee dan tik tok ini adalah sebagai salah satu usahanya inisiatif untuk kekal ‘on track’ memandangkan terdapat banyak perkara yang sentiasa berubah dan beliau mahu terus kekal berada dipasaran meski dihambat persaingan.
Ternyata strategi itu membuahkan hasil bilamana 100 ribu bagi keseluruhan produknya berjaya di jual setiap bulan.
“Ejen selalu nak jual produk viral sahaja, dan produk mereka berjalan dari mulut ke mulut. Kalau dulu orang tak kenal Qayra Beauty malah sebagai founder pun saya tidak dikenali namun saya tak kisah kerana bagi saya, saya lebih suka tak kenali berbanding produk-produk saya. Cukup saya di belakang tabir dan hingga sekarang orang tak kenal QB tapi lebih mengenali HKT, mereka lebih kenal brand dan saya selesa macam tu. Dan ada juga yang kata saya sombong tapi cubalah jumpa saya dahulu sebelum menilai saya sombong atau tidak,” ujar Qayra.
Beliau bagaimanapun enggan melayani cerita buruk tentang dirinya dan mahu menumpukan kepada perkara yang lebih penting iaitu usaha bagi menaikkan brand QB dengan sasaran market 18 hingga 50 tahun.
“Buat masa ini sekarang saya nak fokus pada produk yang sedia ada saja, dan cuma ubah dari segi packaging sebagai contoh HKT (Herba Kurus Tradisi) yang direbranding kepada Herba Kampung Tradisional,” akhiri Qayra penuh yakin.
#QayraBeautyEmpire #Produk #ProgramCSR #Leader #Kelantan #Usahawan #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan