RTM BERSIARAN LANGSUNG SAMBUT MAULIDUR RASUL 16 SEPT DARI PICC!
SEMPENA sambutan Maulidur Rasul iaitu hari yang sangat bermakna bagi umat Islam bagi memperingati hari kelahiran baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak seluruh umat Islam bersama-sama menyaksikan Siaran Langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."
Bakal bersiaran pada 16 September, bermula pukul 9.00 pagi dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran TV1 dan penstriman langsung di RTMKlik.
Di samping itu, turut disiarkan tiga buah telemovie khas dengan plot kisah berbeza namun dengan matlamat sama mengajak seluruh umat Islam mendalami dan menghayati sambutan istimewa ini.
Lebih menarik, drama-drama ini menampilkan barisan pelakon dikenali ramai iaitu Telemovie berjudul ‘Hidup dan Matiku’ yang akan bersiaran pada 14 September 1.30 tengah hari di TV1 serta telemovie, ‘Nur Muhammad’ pada 15 September 2024, 10 malam di tv OKEY manakala ‘Lafaz Terindah’ disiarkan pada 16 September 11.15 pgi di TV1.
TELEMOVIE: “HIDUP DAN MATIKU (14 SEPTEMBER I 1.30 TENGAHARI I TV1)
Latar cerita tentang Datuk Mazlan, Datin Jasmina dan anaknya, Nor Zara yang baru sahaja memeluk agama Islam. Namun begitu, Zara menghadapi masalah untuk menjalani cara hidup Islam kerana dia memeluk Islam bersebab. Datuk Mazlan dan Datin Jasmina ingin menunaikan umrah. Mereka juga sebenarnya sedang membuat kajian tentang projek Peta Dakwah di Kaherah. Tercapaikah hasrat Datuk Mazlan dan Datin Jasmina? Apakah yang terjadi dengan projek Peta Dakwah? Bagaimana pula dengan kehidupan Zara?
Pelakon: Adeline Tsen, Amar Asyraff, Adam Corrie Lee Abdullah, Catriona Ross dan Ryzal Jaafar.
TELEMOVIE: “NUR MUHAMMAD” (15 SEPTEMBER I 10.00 MALAM I OKEY)
Mengisahkan sepasang suami isteri yang telah 29 tahun mendirikan rumah tangga dikejutkan dengan berita si isteri hamil lima bulan disaat isterinya hendak memulakan persaraannya. Pelbagai persoalan bermain dimindanya bagaikan mimpi ngeri. Mampukah isterinya melahirkan anaknya? Berbagai cabaran terpaksa mereka hadapi empat bulan sebelum kelahiran, antaranya sifat cemburu dan buruk sangka terhadap suaminya dengan doktor yang merawatnya.
Pelakon: Mustapha Kamal, Aida Khalida, Mustaqim Bahadon, Reen Rahim dan Hamidah Wahab.
TELEMOVIE: “LAFAZ TERINDAH” (16 SEPTEMBER I 11.15 PAGI I TV1)
Menyiarkan kisah tentang watak utama Angie yang beragama Kristian mula mempelajari agama Islam. Hatinya terbuka untuk mendalami Islam bermula setelah melihat Ustaz Razif mengajar murid-murid di kelas. Perkara tersebut disedari oleh Azman, rakan sekerjanya. Azman terdetik hati untuk memberi bantuan tunjuk ajar mengenai agama Islam hingga Angie akhirnya diberi hidayah memeluk agama Islam atas bantuan lelaki itu. Akhirnya Angie berkahwin dengan Azman setelah isteri Azman, Suzanna mengizinkannya.
Pelakon: Zahiril Adzim, Nadiya Nisaa dan Daniella Sya.
Sementara itu, khas bagi meraikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September juga, RTM mengetengahkan kelainan dengan membawakan telefilem bertajuk “Tuan Raban Bansa” yang mengangkat warisan Iban Sarawak kepada seluruh rakyat Malaysia.
Disiarkan pada pukul 10.30 malam menerusi saluran Okey dan RTMKlik, telemovie yang menjalani penggambaran di Rumah Panjang Margertta Julau dan sekitar bandar Sibu, Sarawak ini mengisahkan Ngelai yang dipisahkan dengan keluarganya sejak dari kecil telah dibesarkan di bandar sehingga berjaya belajar hingga ke menara gading. Ngelai jatuh cinta dengan Muni seorang gadis bandar tetapi mendapat tentangan dari bapa Muni.
Ngelai telah dipanggil pulang ke rumah panjang asalnya untuk menggantikan tempat ayahnya sebagai tuai setelah kematian ayahnya yang dibunuh oleh adiknya sendiri angkara perebutan tanah.
Ketika kembali ke rumah panjang itu, Ngelai berjaya memajukan penduduk rumah panjang itu. Ciri-ciri kepahlawanan dan kepimpinan sebagai Tuai Raban Bansa telah terserlah pada diri Ngelai dan mengambil Melia gadis rumah panjang itu sebagai isterinya. Namun apakah kesudahan hubungannya dengan Muni?
Telemovie arahan Azmi Black FDAM ini menampilkan pelakon seperti Sylvia William, Charles May, Joshua Juan Che, Reuben Gomes, Syauqina Sopery dan Nur-Azmina Mazlan.
#RTM #OKEY #RTMKlik #MaulidurRasul #HariMalaysia #Telemovie #PICC #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan