Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMRAH TRAVEL LANCAR PAKEJ UMRAH/HAJI BAHARU, LANTIK ANITA 'DUTA KHAS' PEMASARAN!



JIKA ada kemahuan, di situ ada jalan…. segalanya bergantung kepada niat dan kehendak hati waima jika duit dalam simpanan pun cuma ada sekadar RM100 tetapi bila sudah diizinkan Allah SWT dan sudah sampai seru hadaplah segala rintangan dan terus tunaikan harapan…


Begitulah andainya gambaran yang dapat Kak Fas bayangkan apabila mendengar kata-kata semangat rakan seperjuangan yang sudah lama dikenali, mantan Pegawai Perhubungan Awam sebuah syarikat rakaman tempatan dahulu yang kini mempunyai syarikat kecil miliknya sendiri, Anita Yusop selaku Pengarah Urusan Anita Entertainment & Productions.


Barangkali kata-kata itulah yang menyentuh perasaan Kak Fas apabila dipelawa secara mengejut untuk memberikan sepatah dua kata sehingga  tanpa disedari rasa sebak mengehad dan menghentikan kata-kata lanjut untuk Anita  pada  majlis sidang media kerjasama Kembara Ziarah Haji & Umrah Samrah Travel, bertempat di Restoran Arab Al Khair, Kuala Lumpur baru-baru ini. 


Kak Fas pun tak sangka tiba-tiba perasaan hiba timbul di mana selama ini apabila diminta memberikan sepatah dua kata di beberapa majlis anjurannya belum pernah tersekat bicara bagi meniupkan semangat buat Anita



“Sejujurnya ketika saya mendapat peluang bekerjasama dengan Samrah Travel dalam mempromosikan pakej Umrah & Haji dan diberi kesempatan menunaikan Umrah, saya cuma ada RM100 dalam tangan. Tetapi saya usaha dan gagahkan hasrat demi peluang menjejakkan kaki ke tanah suci,” itu kata Anita dalam ucapan aluannya terdahulu.


Rasanya, kata-katanya itu mampu menyusuk kalbu jemputan yang hadir apatah lagi kepada diri Kak Fas  yang mengenalinya begitu lama dan memahami pahit manis yang diharungi selama bergelar ibu tunggal.


Anita memang seorang yang berjiwa kental, seorang ‘iron lady’,” itu sebaris ayat pendek yang sempat Kak Fas luahkan dalam keadaan yang  sebak sehingga terpaksa ‘cut short’  kata orang putih untuk bercakap lanjut.


Itulah agaknya ikatan kemesraan dan kasih sayang seorang sahabat yang tersimpul rapi selama mengenalinya lebih 40 tahun lalu.


Apa pun tahniah kepada Anita yang dilantik sebagai ‘Duta Khas & Strategik Pemasaran/Promosi' kepada Samrah Travel selama setahun bermula 2024 hingga 2025.


Majlis santai yang dihadiri bersama Ketua Pegawai Eksekutif Samrah Travel Sdn Bhd, Haji Ahmed Shukri Abdul Rahman dengan kerjasama Bekal Baru Sdn Bhd  (anak  syarikat ADABI) dan Women Secret Recipe (WSR) dimulakan dengan  bacaan  Al Quran / Doa oleh Iman Masjid Sharjah Dubai /Qari dari Mesir, Sheikh Mohamed  Mahmoud.


DARI kiri: Rozita Rohaizad, Jamal Jamaludin, Anita, Ahmed Shukri dan Kak Fas.


Turut hadir Ketua Promoter Bahagian Pemasaran Bekal Baru Sdn Bhd (anak syarikat ADABI), Norhazila KhamisPengasas WSR, Hajah Rozlina Najmuddin; Pengurus Restoran Al-Khair, Yaser Faisal Noman Al-Gaafari serta penyanyi Rozita Rohaizad; Penyampai Radio, Jamal Jamaludin  serta ramai lagi termasuk ahli-ahli Anita Bikers.



Majlis menyaksikan kerjasama strategik antara Samrah Travel dengan beberapa organisasi terkemuka, termasuk pelancaran pakej eksklusif yang merangkumi lawatan ke  bandar-bandar bersejarah dan moden seperti Mekah, Madinah, Jeddah, Al-Ula (adain Saleh), Thaif dan Riyadh.  


“Kami di Samrah Travel sentiasa komited untuk memberikan pengalaman perjalanan yang terbaik kepada pelanggan. Dengan memperkenalkan pakej ini, kami berharap dapat memberi peluang kepada jemaah bukan sahaja untuk menunaikan ibadah dengan selesa, tetapi juga memperkayakan jiwa mereka melalui kunjungan ke tempat-tempat yang penuh sejarah dan keindahan alam,” ujar Ahmed Shukri dalam ucapan ringkasnya.


Menurut Ahmed, dengan pakej terbaharu yang ditawarkan, para jemaah bukan sahaja dapat menunaikan ibadah Haji dan Umrah dengan sempurna, tetapi juga menikmati pengalaman menyeluruh menerokai kekayaan budaya dan sejarah Arab Saudi. 


Jelasnya, bandar Mekah dan Madinah terus menjadi tumpuan utama dengan pengaturan perjalanan yang lancar dan kemudahan penginapan yang selesa, manakala Jeddah menawarkan pemandangan pesisir pantai dan keindahan bandar yang menjadi pintu masuk utama ke Tanah Suci. 



Al-Ula pula memberikan peluang untuk menyaksikan keajaiban arkeologi yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, semenara Thaif dikenali dengan cuaca yang sejuk dan landskap yang mempesona. Akhir sekali, Riyadh, ibu negara yang moden dan dinamik, akan melengkapkan pengalaman perjalanan dengan gabungan warisan tradisional dan kemajuan teknologi,” tambah Ahmed.


Beliau yakin pakej menjelajahi lima destinasi utama di Arab Saudi yang dirangka mampu memenuhi keperluan spiritual serta keinginan para jemaah dan pelancong untuk menerokai tempat-tempat bersejarah dan budaya yang unik di negara tersebut. 



Selain itu, Samrah Travel turut mengumumkan pakej Umrah & Haji Plus iaitu sebuah pakej yang merangkumi melancong ke Uzbekistan yang kaya dengan sejarah tamadun Islam.


"Melalui pakej ini kami akan membawa jemaah ke tempat-tempat bersejarah dan menziarahi makam-makam seperti makam Imam Bukhori yang terletak di Kota Samarkand," ujar pengelolanya, Hajah Fadzlin Mat Shuib (gambar atas, kanan) yang turut hadir. 




Dalam pada itu, Anita yang juga dikenali aktif  dengan program kembara bersama motosikal berkuasa tinggi melalui programnya ‘Anita Bikers’ mengumumkan bakal mengatur program Jelajah Anita Bikers ke Saudi Arabia seterusnya menunaikan umrah ke tanah suci Mekah.


“Harapan saya ingin membawa ahli-ahli Bikers Jelajah ke Mekah sebagai satu-satunya acara kental tetapi sekali gus menanam sifat kerohanian dan dakwah dalam perjalanan setiap penunggang demi mendukung semangat bangsa dan agama,” akhiri Anita sambil memaklumkan sebarang maklumat lanjut berhubung mana-mana pakej Samrah Travel boleh menghubungi talian 019-2910997 atau Whatsapp ke 017-2740595.



#SamrahTravel #UmrahHaji #Mekah #Madinah #Riyadh #Thaif #AlUla #Uzbekistan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan