Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMSUNG PERKENAL GALAXY BUDS3 PRO, PUTIK TELINGA DISOKONG TEKNOLOGI AI!


DALAM
kerjaya Kak Fas menerima jemputan dari pelbagai syarikat jenama telefon pintar, satu-satunya yang tidak putus-putus menghargai usaha setiap blogger/media tentulah  dari Samsung Malaysia Electronics  apatah lagi firma Perhubungan Awamnya, Priority Communications memang terbaik dalam mengekalkan hubungannya dengan media.


Livan Bai antara PR yang sentiasa aktif dan mesra dengan Kak Fas waima beliau antara yang sering menghantar jemputan eksklusif mahu pun produk untuk review.


Terbaharu, Kak Fas ditawarkan membuat review terhadap produk baharu di pasaran cuma kali ini bukan telefon pintar tetapi satu produk yang sejujurnya jarang Kak Fas guna selama ini - iaitu putik telinga ‘bluetooth’ tanpa wayar - Galaxy Buds3 Pro.


Apabila memperoleh satu produk yang jarang digunakan tentulah rasa teruja untuk mencubanya apatah lagi produk yang diberi bukan calang-calang harganya,  hampir RM1,000 iaitu kurang RM1 sahaja pada harga jualan RM999.


Lebih menarik, dah lah  pertama kali nak mencubanya, ia juga putik telinga yang hadir dengan teknologi AI Galaxy dimana teknolgi AI sekarang ini menjadi trend mainan muda mudi.


Itu antara sebabnya Kak Fas tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran mencuba menggunakan Galaxy Buds 3 Pro apabila dihubungi Livan.


Sebaik sahaja menerimanya dalam kotak hitam, pandangan pertama ketika dibuka, tentulah ‘wah cantik’ packagingnya, 


Galaxy Buds3 Pro yang direka semula kini hadir dengan kepala fon kecil dan bersegi dengan Lampu Blade yang terang dengan bekas pengecasnyya mempunyai penutup kemasan lutsinar malah sarung ini juga dilengkapi dengan sokongan pengecasan USB-C dan pengecasan tanpa wayar, menawarkan kemudahan moden untuk pengguna.


Memang cantik dan angguna nampak luarannya.


Kak Fas memperoleh produk rona putih selain rona ‘silver’ (perak) yang tersedia sebagai pilihan.


Dan sejujurnya juga sebagai pengguna yang pertama kali mahu menggunakan fon putik begini tentulah Kak Fas perlu baca apa yang membuatkan ia terbaik dicipta Samsung berbanding produk seumpama terdahulu.


Kak Fas perlu layari laman web https://www.samsung.com/my/audio-sound/galaxy-buds/galaxy-buds3-pro-silver-sm-r630nzaaxme/ untuk membaca terlebih dahulu apa kah benar bagai dikatakan mengikut keterangan yang diberi.


Apa pun jika anda pengguna peranti siri Samsung Galaxy ia memudahkan anda untuk memulakan 'connectivity' nya bersama Buds3 Pro ini. Kak Fas guna telefon pintar Samsung Galaxy A53 5G untuk memulakan pengalaman.



Selepas itu barulah Kak Fas mahu mencuba untuk mengetahui kebenarannya apa fungsi AI dan beberapa lagi ciri mengagumkan pada Galaxy Buds3 Pro ini khususnya untuk meningkatkan pengalaman audio pengguna.


Antara ciri yang menarik Kak Fas baca terletak pada fungsi kawalan bunyi bising yang diperhebatkan dengan AI Galaxy, membolehkan pengguna menikmati pengalaman mendengar yang lebih imersif. 


Selain itu, fungsi interpretasi masa nyata turut diperkenalkan, menjadikan peranti ini lebih serba boleh untuk kegunaan harian.


Dengan inovasi ini, Galaxy Buds3 Pro dilihat sebagai satu langkah besar dalam teknologi audio, menawarkan bukan sahaja bunyi berkualiti tinggi tetapi juga kemudahan teknologi AI yang pintar.



Galaxy Buds3 Pro ini juga dikatakan menjadi yang pertama menggunakan tweeter planar dan sistem dual amp pada perantinya, menawarkan keupayaan menangkap pelbagai butiran halus melalui pembesar suara 2-arah yang lebih baik.


Sistem dual amp yang diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan distorsi, memberikan kejelasan bunyi yang luar biasa. Tambahan lagi, dengan sokongan CODEC 24-bit, setiap not muzik dapat didengar dengan lebih terperinci, membawakan pengalaman audio berkualiti tinggi.


Seperkara yang membuatkan Kak Fas jarang menggunakan putik telinga tentu sekali disebabkan Kak Fas berhijab, kerana rasa tidak selesa untuk membiarkannya dalam telinga lama-lama.


Namun selepas mencuba seketika meletakkan Galaxy Buds3 Pro ini dalam telinga rasa selesa malah dengan adanya fungsi kawalan sempurna di hujung jari, seronok pulak rasanya nak  mencuba keberkesanannya, samada ok atau tidak. 



Nanti bila dah ‘try’, Kak Fas akan maklumkan perkembangannya dalam review penuh nanti ya. 


Kak Fas akan cuba biarkan telefon di dalam bag atau poket dan kawal melalui fon putik di telinga dengan menggunakan gerak isyarat samada leretan ke atas/bawah pada bilahnya untuk melaraskan kelantangan atau pun ‘cubit’ untuk menukar kawalan hingar mahu pun melancarkan aplikasi kegemaran.


Iyalah, nak tahu lah apa kah Galaxy Buds3 Pro ini sesuai untuk pengguna yang berhijab seperti Kak Fas, baharulah boleh rekomen ya tak?


Jadi pembaca setia sekelian, setekat ini dahulu coretannya sebab Kak Fas nak teliti secara terperinci apa lagi kehebatan di sebalik sebuah fon putik yang kecil molek ini. 




#GalaxyBuds3Pro #SamsungElectronicsMalaysia #FonPutik #AIGalaxy #Tech #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan